salam sayang dan rindu dari saya

Sunday 4 September 2016

DG Tembila- 3) Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan


Seperti menghitung hari-hari yang mendatang, aku akan menjadi ketua dalam semua hal perbelanjaan kami berdua di Banda Acheh. Pada hari pertama pun aku telah mula merasakan sukarnya untuk menghitung jumlah wang yang hendak digunakan. Jadi, setelah berlakunya kes duit ikhlas di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, aku segera membahagikan kadar wang yang perlu diperuntukkan di sini sekiranya terjadi hal seperti itu lagi. Ketika di dalam bilik penginapan, aku segera meminta Khadijah mengeluarkan wang yang kami tukar semasa di lapangan terbang tadi.

“Dijah, akak rasa la kita kena bedak duit ni. Asingkan siap-siap mana yang nak kena guna, baru tau baget tinggal berapa nanti.” Aku menyatakan pendapatku kepada Khadijah.

“Betoi la kak, kalau jadi macam kat airport tadi, boleh lari baget kita kat sini.” Khadijah terus menyokong pendapat aku tadi.

“Okey, kalau macam tu, akak nak asingkan terus duit pengangkutan, duit makan, duit sedekah, duit untuk beli buku, duit upah Encik Muhajir dan duit lebihan untuk souvenir.” Aku memberi kata putus kepada Khadijah.

Aku mengoyakkan beberapa kertas A4 dan melipatkannya menjadi sampul surat. Tujuan aku hanya satu, untuk membezakan setiap wang yang akan diasingkan nanti. Jumlah wang yang kami ada ketika itu adalah sebanyak $3,180,000 rupiah. Setelah membayar wang sewa tempat tinggal kami, jumlah yang berbaki adalah sebanyak $2,230,000 rupiah. Ini bermakna aku akan membahagikan kesemua wang yang ada itu dengan penuh berhemah.


Antara wang yang kami telah asingkan pada hari petama tiba di Banda Acheh.

“Dijah, hang rasa cukup ka duit yang kita ada ni?” Soalku kepada Khadijah.

“Entah, cukup la kut.” Jawab Khadijah acuh tak acuh.

Pening juga bermain dengan nilai juta-juta ni. Kalau ikutkan sejarah matematik aku masa di sekolah dulu, subjek matamatik yang banyak membuat aku berpinar-pinar mata. Boleh dikatakan kalau jumpa nilai angka mesti aku akan pening. Jadi, semasa di Banda Acheh aku pula terpaksa menggunakan teori aku sendiri untuk membahagikan wang yang ada di tangan ketika itu. Aku mula mempersoalkan diri sendiri ketika itu.

“Kan bagus kalau tukar banyak sikit tadi. Boleh la juga guna duit spare aku kalau jadi apa-apa hal kat sini.” Aku mula memutarkan kembali kotak fikiranku dari 2 jam ke belakang.

Kalau dalam soal membahagikan wang ini memang sudah menjadi kebiasaan rutin aku dari bangku sekolah lagi. Setiap kali wang perbelanjaan yang aku guna akan direkodkan di dalam buku catatan kewangan aku. Memandangkan aku mempunyai pengalaman dalam catat-mencatat wang perbelanjaan keluar masuk, aku segera membuat garis-garis di buku catatanku ala-ala debit-kredit. Semuanya menggunakan teori kefahaman aku sendiri.

Perkara yang paling membuatkan aku terkejut dalam menggunakan wang perbelanjaan di Banda Acheh adalah, setiap parking tidak dikenakan bayaran tetapi bayaran akan diberikan kepada orang yang menjaga parking tersebut. Kononnya macam menjaga kenderaan kita di jalan. Wang yang diberikan adalah sebagai upah dan tidak dikenakan jumlah yang tetap. Disebabkan hal inilah, aku dan Khadijah sering berhati-hati dalam setiap gerak geri yang kami akan lakukan. Bukan niat di hati untuk mejadi kedekut, tetapi keadaan ketika itu mengehadkan kami untuk membelanjakan wang yang ada kerana semuanya kena baget dalam menjalankan misi yang deberikan. Kalau aku tahu dari awal keadaan seperti ini berlaku di Acheh, pasti akan aku tukar wang lebih banyak. Wang yang diberikan di parking itu adalah sebagai sedekah kepada mereka yang bekerja di situ.

