salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday 28 May 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT



Di antara waktu yg paling mustajab utk didik anak ialah dgn memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dgn bercakap dlm hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (spt lepas kena marah).

Pastikan anak2 mkn mlm sebelum maghrib (ikut Sunnah) utk mudah belajar di waktu mlm. Jika anak tak habis mkn, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, drp MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat org Melayu saja yg menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak2 nak mkn dulu sbb ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UTK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan & lauk pauk lebihan anak2. Malahan, makanan utk pembantu rumahpun patut di asingkan utk menghargai mrk. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab utk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

Oleh: Dato Fadzillah Kamsah-

SILAKAN SHARE

 Bercinta Selepas Nikah 

Lima Minit Selepas Kelahiran



Lima Minit Selepas Kelahiran

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.

Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu

1. Tali pusat bayi dipotong.

2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.

3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.

4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.

5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.

Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala 

KITA MAMPU BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK..:)



Beruntungnya kamu yang mendapat hidayah Allah untuk berubah dan bertaubat.

Dan beruntungnya kamu mendapat pasangan yang sedia menerima masa lalu kamu dengan hati yang terbuka.

Mulianya hati kamu kerana sudi menerima seadanya.

Kahwinlah anak muda jika sudah bersedia. 



Cara Nabi Menegur seorang Isteri baginda



Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w untuk makan.

Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."

Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"

Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata :
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu."

Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum. so sweet :) 

JODOH ITU ALLAH YANG TAHU

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."



Yaa ! Memang JODOH itu ketentuan Allah SWT, tapi kita tak boleh berharap saja kenalah ada usaha & jalannya kenalah betul.

*Jangan usha-usha anak dara orang kalau tak ada niat memperisterikan dia, nanti kamu di sangka mempersendakan & mempermainkan org.
Tapi memang betul pun, jadi buat kita semua, hati-hati menjaga diri. Bercinta je lah selepas nikah, bercinta sekarang pun kalau tak ada komitmen, banyak masalah yang timbul... sendiri juga yang MERANA.




" Bagiku, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, berjanji dengan sejuta kemanisan, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa hanya disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal atau sebagainya sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan kita, ia tetap akan jadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.."


"Rancangan ALLAH Jauh Lebih Baik"

Belajarlah untuk kehilangan dia,
Andai dia bukan jodohmu.

Belajarlah untuk tabah,
Andai dia pergi dari hidupmu.

Belajarlah untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu.

Fakta Tentang Senyuman Bayi



Beberapa fakta yang dapat menambah pengetahuan kita mengenai senyuman bayi:

* Adalah sebuah rahasia umum bahwa bayi akan tersenyum ketika berhadapan dengan orang yang membuatnya merasa selesa.

* Sekalipun tak dapat melihat, bayi dapat tersenyum ketika dipeluk atau diajak berkomunikasi, buktikan

* Biasanya bayi mengeluarkan tawanya ketika berusia 3 – 4 bulan.

* Bayi dan kanak-kanak sampai usia sekitar 4 tahun bisa tertawa sampai 400 kali per hari. Berbeza dengan orang dewasa yang rata-rata tertawa 17 kali sehari.

* Bagi Anda yang telah memiliki bayi atau pernah memperhatikan bahwa bayi yang berusia 0 - 6 minggu dapat tersenyum ketika ia tidur. Ini bukanlah suatu reaksi emosi, melainkan reaksi fisik semata.

* Ketika berusia 6 – 8 minggu bayi menggunakan senyum sebagai reaksi terhadap apa yang disukainya. Itulah mengapa seringkali bayi bisa tersenyum ketika dibuai dan mendengar suara orang tuanya ataupun pengasuhnya.

* Di usia yang semakin bertambah, yaitu 2 – 3 bulan, bayi tidak hanya bereaksi dengan senyuman, namun juga menggerakkan anggora badannya seperti tangn dan kakinya yang bergerak ketika didekatkan dengan mainannya ataupun wajah orang tuanya ketika bercengkrama.

* Saat berusia 9 bulan, seorang bayi telah dapat membedakan “kepada siapa dia harus tersenyum”. Bisa jadi Anda orang yang menyenangkan bagi seorang bayi, maka dia tersenyum dan itu tidak terjadi terhadap orang yang masih asing bagi dirinya.

* Menurut sebuah penelitian, senyuman bayi kandung (bukan bayi orang lain) terhadap ibunya dapat berpengaruh baik terhadap kecerdasan otak sang ibu.

* Senyum bayi juga dapat membawa efek relaksasi bagi sang ibu yang sedang melihatnya, sehingga kepenatan dapat berkurang. Tidak hanya senyuman, sang ibu juga dapat memandangi foto bayinya yang lucu dan menggemaskan agar dapat meredakan stressnya.

* Senyum bayi dapat menunjukkan perkembangan pada otaknya, mengingat senyuman adalah aksi responsif bayi terhadap lingkungan sekitar.

