salam sayang dan rindu dari saya

Friday 18 September 2015

Pameran GPTD bersama DG Tembila At UniSZA Kampus Tembila.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua.

Tepat pukul 2.30 pagi sekarang ini, saya meneruskan tinta2 yang bersisa. Terasa hati ingin meluahkan segala apa yang di rasa. Hari ini, sepanjang hari saya menjaga Booth GPTD bersama dengan ahli DG Tembila yang lain. Bersempena dengan Hari Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM). Terasa penat masih bersisa sehinggakan terlupa rutin harian saya, iaitu makan. Perut memang terasa pedih, tapi selagi ada kudrat kita selesaikan mana yang penting dahulu. Sekali sekala kena belajar survive, mana tahu suatu hari nanti kita kekurangan makanan. Kalau di Negara luar yang sedang berperang menahan lapar beberapa hari, malah mungkin cecah berminggu2, alah, setakat satu hari, tak kan xleh tahan kut. hehehe.

Ok. Saya bukan nak cerita pasal makan ke tak. Tapi saya nak cerita tentang aktiviti sepanjang hari ini. Seramai 21 ahli baru GPTD telah mendaftar di bawah DG Tembila hari ni. Bilangan yang agak banyak tu. Tak tahu macam mana nak handle kalau terlalu ramai. takut ada yang xdpt beri komitmen. tapi takpe, tiada paksaan dlm mengikut grup ini.



Apa yang saya nak sampaikan adalah, perasaan saya ketika dalam grup ini. Saya seorang yang susah nak luahkan kata2, sebab hati saya yang banyak berbicara. Sejak ikut grup ini, saya rasa satu aura yang berlainan dari sebelum ini. Bukan yang negative ye, yang positive. Apa yang saya buat, mesti mati itu menjadi bayangan pertama saya. Kenapa saya kata mati yang jadi bayangan? Sebab, saya tak tahu bila saya akan pergi meninggalkan dunia yang penuh fana dan pancaroba ini. Sudah banyak ke saya punya amalan? Sudah banyak ke saya berjasa untuk agama saya? Sudahkah saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai khalifah di muka bumi ini? Saya terfikir, bagaimana perjanjian yang saya buat dengan Allah sebelum saya lahir ke dunia ini. Apa yang saya janji? Saya sendiri pun tak tahu. 



Bila terkenangkan banyaknya tanggungjawab yang masih belum terpikul, membuatkan saya rasa ingin menitiskan air mata. Apa yang saya buat selama saya hidup? Amalan pun belum mencukupi. Demi Allah saya cakap, saya tak pandai nak berdakwah secara lisan. Hanya tinta dan melalui penulisan yang akan saya luahkan apa yang saya rasa. Kalau ditanya perasaan ketika ini. memang air mata sahaja yang menjadi tanda segala perasaan yang bermain dijiwa. Orang tipu saya, perlukah saya membalas? Orang aniaya saya, perlukah saya balas? Orang memfitnah saya, perlukah saya balas? Orang mengutuk, mencaci, perlukah saya balas? Apa dosa saya apabila semua itu terjadi? Ya. Manusia yang hidup di muka bumi ini tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Tak kisahlah dosa besar atau dosa kecil, kita tetap ada dosa. Terampunkan dosa2 itu semua? Kita ditangga yang mana di sisi Allah? Allahu Akbar. Saya memang tak kuat. Hanya pada Allah saya bergantung harap.




 Jadi, sekiranya kita rasa ada lagi kelalaian yang kita selalu buat, segera2kan lah ingatkan diri sebelum ajal menjemput kita. Bukan nak takutkan sesiapa, tapi apa yang saya rasa itu sukar untuk saya cerita semua. Apa kena mengena dengan grup GPTD yang saya sertai dengan kematian yang saya cakap tadi? Sebenarnya banyak sangat yang kena. Sebab, tak pernah lagi saya terasa diri begitu dekat dengan pencipta selama saya join grup lain2. Hanya GPTD yang mengetahui apa yang anak muda, remaja dan belia seperti saya perlu buat. Apa yang saya rasa dan cari selama ini ada di sini. Kalau berminat cuba tengok page fb GPTD, Portal GPTD, Blog GPTD, semua diceritakan di situ. Nak tahu lagi apa yang kami buat dalam grup ini, jom sertai dan jadi ahli GPTD ni, kita ikut program diorang, kita tengok dengan siapa mereka berhubung, bagaimana sikap, pertuturan & tanggungjawab yang mereka buat sepanjang membawa nama GPTD. Hanya di sini sahaja kita akan kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Wallahua'lam.

Jom kita layan dulu gambar aktiviti hari ini. Segalanya Lillahitaala dan Rahmatallila'lamin. Selamat beristirehat dan jangan lupa tajahud. Semoga kita dapat berkumpul dan berjumpa dibawah satu lembayung dakwah dan rahmat-Nya. Assalamualaikum.


Ahli GPTD dan DGT yang sedang menyusun alatan dan barang2 untuk dijual.

Tadaaaa..dah siap susun. Siap ada TV lagi kitorg pasang. 

Begitu tekun pelajar UniSZA Tembila mendengar taklimat dari En Hakim.





Setiap Ahli yang mendaftar, akan di ambil gambar. Gambar tersebut akan digunakan untuk membuat passport ahli GPTD. 


Penerangan tentang GPTD dari President GPTD, En Hakim.

Jemputlah ke booth kami di setiap aktiviti yang akan kami jalankan di seluruh negara.



Buku ni tak dijual dekat GPTD. Ni saya beli dekat tempat lain untuk dijadikan sebagai panduan untuk buat travelog nanti. Manalah tahu suatu hari nanti, dengan izin Allah saya pula yang akan jadi Mrs Traveller..hehe..

Terdapat banyak buku yang dijual di sini, antaranya buku Ahmad Ammar. Baju GPTD, button badge tokoh, dan yang paling penting jangan lupa jadi ahli. Daftar segera ye.

Ok. Kita balik dulu. Semua dah penat. Btw, saya pula kena jadi mentor DGT2. Semoga dipermudahkan. Aminnn..

Rasanya macam nak pilih grup melayu la. Kali ini misi ke Pulau Cocos, Austalia. Ada yang nak ikut? Jom sertai kami dalam GPTD, sebelum menamatkan zaman bujang, apa kata kita pergi menjejak tokoh dan belajar dari segala ilmu yang ada kat dunia ni. Jom kita mengembara bersama2. Ada berani???