“Aku kena fikir positive, mesti Allah akan bantu kami kat sini.” Aku mula berdoa di dalam hati.
Dua kali kami membayar wang sedekah itu semasa di Masjid Baiturrahman.

“Di sini orang akan meminta upah dari setiap pekerjaan yang di lakukan, anggap sahaja ia sebagai sedekah kita di bulan puasa, cik-cik bebas mau memberi berapa aja.” Kata Encik Muhajir kepada kami.

Aku berasa bersyukur kerana sebelum kami ke Acheh, aku pernah menyertai kem SAKTI yang di adakan di Malaysia. Dalam beberapa slot yang menjadi iktibar dan rujukan aku ketika itu adalah ketika slot bersama bekas pengerusi GPTD, Encik Muhammad Suhail bin Ahmad yang pernah menyatakan tentang membuat perancangan. Kata beliau “Manusia yang gagal merancang, sebenarnya merancang kegagalan.”

Dari slot tersebut, aku berasa bertuah kerana disebabkan motivasi yang diberikan membuatkan aku berjaya merancang ketika berada di Banda Acheh. Wang untuk memberi upah telah kami asingkan. Memang pada awalnya aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku lakukan bagi memastikan kami tidak menggunakan wang dengan sewenang-wenangnya. Ditambah pula dengan ceteknya pengalaman kami dalam ilmu mengembara ketika itu. Sebenarnya kami boleh merancang dengan lebih baik dari apa yang kami rancang sebelum ini. Sedikit tip membuat perancangan dari kami adalah:-

  1.  Tetapkan misi wang yang hendak dikeluarkankan - Contohnya: duit sewa kenderaan, duit makan harian, duit penginapan,  duit masuk muzium, duit upah orang, duit lebihan dan sebagainya
  2. Jelas tugas yang perlu dibuat -Contohnya: ketua program sentiasa mengingatkan anak-anak buah supaya tidak melencong dari tujuan asal menjalankan misi.
  3. Berpesan-pesan pada diri sendiri
  4.  Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberikan
  5.   Sentiasa berdisiplin dalam apa jua keadaan
  6. Tidak mudah berputus asa

Semasa di Banda Acheh, perasaan takut sentiasa menghantui diri. Kadang-kadang terfikir bolehkah kami mendapat maklumat dari sumber yang tepat? Orang boleh je menipu tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan kami dalam menggalas misi yang diberikan, kami ditemukan bersama orang-orang yang boleh disahkan kebenaran cerita dari sumber yang tepat. Daripada merancang perbelanjaan sehinggakan perancangan untuk bertemu dengan orang sumber bagi menemu bual tentang Sejarah Islam di Banda Acheh serta mendapat serba sedikit tentang maklumat Sultan Iskandar Muda dan Syeih Kuala atau lebih dikenali dengan nama Abdul Rauf Singkil.

Pertemuan bersama Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy, membuatkan kami mendapat lebih banyak maklumat yang diperlukan. Walaupun pada asalnya kami merancang untuk hanya berjalan dan bertanyakan pada penduduk setempat tentang pendapat mereka tentang Sejarah Islam di Acheh.


Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy  atau dengan panggilan Ayah, yang banyak membantu kami dalam mendapatkan maklumat sepanjang berada di Banda Acheh.

Rancang dengan apa yang ada di tangan bukan bererti kita perlu bergantung pada apa yang kita ada, tetapi kita juga boleh menggunakan tenaga, masa dan peluang sebagai mengukuhkan lagi perancangan yang hendak dibuat. Dalam misi mencari maklumat di Banda Acheh ini, kami berpeluang tinggal bersama Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy dan isterinya Dra. Hj. Elbi Hasan Basri.


Kata orang “rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari”. Kami menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya sepanjang berada di rumah Ayah dan Ibu. 

