salam sayang dan rindu dari saya

Monday 2 November 2015

Ekspedisi Saintifik Sg Chantek, Pasir Akar (1)

Assalamualaikum wbt & selamat malam.

Bahagian 1

Alhamdulillah bersua kita di malam yang penuh sunyi sepi ini tanpa kedengaran suara cengkerik mahupun binatang2 lain. Agak2nya semua insect takut nak keluar kut. Takut kena tangkap dengan budak2 Biotech. Hahaha. Ok, setelah sekian lama tak menulis & meluahkan apa yang ada dek kesibukan hari2 saya. Bak kata orang Jadual Full. xsempat nak update..baru ada peluang. Hari ni saya nak berkongsi cerita sedikit tentang aktiviti yang terbaru saya buat. Terbaikkkk laahhh..jom kongsi kisah kita....

“Mun, Ekspedisi Saintifik Sg Chantek, Pasir Akar anjuran Institut Kajian Pengeluaran Pertanian & Inovasi Makanan (AGROPOLIS) & Institut Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI). Hang nak pergi? Aku dapat satu tempat lagi ni, patutnya program ni full dah tapi ada orang tarik diri.” Satu mesej whatup yang panjang lebar masuk. Aku cuba buka. Siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut. Eka yang mesej.

“Owhhhh..Nakkk…” aku membalas ringkas.

“Komfem eh? Bagi details, nama, matrik, ic., email.” Eka membalas ringkas dan padat.

“Kena bayar tak? Budak class kita spe yang pergi?” aku masih bersoal jawab. Yelah, risau juga kan. Sebab sebelum ni bukan main penuh lagi. Belum menyempat aku nak offer join, tengok2 dah full. Frust tau tak. Itulah sebabnya yang aku banyak bersoal jawab.

“Tak. Free. Aku dan Elyana.” Balas Eka lagi.

Bermula dari mesej yang pendek dan ringkas inilah saya berjaya join aktiviti ni. Suka saya nak mulakan cerita ini dengan permulaan sebelum saya sampai di sana. Malamnya, saya telah siap packing semua barang, termasuklah tikar, baju hujan, lampu suluh, senjata, makanan tambahan, lilin, mancis, dan segala peralatan yang hendak digunakan di sana. Memandangkan cuaca yang agak tidak menentu dan kami di sini sedang mengalami musim hujan yang lebat, saya telah membungkus pakaian dan segala peralatan tersebut di dalam beberapa lapisan plastic.




Saya dan kawan2 yang lain telah menaiki van unisza, kerana ada antara kawan2 saya yang tidak dapat pengecualian kuliah. Makanya kami sampai dalam pukul 5.30 ptg. Setibanya saya di sana, kelihatan tempat yang pernah saya jejak dahulu semasa di semester 1, menggamit memori. Kawasan yang suatu ketika dahulu penuh dengan semak samun, kini telah berubah dengan dipenuhi kelengkapan yang selengkapnya. Alhamdulillah.


Perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu. Subhanallah. Saya suka tempat ni. Air sungainya yang tenang, pemandangannya yang damai, alamnya yang menghijau. Senyuman terukir sampai ke telinga. Semasa saya ingin menyeberangi Sungai Chantek tersebut, kelihatan kelibat seseorang yang saya kenal. “Ehhhhh..Yusof? Nizam & the geng? Diorg pun ada juga?” Saya dah mula menggumam dalam hati. “Allahu Akhbar. Diorg ni datang sebab rela ke kena paksa? Entah2 Mus pun ada?”  Aku cuba memerhati sekeliling. “Ok. Mus xde. Yes.” Saya dah mula gelak jahat. Kalau orang yang kita tak kenal ok lagi, ni kalau yang kenal ni yang buat saya segan. Saya nak enjoy puas2 kat sini. Nak relax2 kan diri. Nak merasai suasana yang tiada di asrama ni. Aleh2 ada plk diorg ni, nampaknya saya terpaksa bataskan gelak jahat saya tadi tu sbb tiba2 kelibat Mus, kawan saya merangkap senior sebaya muncul dari entah mana2 penjuru. Hahahaha… Bukan apa, saya segan dengan kawan2 saya tu. Diorg tu hebat2 belaka. Saya niiiiii….biarlah Allah yang tahu.

