salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday 7 October 2015

Meniru Vs Bertanya

7 Oktober 2015 | Wednesday

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan saya peluang untuk terus meluahkan segala detik2 harian yang saya lalui ketika ini. Petang tadi, saya baru sahaja selesai menjalani satu exam di makmal. Terasa hati ini meronta2 untuk mengingat semula jawapan yang hendak di tulis. Allahuakbar…Hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya kepala ini untuk mencari disegenap sudut otak kanan dan kiri di mana jawapan itu tersembunyi. Hahaha.. Macam pening je kan? Memang pening pun. Sebabnya saya tak ingat. Huhuhu. (sabo jela). Saya melihat seluruh kelas yang sunyi sepi sebab semua kusyuk jawab soalan. Tiba2 saya tertarik pula pada satu kelibat manusia yang mencurigakan. Apa yang dia buat? Ermmm.. Apa lagi motifnya, meniru la. Dekan. Anugerah sana sini. Rupanya meniru. Bagus betol kan. Saya pun bukanlah tak pernah meniru masa diploma dulu, tapi ni Ijazah kut. Kusyuk meniru. Patutlah. Takpe abaikan. Allah Nampak.

Kekusutan kepala dan sekali dahi berkerut saya itu disedari oleh seorang sahabat saya. Dia merenung saya lama…krikkkk…krikkkk…krikkk… “Apahal pula budak ni tengok aku lama2 ni?” Saya berkata sendirian. Tiba2 dia bertanya “Kak Moon boleh buat tak? Ingat tak?” Saya sekadar tersenyum dan mengangguk serta menggeleng. Haaaaa…Amik kau semua gaya ada. Hahaha. Dia merenung lagi. Saya dengan gaya selamba buat2 menjawab walaupun memang dah tak ingat langsung dah ni. Allahuakbar. Habis semua ayat dah di baca dalam hati. Semoga Tuhan permudahkan untuk mengingat kembali nota2 yang dibuat dan dihafal semalam. Tak datang juga ilham tu. Tak apa. Korek sedalam yang mampu. Yakin Allah akan bantu. Alhamdulillah, dapat juga ingat satu walaupun ada lagi satu part tak jelas di fikiran. Nota tu Nampak dalam kepala tapi kabur. Hahaha. Macam kelakar pun ada gak.

Sahabat saya yang masih merenung saya tadi, tiba2 menghulurkan kertasnya sebelum dia menghantar ke hadapan. “Ishhh..ini semua godaan. Aku pasti ingat!!!” Masa untuk menghantar kertas jawapan semakin hampir. Aduyaiiii..Masak kalau macam ni. Sahabat saya tadi terus meletakkan kertasnya dihadapan saya dan menyuruh saya cepat menambah apa yang saya lupa. Saya pandang dia atas bawah. Betul ke budak ni kan. Hahaha. Aleh2, saya kata saya tak ingat sikit je, maksud istilah yang memang dah diluahkan pada kertas jawapan. Cuma tak ada elaboration . Jadi dia berkeras juga, saya pun bertanya maksud ini sahaja. Then dia mengemukakan maksud yang saya lupa. Alhamdulillah. Tuhan bantu saya di saat saya perlukan sgt jawapan tu. Bukan tiru ek. Tapi dia yang bagi. Kira rezeki juga la. She’s are nice girl and always help me in any condition. Sama ada masalah kewangan or masalah akedemik dia tak jemu tolong saya. Terima kasih ye Sahabat. Semoga Allah sentiasa membantu anda dalam apa juga keadaan.

Kalau rezeki saya bukan di sini, saya yakin mungkin rezeki saya ada ditempat lain. Rezeki Allah itu Maha luas. Tak terkira. Sama ada kita yang diberi rezeki yang melimpah ruah ini bersyukur atau tidak. Allah telah berfirman “Sekiranya engkau (hamba2-Ku) bersyukur, akan Aku (Allah)  tambahkan nikmatnya.” Baikkan Allah pada kita? Jadi sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam setiap urusan yang di buat. Ok sampai di sini dahulu tinta saya. Jumpa lagi. Assalamualaikum.


P/S: Semoga sahabat saya Shinichi dalam keadaan baik2. Ingat Allah selalu, semua yang terjadi pasti ada hikmah. Jangan sedih2 ya. See ya.