DG Tembila - 2) Aceh Crystal Rental Guesthouse


Alhamdulillah!!! Perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Lapangan Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh memakan masa selama 1 jam 15 minit. Ketika kapal terbang mendarat, aku seolah-olah merasakan bahawa baru sahaja aku melelapkan mata sebentar tadi. Buka-buka mata dah sampai. Aku tersenyum gembira kerana tahap berbahaya yang aku takuti sudah berjaya di tempuhi.

Kami tiba di Banda Aceh.


Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh.
 

“Alhamdulillah. Mujur aku tak muntah dalam flight tadi. Kalau tak habis lah. Buat malu je.” Kata aku dalam hati.

Aku lihat semua penumpang bergegas mengambil beg masing-masing untuk keluar dari perut pesawat. Rasanya juruterbang belum bukakan pintu. Semuanya dah excited nak keluar. Kami memberikan laluan kepada penumpang yang sedang berpusu-pusu untuk keluar dahulu. Aku mengambil inisiatif untuk tidak terlampau agresif ketika bergerak menuju ke pintu pesawat.

“Apalah yang depa ni kalut sangat nak keluaq? Habis-habis pun kena tunggu juga nanti.” Bebel aku di dalam hati.

Apabila sudah keluar dari kapal terbang, aku segera ke kaunter berdekatan. Ada dua je kaunter yang di buka. Orang Indonesia (Indonesian) dan orang asing (foreigner).

Mana satu nak dituju ni?

“Itulah, tadi kalut sangat nak turun, sampai tolak-tolak aku. Sekarang aku yang pi dulu.” Aku ketawa melihat orang yang menolak aku ketika keluar dari pesawat tadi sedang berbaris panjang. Senyuman nakal meniti di bibir.

Aku sedang menunggu bagasi.

Selepas mendapatkan bagasi, kami mengisi borang kastam bagi tujuan keselamatan di kemudian hari.

Setelah melalui pemeriksaan immigration, kami terus menuju ke pintu keluar. Suasana yang agak suram membuatkan kami cuba memahami situasi ketika itu. Keadaan tidak sesibuk di KLIA tadi. Mungkin di sebabkan bulan puasa, banyak kedai yang ditutup. Hanya kaunter taxi yang di buka ketika itu.

Kaunter tiket taxi

Sekitar kawasan lapangan terbang SIM.

Setelah memahami situasi, kami perlu mencari tempat untuk menukarkan wang. Aku belum sempat untuk menukar wang di Malaysia. Seorang pemandu teksi datang menghampiri kami.

“Mau ke mana dik?” Tanya pemandu teksi itu kepada kami.

“Crystal Rental Guesthouse.” Jawabku pendek.

“Ya. Saya bisa bawa ke sana. Mau naik teksi. Saya bisa bawa ke sini.” Katanya dengan penuh ramah.

“Sebentar ya.” Aku berbincang dengan Khadijah tentang tawaran pemandu teksi tersebut.

“Agak-agak boleh percaya tak, Dijah?” soalku kepada Khadijah.

“Saya ikut akak je.” Jawab Khadijah ringkas.

Nampaknya aku yang kena bagi keputusan. Setelah berpakat, kami bersetuju untuk mengambil teksi untuk ke penginapan kami. Aku meminta pemandu teksi itu menunggu sebentar kerana kami perlu menukarkan wang terlebih dahulu.

Khadijah sedang berada di kaunter tukaran mata wang. agak2 berapa nak tukar ek?

 “Rasanya tak beli apa-apa kut. Tukar RM 200 je la. Kalau aku tukar banyak, boleh jadi gila aku sorang-sorang”. Aku bermonolong sendirian sebelum ke kaunter untuk menukarkan wang yang aku bawa dari Malaysia.

Penggunaan nilai mata wang ribu-ribu menjadikan aku orang yang paling lemah dalam menggunakan duit. Bukan tak pandai mengira, tapi rasa takut nak keluarkan duit, malah rasa takut hendak berbelanja di sana.

