salam sayang dan rindu dari saya

Thursday 1 May 2014

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI PERKAMPUNGAN ORANG-ORANG BUTA, MARANG

1 May 2014 Khamis (1 Rejab)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini dengan penuh kesyukuran saya berasa terisi sedikit ruang hidup saya apabila dapat melakukan aktiviti amal bersama kengkawan dari PERSADA. Walaupun saya hanya SAHABAT, tapi saya rasa Tuhan mendengar isi hati saya untuk sertai program yang dianjurkan. Pada awalnya program ini hanyalah untuk ahli2 atau anak2 PERSADA, tapi disebabkan ada yang menarik diri saat2 akhir dapat juga saya memenuhi ruang yang kosong tersebut.
bermulanya langkah perjalanan menuju kejayaan.
Antara rumah penduduk kampung


Ok..pagi2 saya telah bangun awal2 untuk siap2 ke Marang. Program bersama orang-orang Buta, Marang. Program gotong –royong yang boleh dikira sangat bermanfaat kerana ia dapat mendekatkan diri kita dengan penduduk setempat, malah dapat juga bersuai kenal dengan orang kelainan upaya. Tempat yang kami pergi ni adalah sebuah perkampungan khas yang dibina untuk orang-orang buta termasuk kelainan upaya. Maka jabatan kebajikan akan menyalurkan segala bantuan kepada mereka dengan membuat perkampungan khas untuk golongan tersebut.



Walaupun kami sampai sedikit lewat, tapi sempat jugalah saya dan kawan2 buat kerja mana yang patut..hehe..(walaupun bakar sampah je)..hehe..tapi memang best lah..

saya bakar je..hehehe..& tgok sume dah clear kan..hehe..

Warga di sini walaupun mereka orang buta tetapi mereka dapat menjadi pemimpin dengan baik sekali..malah disegani oleh masyarakat yang lain..saya sangat terkesan dengan cara mereka..jadi saya ni yang cukup sifat & sempurna kenapa tidak menggunakan kelebihan yang telah diberikan oleh Allah dengan sebaik2nya??Bermula dari sini saya dah dapat sedikit motivasi untuk terus mencari ilmu hingga akhir hayat saya. Saya juga ingin meneroka semua tempat yang saya tidak pernah jejak. Jadi bermula dari sini saya akan mengikut segala program yang dianjurkan oleh Universiti. Inilah pengalaman yang saya tidak akan dapat jika saya tidak terus melangkah melihat apa yang berlaku di luar sana. Ayuh kita sama2 melihat di sebalik alam yang penuh warna-warni ini supaya kita dapat belajar sesuatu & mendapat pengajaran dari segala kejadian yang berlaku.

we are the best buddyz..Farahanim, Syakira, Ida, Syida, & Munirahchiichan..hehe.

Kami melawat setiap kawasan rumah di situ. Yang menarik perhatian saya adalah rumah Pok cik pe entah. Yang pasti dia ketua orang cacat penglihatan di kampung ini. Di Rumah beliau, beliau telah membawa kami melawat sekitar rumah nya yang memang banyak haiwan peliharaan. Antaranya adalah arnab, ikan, angsa, burung, ayam katek, ayam pedaging, ayam kampung, serta tanaman-tanaman beliau yang pelbagai. Best sangat masa kat sini. Teruja kami tengok arnab beliau yang comel2 2..hehehe..

angsa yang dipelihara oleh pak cik tersebut.


bersama arna2nya yg sgt comel..hehe..tapi saya takut nak pegang..huhu

dalam ni ada ayam katek..hehe..comel je say tgok..


Selesai tawaf kampung, kami terus ke dewan penutup. Penutup telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa di kampung ini, iaitu Pok Tahir, Pok Heng & sorang lagi saya x ingat nama panggilan dia.


So, saya xnk ckp panjang2 jom tgok gambar2 yang telah diambil oleh rakan saya, Farahanim.

perjalanan kami yang penuh bersemangat.

muka2 ceria kami..dari kiri Farahanim, saya, Syida or Bur..hehe..yg len aq x ingt nama diowg..hehe..baru kenal je pun..


where am i??huhuhu.

Sekian,terima kasih..jumpa lagi..wink3..

No comments: