salam sayang dan rindu dari saya

Tuesday 3 March 2015

Majlis Anugerah Relawan (MAR 2014)

28 Februari 2015 |Sabtu |8.00 Malam


Assalamualaikum w.b.t 

Gembira rasanya hati ini sewaktu ingin menceritakan semula detik2 Majlis Anugerah Relawan di jalankan. Perasaan sedih pun turut terasa kerana GRUP DISKUSI (DG) kami tidak dpt & belum berkesempatan lg utk menjalankan misi yg telah diberikan. Mmg terasa nk nangis pun ada ketika itu. Sebelum ini mmg DG kami telah bertungkus lumus utk membuat persiapan ke Acheh. Tapi memandangkan masih ada halangan & sbb2 tertentu yg tidak dapat kami elakkan bg menjalankn misi tersebut. Dugaan pertama bg penulis adalah Banjir Besar yg berlaku di Pantai Timur yg menyebabkan keluarga penulis juga terkena tempias banjir tersebut di Kelantan pd tahun yg lepas. Rangkaian komunikasi terputus utk beberapa lama & kejadian ini menyebabkan penulis turut menangis kerana memikirkan keadaan yg tidak diketahui pokok pangkalnya. Maka, sebelum penulis memutuskan utk melawat keluarga di Tanah Merah ketika itu, tarikh utk ke Acheh juga berdekatan dgn masa kejadian banjir, malah berita terbaru pula mengenai kapal terbang yg terhempas dr Indonesia ke Singapura, dan ini menyebabkan ramai dlm kalangan ahli yg telah mula main tarik tali. Hati mana yg xtersentap dgn kejadian & dugaan sekali gus ini. Disebabkan itu ramai ahli yg mula tarik diri drpd menyertai misi tersebut. Tidak cukup dgn dugaan tersebut, penulis sendiri telah ditimpa musibah dgn dugaan demam & batuk yg berpanjangan selama sebulan dlm tempoh tersebut. Berulang alik ke Klinik, Hospital & farmasi serta perubatan tradisional jg dilakukan, bagi menyembuhkan segera batuk penulis ketika itu. Disebabkan kejadian yg menimpa tersebut juga, maka kami terpaksa menangguhkan misi yg telah dirancang. Mmg sedih krn kita telah berjanji dgn org, malah meyakinkan org lain bahawa kita akn membawa misi, tapi tiba2 tak jd, itu mungkin menyebabkan org dah xpercaya kpd kita. Keadaan ketika itu mmg membuatkan penulis berpikir byk kali. Siang malam terkenangkan misi yg harus di bawa, dgn ketiadaan mentor utk menjadi rujukan, membuatkan penulis berasa sgt sedih & down ketika itu. Bukan mengharapkan org tapi sbb kita xpernah membawa misi, jd sedikit sebanyak, persoalan yg pelbagai dari ahli2 yg lain membuatkan penulis buntu utk mnjwb segala persoalan yg diajukan. Mmg banyak halangan sebenarnya, mungkin Tuhan belum mengizinkan kami membawa misi krn mungkin jg kami harus lebih byk membuat persiapan diri, rohani, mental & intelek. Apabila melihat kwn2 yg telah Berjaya membawa misi mendapat pengiktirafan, terasa diri ini telah melanggar perjanjian antara manusia. Mmg malu pd diri sendiri. Tertanya knp diri sendiri, knp saya ini xseperti mereka??

Bukan kita nk diberi pengiktirafan ke apa, tp mengenangkan janji nk bawa misi, tp xdibawa. Umpama kami ini manusia yg telah melanggar perjanjian dgn harapan org lain kpd kita utk membawa misi, mmg terasa sedih yg mendalam. Malu ketika berdepan dgn En. Suhail, malu berdepan dgn Kak Arina, malah terasa malu berdepan dgn ahli2 DG yg lain. Perasaan ketika itu, hanya Allah shj yg twu. Di luar nampak senyuman suka, tp di dalam tersimpan sejuta air mata, yg hanya menunggu masa utk jatuh ke bumi. In syaa Allah, berkat tahun 2015 ini dgn adanya Majlis seumpama ini, memberikan kami sedikit kekuatan & semangat utk membawa misi pd bulan2 yg akan dtg. In Syaa Allah, semoga segalanya diberikan jalan & kemudahan drpd Allah SWT.