Selepas mendapatkan teksi, kami segera memberi alamat tempat kami akan menginap. Dalam keadaan yang masih separuh sedar, aku cuba menghadam kawasan yang dilalui ketika itu. Situasi yang kami alami rasanya umpama orang yang tengah pening tapi buat-buat waras. Berlakon je lebih. Nak ‘cover’ pening sebenarnya. Semasa dalam teksi, pemandu teksi yang membawa kami menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kami dengan bayaran 400 ribu rupiah untuk setengah hari. Dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang. Sukar untuk kami membuat keputusan ketika itu memandangkan jumlah bayaran yang diminta membuatkan aku terkedu seketika. Dalam kepala, aku cuba mencongak berapa ringgit Malaysia kalau 400 ribu rupiah. Memandangkan kepala masih dalam kondisi ‘MODE’, aku mengisyaratkan kepada Khadijah untuk mengira dan membuat keputusan. Dengan kebijaksanaan Khadijah, kami menolak secara baik pertolongan pemandu teksi tersebut. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“Mahal giler pak cik ni letak harga, mentang-mentang aku ni orang baru disini, dia main kasar nampak”. Aku bermonolong sendirian.

Perjalanan yang memakan masa selama satu jam itu membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sejenak. Setiap perjalanan yang dilalui umpama sangat berharga dan bernilai dalam hidupku. Walaupun pemandangannya sama sahaja jalan nak balik ke utara, ada sawah padi, ada orang berniaga, ada macam-macam lagi aktiviti yang lebih kurang di Malaysia, kami menikmatinya dengan penuh rasa syahdu.



Sawah padi yang luas indah terbentang, bak saujana mata memandang, mendamaikan hati yang sedang terkenang akan kampung halaman yang jauh nun di seberang.




Kuburan Masal Siron yang dikatakan menempatkan semua jenazah mangsa Thunami yg telah dikebumikan di sini. 

Kami sempat singgah di sebuah kedai untuk membeli simkad.

Tiba di tempat penginapan, aku cuba melihat keadaan bilik yang disediakan. Reaksi pertama memang agak mengejutkan sebab tandas dan bilik mandi di luar bilik dan dikongsi semua penginap di situ.

Sementara Khadijah berurusan dengan pengurus di situ, aku memberanikan diri melawat bilik mandi yang berada di luar bilik penginapan ketika itu. Setelah membuat pemantauan dan penelitian, rupa-rupanya ada tangga yang mengarah ke bilik penginap yang berada di tingkat atas.

Pemilik tempat penginapan pertama kami sedang menulis nama penginap (kamilah tu...)

“Ya Allah, kalau‘toilet’ kat bawah tangga tempat orang lalu lalang, dah macam‘free show’ la gamaknya. Kalau orang tu jenguk je kat bawah, kompom nampak orang duk mandi. Masak aku macam ni”. Sekali lagi aku bermonolog sendirian.

Melihat keadaan yang kurang selesa tersebut, aku segera memberitahu Khadijah. Nak cari tempat menginap yang lain pun dah tak cukup duit. Bayaran untuk seminggu di Banda Aceh dah di bayar. Nak minta duit dah segan pula. Jadi, kami memberanikan diri untuk ‘survive’ di tempat tersebut.

Adat Masyarakat Aceh adalah memuliakan tetamu. Jadi spe2 yang datang pasti dilayan dengan baik (bergantung atas org juga rasanya..hehe)

“Aku harap ada tempat lain yang boleh aku tinggal. Allah pasti tolong. Miracle always happens”. Aku mula berdoa di dalam hati.

Perjumpaan pertama kami bersama pensyarah di sini. Beliau sangat baik dan banyak menolong kami sepanjang kami berada di Banda Aceh.

Pada hari pertama menginap di tempat penginapan tersebut, aku dan Khadijah terkejut kerana tiba-tiba seekor lipas keluar dari bawah katil. Laju menuju ke arah aku. Apa lagi, dengan mengaplikasikan teknik silat yang aku belajar di universiti, serta merta aku terus melompat tinggi dan berdiri di atas katil. Itu baru lipas, belum dikira berapa banyak labah-labah yang merayap di katil Khadijah. Ngeri. Tempat yang jauh berbeza dengan apa yang kami lihat di internet. Lepas ni memang tak percaya dah. Pergi Aceh, baru cari penginapan. Tak payah nak tempah awal-awal. Manalah kami tahu, pertama kali keluar bawa misi. Berdua pula tu.

Pak Fikri sdg menunjukkan peta lokasi kami berada sekarang. Rupa2nye dekat je semua tempat tu..(klo dlm petalah..)

Walau bagaimana pun, pengurus tempat kami menginap sangat baik. Beliau juga tidur di sebelah bilik kami. Entah kenapa dia tidur di situ, kami tidak pernah tanya. Cuma ada kedengaran dengkuran apabila kami melelapkan mata. Susah juga nak cari ketenangan kalau terus begini. Tapi, masih bersabar kerana kami berada di tempat orang. Layanan yang baik, membuatkan kami tidak hairan dengan situasi bilik kami. Harga berpatutan dengan tempat. Cumanya mungkin pengurus tersebut perlu menyesuaikan gambaran yang ditunjukkan di internet dengan situasi sebenar.

Aku membahagikan wang kepada beberapa kategori supaya tak terlebih dan tak terkurang dlm berbelanja. Lawakan sampul buatan aku nih?..hehe..

Di sini kami mengenali seorang pemuda warga Belanda, Fadhil yang juga menginap di tempat yang sama. Menurut Pak Fikri, pemuda tersebut baru sahaja memeluk Islam dan merantau ke Aceh untuk mempelajari puasa di sini.

“Bagus rupanya budak ni. Tak pa kita tengok dulu macam mana budak ni.” Fikir aku.

Pemuda tersebut akan ke Masjid berdekatan setiap kali solat Fardhu. Dengan rambut yang panjang dan keperangan aku mendengar derapan tapak kasutnya lalu di hadapan bilik kami. Memang tak ada orang lain yang akan lalu sebab yang menginap di tingkat atas ketika itu hanya dia.

Ada suatu ketika apabila aku dan Khadijah keluar dari bilik untuk ke bilik air, aku lihat pemuda Belanda tersebut sedang memasak sesuatu. Aku mendekatinya dan melihat apa yang sedang di masak. Nampak macam nak masak tom yam, tapi dia masukkan nasi putih pula ke dalam kuah tom yam tersebut. Lain dari yang lain. Katanya buat untuk sahur terus. Dia mempelawa kami untuk merasa masakan tersebut, tetapi aku menolak kerana sudah kenyang ketika berbuka tadi.

Pemuda Belanda yang sedang memasak sesuatu. Kita tengok apa rupa masakan dia nanti.

Aku bertanya kepada Pak Fikri, apa rasa masakan dia. Sedap ke tidak.

“Rasanya enak. Ada nasi putih, telur, bawang putih. Cabe pun penuh dia letak. Semuanya dicampur”. Terang Pak Fikri kepada aku sambil ketawa. Cabe atau lebih dikenali dengan nama cabai atau cili.

Memang jelas kelihatan cili-cili hijau terapung di atas permukaan kuah tersebut. Makanan pelik di tempat penginapan kami ini. Kalau di cuba juga, mau esok sakit perut teruk ni. Demi menjaga hati Fadhil, Pak Fikri cuba merasa masakan tersebut.

“Mau cuba? Ambil piring.” Pelawanya kepada kami.

“Tak pa pak cik, kami sudah kenyang.” Jawabku ringkas.

“Kenapa? Tengok rupanya takut ya?” Tanya Pak Fikri kepadaku sambil ketawa.

“A’ah pak cik. Takut.” Kataku sambil ketawa mendengar kata-kata Pak Fikri yang merujuk kepada masakan tersebut.

Pengalaman hari pertama bermalam di Crystal Rental Guesthouse membuatkan kami lebih mudah mendekati masyarakat di sini. Dengan pertolongan daripada Pak Fikri, banyak maklumat yang kami peroleh hanya dengan satu hari.


Entah bagaimana untuk kami terangkan kepadanya bahawa keesokan hari kami akan menginap di tempat lain. Malam itu aku aku hanya memikirkan kata-kata yang sesuai untuk diucapkan kepada pak Fikri supaya beliau tidak berkecil hati dengan kami. Semoga hari esok ada jalan yang terbaik untuk kami.