Semasa berada di tapak xpdc, saya terpikir. “Aku nak tidur mana malam ni? Khemah dah lah xdak.” Tiba2 ada yang tolong ambilkan khemah. Rupa2nya disediakan. Ini adalah kali pertama saya berkhemah yang memang kena tidur dalam khemah. Sebelum ni join aktiviti perkhemahan juga, tp bukan tidur dalam khemah, tidur dalam kelas, or tidur di bilik yang luas ramai2. So, ni pertama kali juga dalam sejarah saya nak try pasang khemah. Mujur Elyana tahu pasang khemah. Akhirnya berjaya juga kami pasang bersama. Sebelum khemah di pasang, saya terdengar desas desus senior ni cakap “Tak kan aku plk nak kne pasang, tak guna la diorg datang sini. Buat sendiri la.” Agak pedas kan? Yang penting saya atau kawan2 saya xde pun mintak diorg pasangkan. Xde langsung keluar kata2. Geram juga. Ikutkan nak je balas direct. Mujur Eka terus balas, “kitorang xde suruh korg pasang pun.” Bekeng gila. Kami terus pasang. Alhamdulillah. Berdiri teguh. Kami memang wanita. Kami akui kami insan yang lemah. Kami tak minta pun jadi lemah. Kalau ikutkan semua kerja kami taknak harapkan lelaki. Tapi, nak buat macam mana. Allah dah ciptakan kami sebegitu. Saya redha. Tapi yang lagi geram bila ada grup yang baru dtg ni, diorg boleh plk tolong. Pilih kasih or saja nak menunjuk? Bertambah geram lagi apabila junior saya plk yg kne pasang, yg grup ni boleh berdiri, lagak cekak pinggang pastu tgok je diorg buat. Aduyaiiii.. Ada juga yang kena kayu terbang saya bagi nanti. Mujur Eka menahan ketika itu. Perikemanusiaan itu kena la ada pada tempatnya. Kami bukan hamba. Pastu siap bergosip. Perhhhh..seballl tahu ngak. (Aku perati je korang). Takpe. Cerita sini abis sini. Stop.




Lagi kesian apabila melihat junior saya yang terpaksa berkhemah di hujung penjuru hutan. Perempuan semua di sana. Rasa macam tak patut. Alhamdulillah. Kegelisahan yang saya tak terluah itu dapat di baca sama oleh Dr Jamil. Akhirnya mereka di pindahkan sebaris dengan khemah saya. Dr Jamil seorang bapa, jadi naluri kebapaan itu ada pada dia. Tu baru lah gentleman. Siap semua khemah, kami segera makan malam. Selepas solat isyak, kami akan ada taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dilakukan pada keesokan harinya. Pembahagian kumpulan terus dijalankan dengan pantas memandangkan hujan telah mulai turun. Saya dan kawan2 perempuan yang lain ditempatkan dengan grup alam sekitar. Ok. Kita lari dari bidang sikit. Berharap dapat belajar benda baru.


Setelah masuk ke khemah masing2, saya dengan siap gosok gigi semua, solat sunat witir 3 rakaat, kemudian membaca Al-Mulk sebelum tidur, selawat. Saya mula membaringkan badan mencari tempat yang selesa sedikit. Allah. Batu betul2 di bawah belakang tempat saya baring. Pusing kiri, batu juga. Pusing kanan pun batu lagi. Ok. Static je sekarang ni. Dengan zikir2 yang meniti di bibir, tiba2 Eka bersuara. “Aku lapar la.” Terkejut juga saya ketika itu. “Ang biaq betoiii..nak makan lagi? P la keluaq makan kt bawah.” Balas saya dengan mata yang masih dipejamkan. Tangan pula dengan kipas mini yang dibawa. Rasa berpeluh sedikit malam ini. Tangan kiri dengan tasbih, tangan kanan mengipas badan. Cukup lengkap semua anggota badan memainkan peranan. Berharap dapat segera tidur. Kalau tak tidur mahunya saya menangis sakit belakang disebabkan batu2 yang menikam. Mujur bawa tikar. Tu pun tak dapat nak menangkis kesakitan yang ada.

