1 May 2014 Khamis (1 Rejab)
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini dengan penuh kesyukuran
saya berasa terisi sedikit ruang hidup saya apabila dapat melakukan aktiviti
amal bersama kengkawan dari PERSADA. Walaupun saya hanya SAHABAT, tapi saya
rasa Tuhan mendengar isi hati saya untuk sertai program yang dianjurkan. Pada
awalnya program ini hanyalah untuk ahli2 atau anak2 PERSADA, tapi disebabkan
ada yang menarik diri saat2 akhir dapat juga saya memenuhi ruang yang kosong
tersebut.
bermulanya langkah perjalanan menuju kejayaan. |
Antara rumah penduduk kampung |
Ok..pagi2 saya telah bangun awal2
untuk siap2 ke Marang. Program bersama orang-orang Buta, Marang. Program gotong
–royong yang boleh dikira sangat bermanfaat kerana ia dapat mendekatkan diri
kita dengan penduduk setempat, malah dapat juga bersuai kenal dengan orang
kelainan upaya. Tempat yang kami pergi ni adalah sebuah perkampungan khas yang
dibina untuk orang-orang buta termasuk kelainan upaya. Maka jabatan kebajikan
akan menyalurkan segala bantuan kepada mereka dengan membuat perkampungan khas
untuk golongan tersebut.
Walaupun kami sampai sedikit
lewat, tapi sempat jugalah saya dan kawan2 buat kerja mana yang
patut..hehe..(walaupun bakar sampah je)..hehe..tapi memang best lah..
saya bakar je..hehehe..& tgok sume dah clear kan..hehe..
Warga di
sini walaupun mereka orang buta tetapi mereka dapat menjadi pemimpin dengan
baik sekali..malah disegani oleh masyarakat yang lain..saya sangat terkesan
dengan cara mereka..jadi saya ni yang cukup sifat & sempurna kenapa tidak
menggunakan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah dengan sebaik2nya??Bermula
dari sini saya dah dapat sedikit motivasi untuk terus mencari ilmu hingga akhir
hayat saya. Saya juga ingin meneroka semua tempat yang saya tidak pernah jejak.
Jadi bermula dari sini saya akan mengikut segala program yang dianjurkan oleh
Universiti. Inilah pengalaman yang saya tidak akan dapat jika saya tidak terus melangkah
melihat apa yang berlaku di luar sana. Ayuh kita sama2 melihat di sebalik alam
yang penuh warna-warni ini supaya kita dapat belajar sesuatu & mendapat
pengajaran dari segala kejadian yang berlaku.
we are the best buddyz..Farahanim, Syakira, Ida, Syida, & Munirahchiichan..hehe.
Kami melawat setiap kawasan rumah
di situ. Yang menarik perhatian saya adalah rumah Pok cik pe entah. Yang pasti
dia ketua orang cacat penglihatan di kampung ini. Di Rumah beliau, beliau telah
membawa kami melawat sekitar rumah nya yang memang banyak haiwan peliharaan. Antaranya
adalah arnab, ikan, angsa, burung, ayam katek, ayam pedaging, ayam kampung,
serta tanaman-tanaman beliau yang pelbagai. Best sangat masa kat sini. Teruja
kami tengok arnab beliau yang comel2 2..hehehe..
angsa yang dipelihara oleh pak cik tersebut.
bersama arna2nya yg sgt comel..hehe..tapi saya takut nak pegang..huhu
dalam ni ada ayam katek..hehe..comel je say tgok..
Selesai tawaf kampung, kami terus
ke dewan penutup. Penutup telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa di kampung
ini, iaitu Pok Tahir, Pok Heng & sorang lagi saya x ingat nama panggilan
dia.
So, saya xnk ckp panjang2 jom
tgok gambar2 yang telah diambil oleh rakan saya, Farahanim.
perjalanan kami yang penuh bersemangat.
muka2 ceria kami..dari kiri Farahanim, saya, Syida or Bur..hehe..yg len aq x ingt nama diowg..hehe..baru kenal je pun..
where am i??huhuhu.
Sekian,terima kasih..jumpa lagi..wink3..