salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday 23 April 2014

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD)

22 April 2014 Selasa


Ummu Umairah & Khadijah , My classmate yang bersatu untuk mengikuti aktiviti yang akan dilaksanakan nanti oleh GPTD.


Assalamualaikum semua kepada sahabat2 pembaca & kwn2 alam maya sekalian..
Saya bukanlah spe2 yang harus dikenali tapi saya adalah insan yang lemah & banyak cacat celanya yang hanya mempunyai satu niat iaitu berubah kerana Allah taala...Ok..hari ni saya mempunyai sedikit masa terluang sebelum saya menyambung kerja-kerja/assignment saya yang masih banyak tertangguh..

My best classmate (Noraniza) aka kwn baik yang mempunyai misi yang sama.


Hari ini setelah dianalisis segala hari, barulah saya dapat menyambung tinta saya. Saya cuma ingin berkongsi sedikit perjalanan hidup saya setelah bergelar graduan di UniSZA Kampus Tembila, Besut. Pertama sekali saya ingin berkongsi tentang program yang saya  sertai baru-baru ini di Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Pada hari tersebut saya dengan sebulat suara, niat yang satu ingin menjadi ahli GPTD @ lebih dikenali sebagai Grup Penjejak Tamadun Dunia. Grup ini telah diasaskan oleh ayah Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Saya tertarik dengan perjalanan dahwah Ahmad Ammar sehinggakan saya tersedar yang selama ini banyak salah silap saya & banyak kerja yang telah menyimpang dari landasan sebenar kita hidup di dunia ini. Apabila kejadian ini berlaku ketika saya sedang mencari cinta Allah, barulah saya tahu betapa jauhnya sasaran saya sebelum ini yang masa kecil saya dulu saya telah membuat catatan “Apa akan saya buat untuk 20 tahun akan datang”.

En. Suhail Ahmad, president GPTD & Isteri yang turut hadir dalam melaksanakan program jelajah GPTD 2014


Baru-baru ini, masa saya cuti pertengahan semester, saya cuba mencari semula catatan diari saya masa saya sekolah rendah. Alhamdulillah, saya berjaya menemuinya. Dalam mencari catatan saya itu saya terselak catatan saya 20 tahun akan datang. Jadi di situ sebenarnya saya telah membuat matlamat sebenar saya sebelum ini. Sungguh rugi & sedih kerana dalam banyak-banyak senarai catatan tersebut hanya ada beberapa sahaja yang saya berjaya kecapi. Antaranya adalah hendak menjejakkan kaki ke Negara China, masuk ke universiti, dan beberapa lagi matlamat saya yang saya sendiri simpan. Jadi rupa-rupanya banyak lagi kerja saya kena buat untuk mencapai matlamat saya seterusnya.

lupa pula nama En ni, tapi beliau dalam grup Cheng Ho. Ini memang best. Teruja aku nak jejak semula ke China. Beliau dapat menemui generasi Laksamana Cheng Ho. Hebatkan.


Berbalik semula pada GPTD, saya telah mendaftar menjadi ahli GPTD bersama 70 orang lagi sahabat-sahabat UniSZA yang lain. Bersyukur saya kerana matlamat saya untuk menjadi pengkaji sejarah sedang dalam proses menuju pada landasan yang betul. Sebelum mendaftar menjadi ahli GPTD, saya telah didedahkan dengan matlamat sebenar penubuhan GPTD tersebut. Agak menakutkan pada mulanya saya dengar sebab ia lebih kepada program membina sahsiah diri selain tujuan untuk mengkaji tamadun-tamadun Islam yang gemilang suatu ketika dahulu. Apabila saya telah mendaftar menjadi ahli GPTD, dengan automatiknya saya adalah Relawan/sukarelawan yang akan dihantar untuk misi kemanusiaan di mana-mana negara yang sedang berlaku bencana atau lebih tepat lagi misi bantuan kemanusiaan ke Syria,Palestin, Turki & mana-mana negara yang memerlukan bantuan kami semua. Saya rasa berbangga sekiranya saya dapat mati syahid sebagaimana Ahmad Ammar yang telah mati syahid di Turki ketika beliau sedang melintas jalan untuk mengajar pelajar-pelajar baru tentang sifat ikhlas. Topik yang sangat terkesan pada diri Ahmad Ammar & saya sendiri. saya terfikir sendiri, ikhlas kah saya sebelum ini? Banyak persoalan yang bermain di fikiran ketika ini.

70 orang peserta berbaris untuk mendaftar sebagai ahli GPTD sambil menunggu pasport siap di buat.


Jadi setelah mendaftar menjadi ahli GPTD saya rasa apa pun yang berlaku lepas ini biarlah Lillahi Taala. Semuanya daripada Allah. Biarlah apa orang nak cakap yang pasti harapan & niat saya adalah ingin mengembalikan semula kegemilangan umat Islam terutama remaja yang semakin hari semakin terpesong. Tak sabar rasanya ingin merasai bagaimana program yang akan dijalankan kepada ahli-ahli baru GPTD ini. Syarat yang harus ada pada ahli mestilah tahu berenang, memanah & berkuda. Rasanya kalau fasal berenang in Sya Allah saya dah boleh, tapi mungkin kena berlatih lagi dengan yang terlatih. Memanah & berkuda ni yang saya rasa kecut perut sikit. Hal ini kerana, tangan saya pernah retak & masih terasa sakit jika mengangkat barang yang berat, jadi bagaimana saya nak pegang batang pemanah tu. Sebelum ni saya pernah nak belajar memanah masa di sekolah, tapi disebabkan kecederaan pada tangan saya jadi saya lupakan hasrat tersebut dan memilih catur untuk permainan dalam hidup saya.

Walau apa pun yang berlaku saya tetap dengan misi saya ini. I’m never give up until the end of my life. Misi yang saya akan tempuh ini rasanya sangat berat & besar tanggungjawabnya. Bersesuaianlah dengan matlamat sebenar hidup di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah & merantau mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk ummat sejagat. In Sya Allah doakan saya selamat dalam menempuh misi mencari redha Ilahi. “Mati itu pasti, Hidup In Sya Allah”. Jika ditakdirkan saya mati di negara yang saya jejaki itu yang mempunyai perkuburan para sahabat-sahabat nabi, srikandi-srikandi Islam, semadi kan lah saya di situ, usah dibawa pulang jasad saya ke Malaysia. Saya ingin bersama jasad-jasad para mujahid & mujahidah di sana. Cuma doa kalian yang saya pinta supaya diampunkan salah silap saya & di halalkan segala harta benda yang pernah saya ambil @ yang tidak sengaja di ambil. Salam maaf & rindu dari saya, “bakal jenazah”.

This is our last moment with Ahmad Ammar sister, Kak Nadzifa with baby boy and girl. Baby tu sangat cute & taff..haha..

MOTTO GPTD:- MENJEJAK.MENELADANI.MEMIMPIN


Sekian sudah perkongsian saya pada hari ini. Selamat menyambung kerja, jumpa lagi & Assalamualaikum..