Tiba2 saya terkenangkan arwah sepupu saya yang baru meninggal bulan lapan yang lepas. “Kalaulah aku mati nanti mesti kena tidur macam ni. Terasa tidur di atas tanah.” Apabila saya terfikir sebegitu, terus kesakitan tu dapat dikawal. Nak cakap kat sini mindset sebenarnya. Tiba2 air mata keluar. Pemergian sepupu yang tidak diduga itu mengundang 1001 perasaan yang membuatkan saya menjadi pendiam dan tak seceria seperti sebelum ini. Hal ini diakui dan di ajukan oleh beberapa orang kawan kepada saya. Mati? Mati? Tiba2 saya terus dibuai mimpi. Sebelum saya melelapkan mata, tiba2 ada titisan air yang mencurah ke muka saya. Saya terkejut seraya terduduk dan mencari dari mana arah air yang jatuh tersebut. Rupa2nya khemah saya tu masuk air. Ok. Satu je yang saya dapat pikir masa tu. Buka payung. Hahaha..pastu sambung tidur balik. Ada ke patut berpayung dalam khemah? Nampak tak semangat nak tidur tu tinggi. Hujan lebat mulai membasahi bumi. Guruh dan kilat sabung menyabung. Eka & L tak masuk lagi. Saya hampir menangis ketakutan. Memang dari dulu lagi, kilat atau guruh memang saya takut. Menggigil seluruh badan. Cepat2 tasbih yang ada di gunakan. Saya terlelap dengan telinga ditutup dengan baju sejuk.

Keesokan paginya Eka menyatakan yang khemah kami semalam dimasuki air. Habis hujung kaki mereka basah. Saya pula nyenyak tidur dibawah payung. Hehe. Toilet hari pertama dan kedua sama je. Beratur panjang. Dari gelap kita tunggu, sampai nak cerah baru turn kita sampai. Mana tak cerah, 1 je bilik air. Subuh pun, dah cerah. Sabo je la. Darurat sangat dah tu. Hahaha.. Dengan ada yang sakit perut, nak terkencing semua ada lahhh..pengalaman kan?

Pembahagian kumpulan sedang dijalankan.

Jadi lepas sarapan semua, kami berkumpul mengikut grup masing2. Tiba2 ada satu suara memanggil. “Mun, join grup kitorg?” saya menoleh. “Owhhh..senior saya yang bersuara rupa2nya”. Saya menggumam di dalam hati. Diorg hanya ada Kak Kiah. Jadi, tak kan K. Kiah sorg je, so saya pun bertukar grup. Daripada grup alam sekitar ke grup Flora pulak. Bersama dengan beberapa senior yg gila2 ni..hahaha..btw, diorg ni ok lagi daripada yg suara sinis semalam. Sabo je la. Mujur tak satu grup dengan dia tu. Spe? Adalahhh..hehe..

Selesai membaca doa sebelum pendakian di mulakan, kami membilang berapa orang ahli yang akan naik nanti. Perjalanan kami diteruskan dengan penuh semangat yang berkobar2. Tanah yang agak curam dan licin itu membuatkan kami semua berjalan dengan penuh berhati2. Semua orang mula mencari kayu panjang untuk dijadikan pemegang. Saya ketawa kecil. Agak lucu melihat gelagat mereka tapi sweet.

persampelan yang dilakukan.

Perjalanan di mualai dgn melalui denai berdekatan pagar ladang UniSZA.

Kami mengambil inisiatif dengan melalui kawasan persisiran Sungai Chantek. Assumption saya yang pertama adalah “wowww..ni mesti best ni. Dah lama tak turun air”. Nampak air sungai je terus senyuman tak lekang di bibir. I like river. Batu2 sungai di sini agak licin dan berbahaya bagi sesiapa yang tak pernah melakukan aktiviti gila macam yg saya suka buat ni. Kemungkinan untuk jatuh, cedera memang sangat tinggi. Tapi kami masing2 berharap tiada kecederaan yang akan berlaku. In syaa Allah.


Cendawan yang ditemui. Luarannya mcam jelly. sangat lembik.

Pelbagai tumbuhan yang saya biasa tengok di sini. Tapi nama tumbuhan je yang saya tak berapa nak tahu. Almaklumlah rumah saya pun dalam hutan juga. Lebih kurang macam ini juga. Ada sungai tepi rumah. Abah pun memang selalu bawa saya lalu kawasan sebegini. Ikut abah pergi menjala ikan, kutip pucuk paku, cari buluh, cari kayu, cari daun nipah dan mcm2 lagi la. Saya pun pandai gak menjala ikan, cuma dah lama tak buat. Entah boleh dapat ikan ke idok saya tak twu la. Jadi tiada masalah bagi saya untuk melakukan aktiviti extream ni. Jatuh? Siapa yang tak pernah jatuh kan? Daripada kita pernah jatuhlah, saya dapat belajar berdiri sekarang. Calar balar tu dah biasa. Cuma, tahan sakit ke tak je yang membezakan kita. Alhamdulillah. Saya ok 100%. Hehe. Sebab tu saya suka datang tempat macam ni. Menggamit memori. Ada yang cakap “Mun budak silat, boleh la. Kuda2 dah kukuh.” Xde maknanya kuda2 ke apa. Kalau Allah takdirkan kita jatuh, pasanglah kuda2 seluas bahu pun tetap jatuh. Haha. Cuma ada cara dan tapak yang patut kita pijak dan tak pijak. Kalau betol2 pijak atas batu yang dalam air tu memang la jatuh, dah licin. So, kalau nk pijak batu, jangan pijak atas permukaan dia, tapi pijak di celah2 batu antara batu. In syaa Allah tak jatuh. (entah betol ke idok tips yg aq bagi ni). Hahaha.


