salam sayang dan rindu dari saya

Tuesday 3 May 2016

KEM RELAWAN SOSIO-SEJARAH (KRiSS)

Assalamualaikum wbt dan selamat menyambut israk mikraj.

Rasanya agak lama menyepi dek kesibukan yang melampau sejak akhir-2 ini. Tapi hari ini saya berpeluang untuk mencurahkan sedikit pengalaman yang dilalui baru2 ini. Pada hari Jumaat yang lepas, saya dan beberapa orang ahli GPTD telah menyertai Kem Relawan Sosio-Sejarah (KRiSS) yang julung kali diadakan. Kem itu telah dilaksanakan di Institut Sosial Malaysia (ISM) selama 3 hari 2 malam. Banyak perkara baru yang saya peroleh di sini. Antaranya ialah, persediaan untuk menjalankan misi selama 1-3 bulan, persediaan dari segi mental, fizikal dan intelek juga ditekankan. Di samping itu, penekanan terhadap ilmu agama juga dititikberatkan supaya semua relawan yang membawa misi dapat bersedian dari semua aspek. Jadi, jom kita layan dulu gambar2 sepanjang program dijalankan.:-

Grup Misi ke Pulau Cocos akan datang. Sekarang kita fokus dgn projek mengumpul dana dahulu. Then let's go there.


Moon: "Naz, ang lindung camera aq lah. sje nak sabotaj aq kan?
Naz: "Aku tak twu pape pun,"
hahaha..itulah antara dialog kami ketika org lain sibuk merancang program akan dtg. Aku plk sibuk nak cari angle yang sesuai utk gambar ni. Sekali Naz lindung kepala dia depan camera, akhirnya gambar aq tertutup dgn kepala dia. Hahahaha..


Antara ahli2 relawan yang terpilih untuk grup tokoh.
Grup Pulau Cocos, Australia.
Grup Zheng He, China.
Grup Fatih, Turki.
Grup Tariq Ziyad
Grup Ibn Battuta



Slot dari abg Jufitri Johar. Anugerah Belia yang hebat ni.

Antara ahli2 yang terpilih untuk misi yang telah diberikan. Terdapat 5 grup tokoh yang telah dipilih ahli2nya. Jadi kami semua adalah antara ahli 5 tokoh yang terpilih. Wish us luck ok. 


Long-term input, bukan hanya untuk short-term. Program sakti akan datang mesti sesuatu yang tidak akan dilupakan.



Sahabat kita tengah promote Taman Botani..kah69 
Padahal nak bagi twu sbb kami pilih Taman Botani, sekali dia bagi twu semua skali. Terbaiklah. Boleh jadi promoter utk tourist Malaysia.


Sekitar bangunan tempat kami menjalankan program. Macam Hotel je. Memang cantik.


Dalam byk2 kawasan, kawasan ini yang menjadi kegemaran aku. Tahu perkara pertama aku buat ketika nampak benda ni?? Selak lengan jubah, lepas tu masukkan tangan dalam kolam. Nak merasa kesejukan air ni. Serius mmg sejuk. So, aplikasi yg aq nampak dkt sini adalah, nak buat 1 kolam kecil dalam bilik rumah aku untuk hilangkan bahang kepanasan yg melampau sekarang ni. hehehe..


RC Abg Suhail berkongsi pengalaman, kisah suka duka sepanjang penubuhan GPTD serta mempromosikan buku terbitan beliau "Menumpang Teduh di Pohon akasia". Somaliland.


Antara Grup Diskusi Tembila yang hadir. Sebenarnya ada lagi 2 org, tapi entah memana mereka menghilang. Mungkin kemas bagasi kut.

Kesimpulannya, untuk mengetahui lebih lanjut apa yang akan kami lakukan untuk misi akan datang bolehlah Follow kami di instagram, FB, Twitter, blog GPTD. Jangan lupa untuk tunggu buku terbitan dari perkongsian pengalaman kami di Acheh.

Menjejak. Meneladani. Memimpin.

Sekian, Jumpa lagi.

P/S: setiap perkara yang berlaku adalah sebagai ujian. Sejarah yang lepas membuatkan siapa kita pada masa akan datang. 


No comments: