salam sayang dan rindu dari saya

Saturday 7 March 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia

1 March 2015 Sunday

Assalamualaikum wbt

Sila Tgok link ini :)
https://www.youtube.com/watch?v=KDSgKr6bs3I&feature=youtu.be

Pemandangan di sekitar tempat penginapan kami. (Institut Sosial Malaysia (ISM)).


Pada Mesyuarat Agung  Tahunan Kali Ke-4 Kelab Generasi  Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) yang telah diadakan di Dewan Bahasa & Budaya yang di hadiri oleh smeua ahli2 Grup Diskusi (DG) dr seluruh Malaysia termasuk dr Kemboja, Thailand & Acheh berkumpul dgn satu hati, satu hasrat, satu harapan utk mendokong amanah rahmatallilla’lamin ini. Terdapat banyak input yang penulis perolehi. Mesyuarat yg telah bermula pada pukul 9.30 pg dgn penuh tenang & damai ini membangkitkan rasa semangat & penuh kusyuk pada diri penulis. Klo selama ni dlm kuliah rasa nk tidur je, tp yg kali ni lgsung xde rasa mengantuk..hehehe…(nmpk benor suka terlelap dlm kelas kn)..heeee…Jadi di sini penulis ingin menceritakan & mengisahkan serba sedikit perjalanan mesyuarat tersebut, di harap kalian dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yg penulis ingin ketengahkan.

Sebelum mesyuarat di jalankan, pengerusi majlis telah memberi laluan kpd pengerusi mesyuarat agung kali ini utk melantik beberapa org wakil dr mana2 DG utk mencatat minit mesyuarat. Jd terdapat 2 wakil yg dilantik utk mencatat minit mesyuarat & seorg penjaga masa yg rasanya korg dah boleh agak dah spe..hehehe..penulis sendiri yg menjadi penjaga masa utk mesyuarat agung kali ini. Rasanya jodoh penulis mmg dgn masa je kut, sbb masa dekat kem sakti 6 yg diadakan di kem Nur Lembah Lenggong pd tahun lepas, penulis jgk yg  dilantik utk menjaga masa. Ditugaskan utk mengejut semua ahli pg2 buta dgn bawa gong kehulu kehilir..ketuk jgn xketuk diorg kata..hehe. ok..xlupa jgk kpd 2 org pemeriksa kira2.

Pembentangan dr Saudara Huzaifah tentang statistik keseluruhan seluruh Malaysia
Sesi perlantikan AJK yg baru sedang berlangsung.


Penulis, Ummu Umairah, Norshafika (Kecik) & Khadijah (Dijah)


Setelah semua dilantik, maka ucapan alu-aluan dr president GPTD, En. Suhail. Kata president ini adalah kali pertama mesyuarat agung dibuat secara formal mengikut format. Katanya lagi selama penubuhan GPTD mesyuarat yg dibuat hanya membincangkan apa yg hendak dikemukakan tanpa mengikut format sbb hanya dikalangn mereka shj. Katanya lagi, Ahmad Ammar adalah pencetus kpd segala-2nya yg berlaku. Arwahlah yg telah membangkitkan anak2 muda utk tampil pd hari ini. Siapa sangka? Arwah bukan seorg yg dikenali ketika hidupnya, tetapi dikenali ramai malah menjadi fenomena anak muda sekarang utk menjadi sperti  beliau. Ini smeua drpd Allah Azzawajalla. Sebanyak 170 ribu naskah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar terjual diseluruh Malaysia. Bayangkan? Apabila kita hampir berputus asa, hopeless, homeless, angry, board & segala perasaan yg negative muncul, cepat2lah kita beristighfar supaya kerja dahwah yg ingin di jalankan tidak menjadi sia2. Bagi penulis Ahmad Ammar ni menjadi role model kpd semua remaja sekarang. Bahkan penulis sendiri mendapat tempiasnya. Nak twu cmne penulis boleh kenal dgn Ahmad Ammar??

Suatu hari semasa dlm Dewan kuliah, seorg sahabat muslimah penulis telah membawa satu majalah (xingat majalah apa, rasanya majalah solusi kut..klo x silap la)..sebelum kuliah bermula beliau, membuka & membaca kisah Ahmad Ammar yg meninggal di Turki. (rasanya masa tu dah 3 bulan arwah meninggal). Penulis yg tidak tahu apa2 tentang keadaan ketika itu hanya mendengar kwn2 yg lain bercerita. Ada yg telah membaca & ada yg kusyuk mendengar (penulis la tu slh seorgnya).

Penulis & Ummu selaku Perwakilan pada sidang mensyuarat pada tahun ini. xlupa juga selaku penjaga masa..hehehe..Dijah ni amik gmbar curi, xsempat nk senyum..

suka penulis menceritakan detik2 pertemuan dgn sahabat sekumpulan masa kem sakti tahun lepas..iaitu Fahimi..tu yg kusyuk bersandar..kami hanya smepat bertegur sapa shj. Then masing mengikut haluan sendiri..

