salam sayang dan rindu dari saya

Saturday 10 September 2016

DG Tembila - 6) Di Mana Bumi Di Pijak , Di situ Langit Di Junjung


Ketika pertama kali tiba di Banda Aceh, aku lihat persekitarannya sangat berbeza dengan lapangan terbang yang ada di Malaysia. Kalau di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), pasti ramai orang yang berpusu-pusu ke sana ke mari. Tapi, apabila melihat suasana yang tenang dan damai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, aku rasakan yang hanya ada satu jalan sahaja yang kami akan lalui. Jalan yang dituju pastinya tidak akan sesat. Hanya ada dua kaunter dan dua baris yang perlu di lalui, satu laluan orang Aceh, satu lagi laluan orang asing.



Pengembaraan pertama sebagai seorang musafir di tanah barokah.


Pada awalnya, aku dan Khadijah beratur di laluan orang Aceh berbaris. Kemudian aku lihat ada seorang foreigner yang melalui jalan yang bersebelahan dengan kami beratur. Aku dan Khadijah berpandangan sesama sendiri. Kami dah salah masuk laluan. Tanpa membuang masa, aku terus menukar laluan dan terus ke kaunter sebelah.

“Manalah aku tau kena lalu sebelah sini. Duk rasa macam bukan orang asing. Ni Aceh la, bukan Malaysia.” Aku bermonolog sendiri sambil terkenangkan bahawa aku ini orang asing rupanya. Aku tersenyum sendiri.

Setelah kami mendapat pelepasan, aku dan Khadijah segera mendapatkan beg bagasi kami di ruang menunggu beg. Ketika itu, datang seorang pak cik lingkungan 40-an bersama troli beg. Pada mulanya aku fikir dia ingin menolong kami. Rupa-rupanya kena bagi upah di atas pertolongan yang diberi. Dengan keadaan yang masih ‘MODE’ ketika itu, aku cuba menghadam apa yang dia mahukan.

Melihat keadaan tersebut, datang seorang lagi pak cik lingkungan 40-an juga menerangkan situasi tersebut. Dengan wang yang belum ditukar ke nilai rupiah, aku dan Khadijah terus ke money changer untuk menukarkan wang yang kami bawa. Kemudian baru kami menghulurkan upah yang di minta pak cik yang pertama tadi. Pak cik kedua tadi itu merupakan pemandu teksi yang akan menjemput penumpang ke destinasi yang hendak dituju.

Pemandu teksi tersebut menawarkan diri untuk menghantar kami ke tempat penginapan. Memandangkan memang tiada siapa yang akan menjemput kami, aku dan Khadijah menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka walaupun masih mencuba memahami situasi yang sedang dilalui itu. Beliau juga menawarkan diri untuk berkhidmat kepada kami dengan membawa kami menuju ke setiap destinasi yang kami mahu pergi dengan bayaran sebanyak 400 ribu rupiah per setengah hari.

Aku memberikan isyarat kepada Khadijah untuk membuat keputusan. Aku tahu yang Khadijah pasti akan bertindak dengan lebih bijak memandangkan dia adalah ketua kami. Sementara aku pula dalam keadaan siap siaga dengan segala kemungkinan dan muslihat di tempat orang. Dengan menilai kembali segala tawaran yang diberikan pemandu teksi tersebut, kami menolak dengan cara baik pelawaan beliau sebentar tadi. Hard to decide. Pak cik tersebut mengerti maksud kami dan menerimanya dengan baik. Banyak maklumat yang dikongsi oleh pak cik tersebut kepada kami sepanjang menuju ke tempat penginapan kami.

Sepanjang melalui jalan-jalan di sekitar Banda Acheh, aku merasakan diriku lebih dekat dengan suasana kampungku. Aku melalui segerombolan petani yang sibuk menanam padi. Paling menakjubkan aku ketika itu adalah, mereka menanam padi secara beramai-ramai dan menggunakan kaedah tradisional.

“ Eh, diorang masih tanam cara manual? Pakai tangan lagi. Hebatlah orang Acheh ni. Dah lama aku tak tengok cara orang tanam padi pakai tangan. Kalau masa diploma dulu pun adalah sekali aku turun sawah untuk tanam. Itupun satu petak tak habis. Diorang ni berpetak-petak pula tu.” Aku berkata sendirian sambil tersenyum melihat petani-petani bercucuk tanam. Serta merta terlintas di fikiran aku tentang cerita Melayu  dulu-dulu, Musang Berjanggut.

“Mari kita ke ladang. Hoi.. kita menanam kacang jangan bimbang hari petang,”
“Hari ini engkau ke ladang aku tak ikut...,
Aduh...aduh... aku diserang hai sakit perut... lalalala.”

Petikan lirik lagu dari kisah Musang Berjanggut bermain difikiranku ketika itu. Minat benar aku dengan cerita melayu lama.

“Kalaulah orang Melayu boleh kekalkan kemelayuan mereka, tak dak lah aku susah payah nak hadam bahasa orang putih.” Bebel aku di dalam hati. Geram benar dengan subjek yang di ajar dalam bahasa Inggeris. Subjek yang kita minat pun tiba-tiba jadi tak minat sebab tak faham apa yang disampaikan. Mungkin orang lain boleh faham. Tapi aku yang memang 100% berbahasa melayu di rumah memang sukar juga kalau nak faham istilah dalam bahasa inggeris, ambil masa juga.

Keadaan cuaca yang amat panas di Acheh (40 0C), membuatkan aku cepat berasa letih. Mana tak letih, kami bergerak ketika semua umat Islam menyambut bulan puasa. Dari situ aku dapat membayangkan keadaan dan suasana di padang Mahsyar nanti, mesti lagi panas dari sekarang yang aku rasa. Situasi seperti ini kadang-kadang akan kita betul-betul terasa di hati. Semua yang berlaku sangat terkesan di hati kami.

Perjalanan selama satu jam itu sempat kami rakam dengan pelbagai gelagat masyarakat Acheh. Semuanya sama seperti di Malaysia. Bak kata pepatah ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Di mana pun kami bergerak, perbandingan dengan Negara sendiri pasti ada. Berada di Negara orang ini mengingatkan kami tentang erti bersyukur dengan apa yang ada.

Ketika menemuramah masyarakat di sini, rata-rata akan menceritakan peristiwa thunami yang berlaku pada 26 Disember 2004. Ada yang masih trauma dengan peristiwa tersebut sehingga apabila menceritakan detik tersebut pasti akan menitiskan air mata. Aku dan Khadijah juga terasa perasaan yang dikongsikan mereka.

“Dijah, akak rasa kita dah lari topik ni. Kalau lama lagi, mau banjir pulak dengan ayaq mata kita. Ni tak dak kena mengena dengan kajian Islam yang kita kena buat ni.” Aku menyiku Khadijah sambil membuat bahasa isyarat yang ala-ala aku dengan Khadijah yang faham.

“Mujur ang faham Dijah.” Aku meluahkan kata-kata itu setelah kami selesai menemu bual seorang penjaga dan waris Makam Tengku Di Bitay atau lebih dikenali dengan Makam Kuburan Turky.

Di mana bumi di pijak, di situ lagit di junjung. Suatu kata-kata yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Pesanan abah sebelum aku pergi ke mana-mana tetap berada di ingatan.


“Sejauh mana pun kita pergi, kita mesti ingat dari mana kita datang.” Kata-kata abah masih terngiang di telingaku. Walaupun banyak halangan untuk aku yakinkan kedua orang tuaku tentang misi aku ini, pasti ada sahaja yang akan aku putar belitkan. Akhirnya mereka akur dengan kehendak anak sulong mereka ini.