salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday 1 January 2014

Putuskan Hubungan Dengan 5 Lelaki Jenis Ini





Pernahkah anda mempunyai perasaan tidak percaya pada pasangan anda? Jika pernah, pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran anda sampai kadang-kadang mahu putuskan hubungan tersebut. Di sini terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu dan ambil tindakan secepat mungkin jika teman lelaki anda seorang yang:

1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.(klo ada pun sekadar sementara je)
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda..(mmg ada pun yg jenis cmni..manusia akhir zaman)..minta dijauhkan..aminnn..
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.(patut di tinggalkan cepat2)..
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
P/S : Semoga ia bermanfaat untuk anda semua yang berada dialam percintaan =)

Sekadar perkongsian bersama..(*^_^*)...Terima kasih kpd-Nya yg sentiasa mengingatkan aku dikala aq alpa..semoga hari2 yg mendatang lebih bermanfaat utk kita bersama...

-mood:- bahagia bersama jodoh yg telah ditetapkan Tuhan utk ku..Syukran Ya Allah..