Kat sini kami sempat membuat beberapa pertandingan yg tak ada dalam senarai program. Dr Jamil ajak lawan tahan nafas dalam air kutttt...

Yang pasti Fadli naik ke udara dulu sbb xtahan nafas. hahahaa. Agak2 spe menang?


 Grup Alam sekitar dan Grup Fauna.

Gambar pertama bersama grup flora. Nampak macam senang je kami berdiri kan? Padahal tu semua cover taw, sbb takut batang pokok tu tiba2 bergerak, habis kami semua. Btw, dah mcm2 gaya aq buat. Ras macam cicak woman pun ada gak. Mujur kuda2 kuat..kih69..

Pokok yang lebar dan tinggi di sebelah Dr. Khamsah. xtwu pokok apa.

En Tajol dah buat muka penat. Kami masih bersemangat. Hahaha

 Dr Jamil yg entah muncul dari mana2, tiba2 datang menebas semak samun yg ada. Hati2 Dr, jgn sampai tebas pokok yg kami nak cari..hehehe.

Ada yg kne lindung dgn tgn Fadli. hahaha..Timing mmg kena.


Tongkat sakti tak dilepaskan. Antara org kuat yang menjayakan xpdc ini.


Yusof yang xbagi buh gambaq dia, tapi dia nak masuk gak..hahaha..whatever. Dah ada dlm my camera knelah jadi model kt blog sy ye...haha

Rehat sebentar dgn menikmati kesejukan air Sungai Chantek.

pendakian dilakukan tanpa jemu.



Selesai membuat persempelan pada hari pertama, malamnya kami ada membuat sesi pembentangan ringkas daripada semua ketua grup. Antara yang membentang mestilah para saintis. Semuanya dapat apa yang dicari.
Pembentangan ringkas sedang berlangsung.

Pada malam kedua tidur di dalam khemah, cuaca agak sejuk sedikit. Pukul 3 pagi saya terbangun sebab nak terkencing. Tapi kesian nak kejutkan kawan2 yang sedang nyenyak tidur. Saya melelapkan semula mata. Tiba2, Eka terbangun. Saya bertanya “Knp Eka? Sejuk ke?”

“Aku nak terkencing la.” Eka membalas dengan memeluk tubuhnya. Sejuk barangkali. Lagi takleh blahh apabila L pun bangun juga sambil bersuara “Saya dari tadi lagi nak terkencing.”

Bagai nak tersembur ketawa saya ketika itu. Apalagi ada geng rupanya. So, kami segera ke toilet. Melihat suasana yg sunyi sepi hanya ditemani suara dengkuran ahli2 yang lain, kami segera ke toilet. Ketika melalui satu khemah ni (xnk xkp khemah spe) tiba2 saya dikejutkan dgn dengkuran yang tiba2 bunyi kuat. Mujur saya sempat berpaut pada batang khemah. Kalau tak, mahu jatuh rolling dari bukit kecil tersebut. kalau ye pun nak mengusik, lepas saya lalu lah. Hahaha.

Setelah masing2 selesai membuang hajat, saya, Eka & L memanaskan badan di tepi unggun api yang masih bernyala itu. Unggun yang di buat oleh Dr. Jamil. Saya lihat sekeliling, semua orang tidur nyenyak. Ada yang tidur di pondok memasak. Semuanya berselimut penuh satu badan. Sejuk agaknya. Pengawal keselamatan pun nyenyak tidur. Kelihatan beberapa orang pengawal yang masih berkawal di hujung khemah tempat pendaftaran hari pertama. Kami terus memanaskan badan. Alhamdulillah. Terasa sentuhan tangan kembali terasa. Tadi bukan main menggigil lagi. Kali ni rasa warm sikit. Dalam 10 minit kami memanaskan badan, kami terus masuk ke khemah dan menyambung tidur semula. Esok ada lagi kerja yang perlu dijalankan.