Permulaan sebuah Kisah : DG Tembila - 1) Peti Harta Karun

Perjalananku penuh rintangan…tak ku nafikan…

Perasaan berdebar semakin menghantui diriku. Mengenangkan misi yang akan dilaksanakan di perantauan. Misi pertama yang digalas sebagai seorang perantau kerana pertama kali membuat kajian pada bulan Ramadhan. Umpama satu misi dakwah yang paling mencabar  yang pernah aku bawa. Ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Malaysia bersama orang-orang tersayang. Aku bersama seorang kawan yang juga ditugaskan untuk melaksanakan misi ini dengan sebulat suara, sekuat hati, seribu perasaan keluar meninggalkan kampung halaman masing-masing bagi menyelesaikan tugas yang tergendala sebelum ini. Misi yang diharapkan dapat menjadi sumber rujukan buat generasi akan datang. Meskipun terpaksa meninggalkan keluarga, kami tetap dengan tujuan asal kami iaitu menjejaki Sejarah Kegemilangan Islam di Banda Aceh dengan mencari sumber rujukan dari beberapa orang tokoh terkemuka di Banda Aceh. Antara tokoh yang menjadi bahan kajian kami adalah Sultan Iskandar Muda dan Syeikh Abdurrauf Singkil.

Bukan senang nak senang,
Kata orang-orang tua,
Nak susah senang.

Bagi menjayakan misi rahmatallila’lamin ini, pelbagai usaha dalam pengumpulan dana dilakukan oleh semua ahli DG Tembila. Antaranya adalah dengan memohon sumbangan dari badan-badan kerajaan, menjual kek batik dan air koktel, serta sumbangan dari orang ramai. Walaupun ada antara usaha kami yang dipandang sebelah mata oleh beberapa orang ahli yang lain, tapi ini tidak mematahkan semangat kami dalam melaksanakan misi ini. Perasaan sedih tatkala mengenangkan wang untuk ke sana tidak mencukupi. Masa inilah kita akan teringatkan Tuhan.

“Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini, pertolongan dari-Mu yang kuharapkan”.

Pergantungan dari Allah mula terasa. Padahal sebelum ni, buat endah tak endah je kerja yang nak di buat. Bila dah terdesak, hati mula cari pertolongan dari yang Maha Esa. Aku fikir ini suatu yang bagus, selalu ingat Tuhan walau dimana pun kita berada. Kelopak mata mula bergenangan, terasa butir-butir halus bak mutiara membasahi pipi.

“Di mana harusku tuju untuk mendapatkan wang? Kalau pinjam kat kawan, mesti tak semua akan bagi sebab semuanya masih belajar, duit memang tak akan cukup. Usaha lain mesti di buat.” Gumam aku di dalam hati.

Alhamdulillah, dua minggu sebelum berangkat, aku mendapat berita gembira dari abahku. Katanya ADUN Selama, di tempat tinggalku meluluskan permohonan dengan meletakkan sumbangan tersebut di bawah Yayasan Perak. Berita gembira ini disambut dengan penuh kesyukuran antara ahli Diskusi Grup (DG).

Dikau hadir di kala aku  memerlukan seorang teman,
Dikau bawa secebis bahagia bila aku hampir berputus asa.
Kau bawa sinar cahaya di hariku yang gelita,
Dan dikau hadir tepati waktunya membawa tawa ceria.

Teringat aku seminggu sebelum berangkat ke Gombak. Aku termenung sendirian. Melihat barang-barang dan pakaian yang hendak di bawa ke Aceh nanti. Satu persoalan yang bermain difikiran ketika ini.

“Macam mana aku nak dapatkan alatan media ek? Kamera tak ada. Kamera telefon tak cantik sangat ni. Gambar tak berapa jelas. Rugi lah kalau ke sana tak dapat gambar yang bagus-bagus.”Aku mengomel sendirian.