Ketika berada di sana, penulis berkesempatan mendengar alunan bacaan Al-Quran dr peserta atau ahli2 dr USIM. Masyaallah , sungguh merdu & sayu di hati ini, alangkah beruntungnya jika semua umat islam dpt menjadi seperti beliau, dpt mengaji dgn sempurna. Terpesona ketika itu mendengar alunan tersebut, air mata tanpa disedari oleh kwn2 yg lain, telah menitis ke dlm DBP tersebut. Nampak muka mcm cool je kn, tapi hati ni cepat terusik, malah cepat je air mata ni keluar. Dah habis cover dah masa tu..hehehe..kemudian di teruskan dgn nyanyian lagu rasmi GPTD. Ketika menyanyikan lagu tersebut, penulis rasa semangat itu dtg kembali. Tahun ini mesti jgk jalankan misi tersebut. In Syaa Allah. 
serius suaranya sgt memukau hati penulis..bukan menyanyi tp mengaji.


Acara yg paling menarik & mengagumkan adalah persembahan pembukaan dr kelab Perkusi UIAM. Mmg terbaik sgt2. Selalunya penulis jika mendengar rentak2 yg terlalu kuat or bingit, penulis cepat bosan. Tp persembahan ini menyebabkan penulis berganjak kehadapan utk terus mengikut rentak mereka bersama. Hehehe..kemudian acara diteruskan dgn penyampaian cenderahati Relawan Cekap (RC), penulis lirik & lagu GPTD serta susunan muzik GPTD.


Persembahan Nasyid Al-Fatih telah menonjolkan beberapa org anak2 muda atau lebih dikenali dgn budak2 sekolah rendah yg sgt2 comel dgn suara yg cukup merdu. Mmg memukau semua yg hadir. Termasuk jg penulis. 


Acara seterusnya adalah penyampaian Anugerah Relawan Cekap (RC) & Relawan Terlatih (RT). Persembahan drpd kumpulan Usratika jgk tidak mengecewakan penulis. Ahlinya adalah dalam kalangan senior2 GPTD sendiri. Terbaiklahhhh diorg..




Penyampaian Anugerah Relawan Asas (RA).




Semasa persembahan qasidah dr kumpulan Ar-Rayyan, penulis lihat diorg ni mmg cukup pakej. Dah la bwk misi ke pulau Cocos, berjaya menarik hati penduduk & masyarakat di sana pula tu. Malah ada jgk yg nk buat menantu di sana..hahaha..persembahan mereka semua mmg mempesonakan. 



Penyampaian Anugerah Ibnu Battutah



Penyampaian Anugerah Cheng Ho


Penyampaian Anugerah Mehmet Al-Fatih


Penyampaian Anugerah Ahmad Ammar yg telah dimenangi oleh DG Ipoh. Tahniah ye semua yg mendapat anugerah itu, semoga kalian lebih kuat dlm berdakwah & istiqamah dalam menjalankan misi pd masa akn dtg. 


Deklamasi Sajak & Alunan Seruling serta persembahan Seruling Ney & Oud & deklamasi Sajak drpd sahabat arwah Ahmad Ammar. Sajak kali ini mmg lagi menyentuh perasaan penulis, terasa ada basahan dr manik2 air mata mengalir di pipi. Tp segera diseka, supaya tidak disedari oleh sahabat2 penulis yg lain. Berusaha utk terus tersenyum. 



Ucapan penutup pula telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman dengan kata2 & ucapan yg penuh berhikmah. Semoga dgn segala yg terjadi ini menjadikan penulis & sahabat2 yg lain semangat utk meneruskan misi Rahmatallil a’lamin. In syaa Allah semoga segalanya berjalan dgn lancar..aminnnn…
Ucapan penutup

Persembahan penutup oleh Dakmie..



Sekian. Berjumpa lagi di entry akn dtg dgn tajuk yg lebih menarik iaitu kisah perjalanan kami sepanjang berada di Kuala Lumpur.:) 

Antara ahli2 Korporat yg hadir pada #MAR 2014