Suasana berpagi di hutan.
Yang paling penting sekali saya punya ampaian kene kebas. Hahaha. 

Pagi yang damai membuatkan saya kembali segar. Awan kelihatan cerah. Tiada tanda2 hendak hujan. “Ok. Hari ni mesti dapat naik lagi tinggi.” Saya masih berharap agar cuaca mengizinkan kami menjalankan xpdc seterusnya. Masih banyak sampel yang harus kami buat. Selesai sarapan pagi, saya kembali dengan grup saya. Cuma Eka, L, Dr Khamsah tak dapat ikut. Eka & L akan membuat compression pada tumbuhan yang kami bawa balik semalam. Xpdc kali ini ada tambahan pada ahli. Jejaka baru pula masuk. Haha.

Doa yang di baca oleh Yusof bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku di aminkan oleh semua ahli xpdc. Kami masih berharap agar keselamatan kami sentiasa dilindungi Allah. Perjalanan kami dimulai dengan iringan doa. Doa senjata umat Islam.






Peristiwa hari ini agak suram sedikit. Sebabnya tag card untuk sample tumbuhan xde pada Nizam. Katanya dia dah bawa tadi. Kami cemas. “Macam mana nak buat ni.” Takkan nak berpatah semula. Dah la tadi tertinggal GPS, kali ni tag pula xde. Nizam dah buat muka pelik. Tengah memikirkan sesuatu agaknya. Memang kalau tak silap saya, saya nampak tag tu dalam plastik yang di bawa. Cuma tak tahu sama ada tertinggal ataupun hanyut ketika melintasi sungai tadi. Saya Cuma mengingat kali terakhir saya lihat tag tersebut. Allah. Saya hilang kata2. Tiba2, pemotong dahan (gunting) pula xde. Nampaknya satu2 hal yg berlaku. Mujur En. Tajol ada bawa spare. Semua benda yang sepatutnya ada tiba2 xada. Kalau dilihat pada gambar yang saya ambil, tag card, GPS & gunting betol2 ada di tangan Nizam. Tapi tiba2 semua tu lost. Entah spe yang amik saya tak pasti.


Kami masih meneruskan perjalanan. Kali ni, bukit yang dinaiki lagi curam dari semalam. Kami terpaksa memanjat batu2 licin si sepanjang sungai. Agak menakutkan. Tapi, In Syaa Allah, semuanya baik2 belaka. Setelah sampai di check point yang seterusnya, tiba2 kedua2 GPS yang di bawa kehabisan battery. Dah knp hari ni semua jadi cmni? No comment. Kata Yusof, “Semalam ada satu grup yang guna, diorg tak cas balik.” Ok. Nampaknya kami terpaksa stop sampai di situ je. Dah xleh naik dah. Sbb GPS dah xleh guna. Kena balik terus. Sebelum kami terus balik, En. Tajol, En. Sufian, Kak Kiah, Aisyah dan seorg lagi kakak telah naik ke lereng bukit untuk mencari sample yang berdekatan dengan GPS location tadi. So, sebahagian daripada kami turun melalui persisiran sungai. Sementara menunggu geng2 yang lain siap cari sample, saya melilaukan pandangan di sekitar kawasan yang ada. Subhanallah. Cantik tempat ni.


Selfie je kje deme ni..sementara menunggu ahli2 yang lain datang.

 Nizam yang sudah berjaya berada di atas batu licin. Saya pun was2 boleh naik ke tak. Alhamdulillah. Berjaya jg anaik atas.



Turun hati2 ye. Licin tuuu..

bak kata Fadli "dah macam monk". saya yang mendengarnya gelak tak henti. Sakit perut menahan geli hati. Tengok gelagat diorg pun dah nak tergelak. Kelakar sungguh tp memang best la. Pengalaman yang berharga sepanjang berada di sini.

Yang berdiri tu agak2 nk terjun sebenarnya. Tapi masih berkira kedalaman air yang ada. Nak turun tapi was2. Hahaha. Batu besar kut bawah tu...kang ada yang sakit kaki. 


Fadli yang nampak macam nak lemas je tu. ke memang dah lemas?haha.


Pengawal keselamatan, En Tajol Dan En Sufian yang tak kurang hebatnya. dalam kut tempat ni.