Dalam sibuk mencari ilham dan berharap keajaiban berlaku, aku terfikir untuk menggunakan duit simpanan aku yang memang aku simpan dari zaman kecilku dulu.Tak pernah aku berani sentuh duit yang aku simpan tersebut.Tiba-tiba aku terasa untuk melihat dan mengira jumlah yang aku simpan dahulu. Diam-diam aku beranikan diri untuk mendekati kotak harta karunku yang aku jangka telah menjangkau sembilan tahun lamanya tanpa di ganggu.

“Hari ini aku akan kira kau, wahai duit zaman kecilku.”
Sambil aku tersenyum sendirian. Niat nak menggunakan duit simpanan tersebut semakin memuncak. 

Dengan penuh berhati-hati, aku menutup pintu bilikku dan menuangkan duit tersebut perlahan-lahan di atas katil. Memandangkan tilam atas katilku ini terlalu lembut, aku pun mengumpul kembali dan membawa wang tersebut ke bawah dan mengiranya di atas lantai bilikku.

Tiba-tiba pintu bilikku ditolak. Mak aku datang dan tersenyum melihat gelagatku yang masih terkejut dengan kehadirannya itu. Aku mengeluh sendirian.

“Ish...Mak ni, kakak ingat siapalah tadi. Masuk bilik akak, ketuk la pintu dulu, main terjah je.”Aku membebel sendirian. Mak aku terus masuk dan duduk bersila di atas lantai bilikku dengan membawa tauge yang belum di asingkan kepalanya.

“Awat mak bawa benda ni masuk bilik akak? Buat kat dapur la, nanti habis berselerak kat lantai.”Kataku.

Tanpa menghiraukan aku, ibuku terus membalas kata-kataku tadi.

“Hang tu asyik duk dalam bilik ja, cuba keluaq sama. Mak boring la duk sorang-sorang kat dapuq”. Tergelak besar aku bila ibuku cakap yang dia boring duk kat dapur. Nak dijadikan cerita, dia membawa tauge yang belum disiang ke dalam bilik aku. Jadi aku teruskan dengan misi mengira duitku tadi. Melihat keadaan aku yang tekun mengumpul semua duit syiling yang terselit di merata tempat di bilikku itu, ibuku bersuara.

“Nak buat apa duit ni?”

“Akak nak kira cukup ke tak nak beli kamera. Nak pergi Aceh tak dak kamera nak tangkap gambaq. Kamera telefon tak jelas.”Jawabku penuh semangat. Berharap ibuku tidak menghalang niat ku itu.

“Cukup tak? Nak guna berapa lagi?” soal ibuku.

“Tak cukup lagi kalau tengok jumlah ni, tapi tengok lah macam mana nanti.” Jawabku acuh tak acuh.

Aku telah nekad untuk menggunakan duit tersebut sebagai duit pertama untuk membeli kamera. Perasaan sedih bermain di benakku. Tapi memandangkan keadaan mendesak, aku terpaksa menggunakannya juga. Demi kebaikanku dan generasi akan datang.

Keesokan harinya, aku bersama ibuku telah ke kedai Photo Film di pekan tempat tinggalku. Aku cuba survey harga kamera yang dijual di setiap kedai. Nampaknya ada satu kedai yang menarik perhatianku. Aku membelek semua kamera yang aku berkenan. DCLR menjadi tumpuanku. Memandangkan duit hanya bawah RM500 sahaja, jadi aku mencari yang sepadan dengan duit yang aku bawa. Lebih tiga puluh minit aku melihat kamera di situ, aku bercadang untuk membeli satu yang aku rasa sesuai dengan duit yang aku ada. Ibuku berharap yang beliau dapat menambah sedikit wang kepadaku. Tetapi aku menolak dengan baik.

“Tak apa mak, nanti akak ada duit akak beli yang tu.” Kataku sambil tanganku menunjuk pada kamera DCLR yang masih dalam almari kaca.

Selepas mencuba  dan diajar untuk menggunakan kamera tersebut, aku bercadang untuk terus membelinya. Dengan hati yang berbunga, aku pulang tanpa menunjukkan kamera tersebut kepada sesiapa. Hanya aku dan ibuku sahaja yang mengetahui rahsia tersebut. Bukan nak menipu, tapi nanti jadi riuh rendah sebab kamera punya pasal.

