salam sayang dan rindu dari saya

Thursday 1 October 2015

Ibrah Korban

1 Oct 2015 |Khamis


Assalamualaikum wbt dan selamat petang.


Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menghirup udara segar ini. Terima kasih Ya Allah kerana tanpa rahmat dan izin dari-Mu, hamba-Mu ini tidak akan berdiri di sini.

Ketika saya sedang mencari bahan untuk tajuk usrah yang akan diperdebatkan nanti, hand phone  saya tiba-tiba berbunyi. Satu mesej masuk. Saya cuba melihat siapa pengirim mesej tersebut. Rupa2nya dari seorang sahabat saya yang berada nun jauh di seberang. “Apa pula dia mesej kali ini?” saya terfikir sejenak. Sahabat saya ini susah untuk menghantar mesej, dan jarang sekali bertanyakan khabar saya. Tetapi sekarang dia seakan berubah. Saya suka dengan perubahan positivenya sekarang.

Saya berhenti seketika dalam mencari bahan usrah tersebut. Saya berkira dapatlah rehat sekejab sebelum menyambung penulisan seterusnya. Sahabat saya itu menghantar satu audio yang agak kelakar, sehinggakan saya ketika itu hampir tergelak besar cuba memahami apa maksud tersirat dan tersurat daripada audio itu. Boleh jadi dia bosan.

Saya membalasnya dengan bertanya motif dia menghantar pada saya. Dan balasnya simple, “saja nak kacau.” Padahal ni mesti malu nak kata rindu. Hahaha. Btw, saya segera menyambung menulis bahan usrah yang akan dibentangkan di surau pada keesokan harinya. Tajuk yang agak sentap buat saya. “Ibrah Korban”.

Bersempena dengan hari raya korban baru2 ini, surau di unisza banyak mengupas tentang isu berkorban. Manakan tidak, rata2 pelajar yang tinggal jauh ramai yang tidak pulang beraya bersama keluarga. Ini juga salah satu korban yang kami sebagai pelajar terpaksa lalui. Demi mencari ilmu, saya cuba sedaya upaya menanamkan minat pada bidang yang saya tempuhi ketika ini.

Pembelajaran yang 100% inglish membuatkan saya seakan mudah dan cepat berputus asa. Tetapi, setiap kali perasaan itu datang segera saya menelefon keluarga tercinta supaya apa yang mereka harapkan sentiasa saya ingat.

Berbalik kepada sahabat saya tadi, dia merupakan seorang anak yang taat kepada keluarganya. Dia juga dari keluarga yang mementingkan agama. Ayahnya ustaz, ibunya pula ustazah. Apabila bersama keluarganya terasa damai di jiwa. Perasaan seakan kita juga mahu tinggal di situ lebih lama. Saya juga dijadikan anak angkat mereka. Sahabat saya ini seorang yang suka dengan dunia automotif. Minat yang sukar saya fahami tetapi dengan minat itu juga dia dapat mengisi masa lapangnya dengan bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Berbanding minat saya yang juga tak kurang peliknya. Saya minat dalam mengembara, saya minat dunia permotoran. Tapi takde lah sampai gila sangat. Minat mengisi masa lapang. Saya cepat jatuh cinta pada superbike dan bercita2 nak bawa suatu hari nanti walaupun kaki tak sampai. Hehehe. “Saya berharap suatu hari nanti apabila sudah berkahwin, dapat pula husband yang sporting, compom saya minta dia jaga belakang & saya nak try bawa superbike.” Try jeeerrr.. kalau tak dapat pun tak apa, bukan sesuatu yang penting pun. Hehehe.. Saya berasa sahabat saya itu sangat beruntung. Tetapi saya juga bersyukur dengan apa yang saya dapat sekarang. Saya mempunyai keluarga yang super sporting. Sampaikan pernah abah tanya, kalau sahabat saya itu masuk meminang, adakah saya terima? Saya memberikan jawapan yang baik supaya keluarga saya tidak terus mengharap yang bukan2.  Abah pernah kata, “kalau abah, abah setuju je. Family dy abah dah kenal, semua baik2.”

Saya fikir keluarga saya takut untuk menyerahkan saya pada orang yang tidak tahu asal usulnya. Semua ini perancangan Allah. Adakah saya perlu berkorban dalam hal ini? Segalanya saya serahkan kepada Allah. Dialah sebaik perancang. Alhamdulillah, keluarga saya menjaga saya dengan baik sehingga kini. Mereka berikan didikan agama kepada saya, cuma kekadang iman ini mudah turun dan naik. Semoga Allah terus memberikan rahman-Nya kepada saya. Nak berubah jadi baik cukup susah kerana perlu melalui pelbagai halangan dan ujian dari Allah. Dengan segala kejadian yang berlaku, saya mulai terfikir dan menjadi hamba yang matang. Alhamdulillah. Kalau bukan mereka yang pernah buat saya jatuh, tak mungkin juga saya dapat berdiri kini. Allah masih sayangkan saya.

Bercerita mengenai ibrah korban, mesti semua orang tahu kisah tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail. Banyak artikel bercerita dan menceritakan kisah dua hamba Allah yang taat setia ini. Tak perlu saya ungkit banyak2, cuma saya tekankan di sini ibrah korban bagi kita dari pengajaran kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail adalah mereka begitu sabar & taat serta rela berkorban untuk Allah SWT. Tuhan semesta alam.

Sekian. Assalamualaikum..:)