Dengan air sungainya yang jernih dan bersih, kami meremdamkan badan bagi melepaskan penat yang ada. Kelihatan pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh senior2 ni. Hahaha. Zul, Nizam & Fadli dgn gaya renang dan kuak letang mereka. saya pula jadi camerawoman diorg. Tiba2 Yusof mengeluarkan sebiji batu yang dijumpainya ketika sedang kusyuk menilik batu2 sungai. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami pada batu tersebut. Ada kalimah Allah. Pangawal keselamatan cuba untuk membawa balik batu tersebut, tapi entah macam mana batu tersebut hilang ketika pak cik menyelam. Kalau ikut logic, batu tu berat. Tapi boleh jatuh. (Mungkin jatuh). Pak cik cuba menyelam semula untuk mencari batu tersebut, tapi memang susahlah nak jumpa balik. Kata pak cik, masa dia pegang bat utu agak panas. “Yelah, dah aku duk kepal batu tu punya lah lama, memang lah panas. Haba aq dah menyerap kat batu tu.” Saya mengguman di dalam hati. Macam2 kami bongkar rahsia di sini ketika menunggu En Tajol & the geng mencari sample. Dari satu kisah ke satu kisah. Dari kisah orang, sampailah kisah yg bukan orang (mahkluk halus). Tapi cerita sini abis sini je lah ye. Hehehe.

Batu yang kelihatan tulisan kalimah Allah.

Setelah En Tajol & the geng selesai mencari sample, kami meneruskan perjalanan dengan menuruni cerun yang ada. Ketika stop di satu lubuk, kami terserempak dengan satu grup dari grup photografi Tembila. Mereka datang seramai 27 orang. Jadi agak ramai ketika kami sedang enak meneroka tempat baru. Haha. Lebih kurang 15 minit kawan2 yang lain mandi manda, kami meneruskan lagi penurunan kami. Aisyah 2 kali jatuh. Xsempat saya nak sambut. Mujur ada hero2 ni. Diorg tolong bawa barang yang Aisyah bawa. Dah sampai dekat check point semalam, kami mandi lagi di situ selama 10 minit. Tiba2 gerimis  mulai turun. Bagi mengelakkan daripada sebarang kemungkina berlaku, kami terus meninggalkan tempat tersebut. kalau hujan lagi lebat, kemungkinan kepala air akan turun. Jadi, jangan amik risiko ye. Bahaya. Langkah yang terbaik adalah balik segera. Hehehe..

grup photografi

Hujan yang membasahi bumi.



Perjalanan yang memakan selama 30 minit tersebut amat kami hargai. Setiap laluan yang dilalui seakan semakin licin. Dengan hujan yang turun kami segera mempercepatkan langkah. Alhamdulillah. Selamat sampai. Yang takleh blahhh nye, Yusof, sampai je terus makan. Laju benor. Lapar agaknya. Saya pun apalagi, ingatkan nak mandi bersihkan badan dulu then baru makan. Tapi Eka cakap makan dulu. Senang. Tak payah nak basah2 banyak kali. Selesai makan, saya segera membersihkan badan. Menukar pakaian yang basah sebab sekejab je lagi dah nak kena kemas khemah. Saya kira lebih kurang 30 minit juga saya berada di dalam bilik air. Mahu tak lama. Terkejut tengok darah meleleh dari lutut. Rupa2nya pacat dah kenyang curi darah saya. ( jgn pikir lain ok). Darah pacat. Saya terpikir, bila kali terakhir saya kena gigit pacat. Hahaha. Dah lupa. Saya buka takut pacat, tapi saya nak cepat sbb nak solat Zohor. Aleh2 dah darah ada susahla saya nak keluar. Banyak pula tu. Orang luar dah mula ketuk bilik air. Saya cepat2 bersiap dan keluar. Rupa2nya Aisyah yang ketuk pintu tadi. Terkejut diluar apabila ada lagi jejaka2 yg tgh tunggu turn nak masuk. Sorry ye bro. Kata Kak Kiah, “amik daun gadong upaq2 buh.” (maksudnya, ambil daun ubi gadong, lumat2kan then letak dekat tempat kena gigit pacat tadi). Jadi Aisyah tolong buatkan. Sepatutnya daun kapal terbang, tapi xde plk kat situ. Sabo je la. Buh je daun yang mana da. Mujur ada yang bawa plaster. So, lekat dengan plaster skali. Lepastu mulalah saya jalan terhenjot2. Dengan kain batiknya. Hahaha. “Dasar kau pacat.”



bersambung.....