Pada malamnya, aku telah membuat senarai barang yang harus dibawa supaya aku tidak ketinggalan dalam membuat persiapan terakhir. Semuanya telah disediakan. Passport pun dah masukkan ke dalam beg. Ubat-ubatan telah siap dimasukkan. Persiapan untuk temu ramah pun telah di print.

Pada hari untuk berangkat ke Gombak, Abah dan Ibuku serta Adikku, Ikmal telah ikut serta dalam menghantar aku ke stesen bas Kamunting, Taiping. Maklumlah anak sulong nak ke negara orang, apa-apa pun boleh berlaku. Sebagai sokongan moral, abah dan ibuku tak henti-henti memberikan nasihat. Aku terima dengan penuh kesyahduan. Puasa tahun ni di perantauan. Entah apa pengalaman yang terbaru akan aku bawa pulang kelak.

Perjalanan ke Kuala Lumpur memakan masa selama 5 jam. Aku yang mempunyai “sick motion” berdoa supaya tiada apa yang terjadi sepanjang ke sana. Kalau aku termuntah dalam bas, dah semestinya aku perlu cari air. Kalau cari air, puasa aku batal. Tak sanggup nak mengganti lagi.

Bas yang dinaiki berhenti di Shell Tol Duta. Aku segera membawa beg dan bagasiku ke surau yang berdekatan. Tujuannya nak solat jamak Zohor-Asar. Aku telah memaklumkan ketibaan aku pada Abang Hakim, merangkap pengerusi GPTD. Jadi sementara menunggu Abang Hakim tiba, aku segera menunaikan solat fardhu.

Abang Hakim tiba bersama kereta kancilnya. Aku tak pasti kereta tu siapa yang punya. Kami segera ke Pejabat Lantai Tiga GPTD. Tiba di sana, aku lihat Khadijah masih dibuai mimpi. Penat lagi agaknya. Tak pun bosan tinggal seorang, jadi dia tidur. Aku tertawa sendirian.

Dalam diam aku mendekatkan diriku pada telinga Dijah. Berharap nak buat kejutan. Memang terkejut juga dia, sambil senyum dia tengok aku dah terpacak kat sebelah.

Pertama kali sampai di Lantai Tiga GPTD, aku memutarkan pandangan ke sekeliling pejabat mereka. Tempat yang kecil tapi rasa damai di jiwa. Ada beberapa rak buku yang disusun dengan pelbagai jenis buku di situ. Salah satu buku yang mendapat perhatian aku adalah komik Detektif Conan.

“Apasal boleh ada komik dekat sini?Diorang baca komik juga ke?” Terdetik seketika di dalam hati.

Pelbagai persoalan bermain di minda ketika itu. Jadi aku simpulkan yang diorang juga pernah melalui zaman remaja. Bagi aku perkara biasa kalau lelaki baca komik. Aku pun layan komik, inikan pula lelaki. Dijah tersenyum melihat aku yang penuh teruja dengan komik-komik di rak tersebut. Katanya, dia memang dah agak reaksi aku kalau aku ternampak komik tersebut. Sebab dia dah nampak masa tinggal bersendirian di dalam bilik berhawa dingin itu.

Setelah berbincang dengan Khadijah tentang misi yang akan dijalankan, kami berdua membuat senarai semula tentang perancangan yang hendak dibuat ketika tiba di sana nanti. Kami menyemak semula alatan dan segala kelengkapan yang perlu di bawa dan berharap tidak ada yang ketinggalan kelak. Kami berharap tujuan asal kami tidak menyimpang ke tempat lain.

Selama dua hari berada di GPTD Pusat, kami telah membuat pembentangan terakhir di hadapan Abang Hakim, Abang Huzaifah dan Abang Azim. Banyak persoalan yang di tanya. Alhamdulillah, persedian ke arah itu telah dibuat. Hati semakin berdebar-debar menunggu hari berangkat ke Banda Aceh.

Barang siap di kemas. Kami akan bertolak ke KLIA 2 pada jam 5 pagi. Selesai bersahur kami terus berangkat dengan menaiki van GPTD.

“Our missions start here!!!” Kataku di dalam hati.