* Menurut beberapa ilmuwan bahwa senyum bayi merupakan spontanitas akibat kobaran neuron dalam otak. Bayi juga dapat tersenyum saat bermimpi atau mengigau akibat ingatan akan suatu hal yang pernah dilihatnya muncul lagi dalam pikirannya.

Semoga bermanfaat...

TIPS MENGUBATI ANAK DEMAM



1) Mandikan anak dengan kerap
Kalau nak tau, sebelum ni saya ingat budak demam tak elok mandi. Rupenye lagi kerap mandi lagi elok. Cuma cara mandi kena betul.

- Suhu air mandian kena pada suhu yang anak-anak selesa. Seeloknya air suam. Sebab kalau badan panas sangat, tiba-tiba kena air sejuk takut suhu badan drop mengejut dan mendatangkan ketidakselesaan. Cuba kalau kita sendiri demam, badan tengah panas, kenakan kulit kat air paip. Mesti rasa seram sejuk semacam kan. Padahal kalau tak demam ok je, tak rasa apa pun...
- Siram bermula dari kaki bawak ke badan last sekali kepala. Ha yang ni tips paling penting. Ingat ye, mula mandi dengan kaki. Bukan kepala dulu last sekali kaki.
- Mandikan anak 5-10minit. Jangan lama sangat takut menggigil sejuk pulak nanti.
- Selepas mandi, lap sikit-sikit je. Biarkan air di badan anak tersejat sendiri. Kalau saya, saya pakaikan pampers je lepas tu upah susu dan anak tertidur sementara badan nak kering. Actually anak lagi mudah tertidur selepas mandi sebab dah selesa suhu badan kembali normal. Cuba check suhu badan before and after mandi, insyaAllah ada perubahan yang ketara.
Kaedah mandi ni saya banyak praktikkan di siang hari. Kadang-kadang 3 jam sekali mandi. Kalau malam, buat masa ni tak la. Sebab umur anak baru 9 bulan. Kalau dah besar sikit boleh kot mandikan malam.

2) Sentiasa lap badan anak dengan tuala basah.
Yang ni memang wajib buat untuk elakkan suhu badan anak naik lebih tinggi. Mungkin perlu 3 ke 4 helai kain basah. Letak kain basah kat belakang tengkuk, dahi, kawasan berlipat (ketiak, belakang lutut). Tekap-tekap je tau, bukan gosok badan anak dengan kain tu. Kalau rajin boleh buat air asam jawa/air daun bunga raya yang diramas, lumur kat kepala anak. Cek suhu badan setiap 10-15 minit. Kalau makin tinggi mungkin boleh terus mandikan.

Ok, yang tu dari segi penjagaan luaran. Kalau dari pemakanan, antara yang boleh ibubapa beri kepada anak yang sedang demam ialah:

1) Minum air masak secukupnya. Makin banyak makin bagus. Lagi bagus kalau ditiupkan selawat ke atas nabi, selawat syifa atau potongan ayat-ayat suci Al-quran.
2) Minum air zam-zam. Baca bismillah dan selawat ke atas nabi. Niatkan supaya Allah sembuhkan anak dan keluarkan segala penyakit yang ada di tubuhnya.
3) Makanan sunnah: habbatus sauda/madu/kurma/kismis/minyak zaitun/buah delima/badam etc.

Insyaallah, dengan ada Doa,Usaha,Ikhtiar,dan tawakkal, dengan izin Allah, Allah akan menyembuhkan segala penyakit, Semoga Bermanfaat, 

PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS



Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,

Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu..!!

Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu, tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua kerana ia peduli padamu..!!

Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikut-ikutan tidak peduli, ini adalah tantangan bagi kalian, saatnya membuang gengsi..!!

Bila isteri tidak mahu mendengar dan berbalik badan berjalan meninggalkanmu,kejarlah dia,

Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau sanggup meninggalkannya sendirian..??

Bila isterimu berkata "kamu pergi saja" aku tidak mahu memperdulikanmu'' jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu adalah saat dimana dia paling memerlukanmu..!!

Bila isterimu marah, suasana hatinya sedang tidak enak dan tidak mahu makan, jangan bertanya mahu makan apa, dia pasti berkata tidak mahu semuanya.

Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahawa kamu juga tidak mahu makan..!!

Hargai isterimu, tidak perlu berfikir terlalu rumit, apa yang wanita mahu selalu sederhana selamanya..!!

Terkadang, berkompromi bukanlah bererti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami..!!

Memaafkan bukan bererti lemah, melainkan sebuah keperhatinan dan menghargai..

Silakan SHARE

SURAT DARI SEORANG IBU, UNTUK MENANTU LELAKINY


Wahai menantuku,

Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri

Dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku.

Bila engkau membaca pesan ini

Semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.

Wahai menantuku,

Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk puteriku.

Bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke syurga.

Wahai menantuku,

Bila ada KELEMAHAN dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga karana kekurangan darinya,

Bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.

Wahai menantuku,

diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dini hari.

Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman.

Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.

Wahai menantuku,

Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku,

Bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.

Bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu

Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan.

Wahai menantuku,

Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya,

Maka selamatkanlah istrimu dari dosa yang lebih besar.

Bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan surga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta.

Wahai menantuku,

Engkau di izinkan menghukum isterimu sewajarnya

Namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka.

Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan

Seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu.

#copy paste#sekadar peringatan & perkongsian bersama#

BLACK & WHITE DAY (only for me).. :'(

Assalamualaikum w.b.t



Hari ni aq nk cter sikit pasal hari yg pada mulanya sgt teruk, tbe2 boley jadi hari yg paling bermakna dlm hidup..haha..pagi td aq baru selesai paper Kimia Organik Analisis..soklan dy sgt killer..aq rse mcm dah putus asa dah..xtwu nk jwb pe..huhuhu..then lepas kluar aq terus bincang ngn kengkawan aq yg nk g ke Rumah Keluarga Angkat di Kg. Durian Telur..then bila sume dah set, kitowg pun gerak la..sblom 2 aq singgah di pasar dulu beli ikan utk mak angkat aq..

Sampai je kt sne mak angkat aq dah masak mcm2 dah..dy call aq tp enset aq dlm bonet skali ngn beg sbb barang byk, tempat duduk sempit..aq pun cmpak la beg tangan aq dlm bonet skali..skali terlupa pasal enset plk..hahaha..so, mak aq ingt aq xdtg dy pun dah makan dulu la..sian mak angkat aq..lepas siap mkn aq n kengkawan bersiap nk ke rumah mak angkt kwn2 aq yg len plk..byk lagi rumah yg kami nk kne melawat..

Buah Pauh dilayang aq pggil..sakit kepala aq sbb dongak kait buah ni..yg lain gelakkn aq je..hahaha...pape pun mmg best la...dpt bawa balik penuh bonet..

Aq & Aqilah..


penyedut untuk menyedut madu lebah kelulut yg dibuat sendiri oleh ayah angkat Aya..jumpa 1 inovasi kt sni..hehehee..


Kesimpulannye, setiap rumah yg kitowg g sume diowg bg makan..aq rasa diet aq dah abis dah utk 1 hari ni..haha..dah org jamu kne la makan..t sentap plk diowg kan..so, 5 buah rumah kitowg makan..perut dah mcm belon dah..hahaha..masing2 letih n mata pun mngantok..rumah terakhir adalah rumah mak angkat dayah..kt sne ingt nk ckp aya kim salam je..aleh2 mak angkat aya siap jemput makan n jemput undangan utk kenduri kahwen family diowg..perhhh..patutla meriah je rumah aq tgok..makan lagi kt situ..dapat bawak balik buah pauh n buah nam-nam or org sini paggil buah katak puru...



Kami mmg dah lewat nk smpai blik kolej..aq plk terlupa yg aq ada jnji ngn Pok Di aq yg aq nk jmpe dy..so, terkejar2 la aq hr ni..huhuhu..tp nasib baik sempat jmpe gk..smpai mgrib Pok Di aq bru balik..sian dy..aq siap pos 2 kotak buku & 1 kotak printer..lega rasa,..ringan sikit beban aq nk blik rumah cuti sem ni..(padahal byk lagi brg aq nk bwk balik)..then, sebelum Pok  Di aq balik sempat lagi dy tnye pasal awe..hahaha...aq ckp awe sihat..hahaha..padahal mne la aq tahu..takut aq nk jwb..Pok Di aq mmg sporting gler..bab2 ni klo nk bergurau mmg takut..sbb aq pernah tercakap awe aq org Kelantan..huhuhu..n Pok Di aq pun percaya n sungguh2 dy..aq plk, mne la twu pengakhiran cerita hidup ini..bersama ke berpisah ke..aq xtwu..



Xbrani nk ckp pape..xkn aq plk yg nk lebih2 klo org lain pun xde rasa pape..lebih baik pendam n terus pendam...huhuhu..ermmm..sakit la lama2 kn..tambah2 dpt twu dy ngn org len plk..lagi la sakit..so, skrg berdoa utk perjalanan hidup yg lebih baik je la..semoga semua berjalan dgn lancar & perjalanan itu semua telah ditentukan Allah..aq hanya mampu berserah..apa2 terjadi aq xtwu..serius aq xtwu nk ckp cmne..nk ckp suka,mmg la suka..tp, dy suka ke ??ermmm...sudah2 munirah..sedar diri dulu ye..hahaha..jgn nk merepek bagai...istiqomah je dlm setiap perbuatan & pekerjaan..pasti dpt yg terbaik..lg pun in sya Allah, setia aq setia smpai ke mati...:)



Akhir kata dari aq, jom la kte kupas buah pauh ni..dah mcm kilang buah dah aq tgok..tggu Natrah dtg bwk pisau sume..yg psti aq nk lelap jb..letih sgt2..stress..tension..sume bercampur baur..tp, ble tgok Muka MAK & ABAH aq, tenang balik hati..tambah tgok muka dy plk..lagi lena aq tidur.hahaha..dah2,..stop merepek..perasan je lebih munirah ni...#layan lagu one direction-nobody compares to you..;)

Selamat tinggal & Assalamualaikum..