Penulis cuba lihat2 petikan drpd majalah tersebut, ketika melihat wajah arwah yg telah dikafankan dgn ayat pengarang yg mengatakan ketika dikafankan ada peluh di kening arwah. How come??jd penulis tertanya2 sendirian, dgn wajah arwah yg bercahaya mmg meruntun hati penulis ketika itu. Jadi apabila pulang ke asrama, penulis cuba mencari kisah Ahmad Ammar dgn video2 yg terdapat di YouTube ketika itu. Subhanallah, mmg air mata penulis jatuh & terasa meremang seluruh badan ketika melihat betapa beruntungnya arwah yg dpt disemadikan diperkuburan org2 alim ulama malah bersama pejuang2 islam teragung pada suatu ketika dahulu. Dy sgt beruntung. Begitu ramai yg tertegun dgn kematian arwah yg tiada langsung kesan2 calar semasa kemalangan. Allah benar2 memelihara Arwah. Penulis terasa umpama ada suatu yg dpt dijadikan petunjuk pd diri penulis, tetapi penulis xtwu apa bnda yg dirasai ketika itu. Dlm beberapa hari selepas penulis mengetahui perkembangan arwah, penulis mendapat tahu yg parent arwah akan dtg ke Terengganu utk menghadiri suatu majlis yg mereka di khaskan sebagai tetamu undangan bg menceritakan semula tentang kisah Ahmad Ammar. Betapa kecewanya penulis krn tidak dpt join bersama ketika itu. Selepas beberapa mggu, penuis mendapat maklumat lagi yg mengatakan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) akn dtg ke Kampus Gong Badak bagi mencari ahli baru dlm kelab ini.  http://munirahchiichan.blogspot.com/2014/04/grup-penjejak-tamadun-dunia-gptd.html
Allahu Akhbar.

Puas penulis bertanya kpd shbt2 yg lain, tiada seorg pun yg nk ke sana. Tetapi berkat kita bersungguh2 nk kn sesuatu tu, maka dgn izin Allah, Khadijah sahabat penulis yg mmg menggalas misi utk ke Aceh nanti juga mempunyai perasaan yg sama. Termasuklah Ummu Umairah & Norshafika. Hati kami diketuk utk kesana. Maka dgn menaiki kereta Khadijah, kami pun masuk majlis tersebut. Rasanya kalian pun dah baca entry sebelum ini kn?

Ucapan drpd wakil DG bagi setiap Grup.

En. Suhail memberikan ucapan dgn penuh emosi yg ikhlas dr hati beliau. Terharu dgn sokongan remaja yg mengahadiri mensyuarat pada kali ini.

Bersambung semula kpd petikan dr ucapan En. Suhail td, kata beliau, Ahmad Ammar ni dy seorg yg berusaha utk kenal diri sendiri dahulu. Berusaha utk memimpin diri sendiri dgn meneladani kebaikan para2 nabi & tokoh2 islam yg pada remaja zmn skrg ni mungkin dah xkenal siapa tokoh2 besar dlm perjuangan Agama Islam. Maka arwah ni dy lain dry g lain. Jd kita ni bagaimana pula? Adakah kita kenal dgn tokoh2 islam? Allahu Akbar..sukar nk ckp, tp bila terpikir balik, aq kenal ke tokoh2 tu?? Penulis sgt mencintai & mengagungkan Sallahuddin Al-Ayubi, tp belum kenal benar dgn tokoh ini. mmg skrg pun tgh dibuat kajian & pembacaan tentang tokoh ini. Cuba utk menyelami kisah2 tokoh ini supaya dpt dijadikan role model dlm mendidik anak2 kelak. Yg menyebabkan penulis suka akn tokoh ini adalah sbb, tokoh ini sgt kuat, pintar, beranu & segala pakej seorg lelaki sejati ada pd beliau. Yg paling suka adalah beliau pandai berlawan. Melawan tentera2 yg berperang dgn islam. Wowwww..hebat bukan? Susah nk cari lelaki sejati yg cukup pakej, malah penulis sendiri pun kurang pakej jgk. Tp, entah lah..susah nk ckp cmne, hati ini Allah shj yg tahu. Apabila kita jatuh hati pada seseorg itu, maka hanya dy shj yg akn kita sebut & hanya dy yg akn kita ingat. Haa, cmtulah nk cter.
So, dari sini penulis Cuma nk bg twu yg segala2 yg kita syg tu mmg akan kita sebut sokmo. Ehhh, dah kelain plk kn..sambung meeting ni balik..rasanya jom la kita tgok gambar2 yg di tangkap oleh penulis & Khadijah ketika sesi mesyuarat di jalankan. Kalau nk dgr penulis cerita mmg byk sgt..klo boleh dari A sampai Z penulis nk bg twu..dah boleh buat buku klo penulis cerita kt sini byk2 sgt..hehe..Yokkkk..tilik gmbar dulu..

Sesi bergambar & bersurai.

 Sehingga kita berjumpa lagi..Assalamualaikum..