salam sayang dan rindu dari saya

Tuesday 31 March 2015

Majlis Pentauliahan gurulatih pertubuhan seni silat pusaka gayong Malaysia Negeri Terengganu 2015.

19 March 2015 | Khamis


Assalamualaikum wbt

Baru2 ini penulis telah menghadirkan diri dalam sebuah majlis yg sgt mengagumkan di Bukit Tunggal Terengganu.  Buat pertama kali dalam hidup penulis, penulis rasa berdebar2 sgt ketika melihat semua ahli yg berpakaian ala2 pendekar zaman dulu2 kala...disebabkan terasa macam ada pendekar di sini, habis hilang step yg dihafal utk amik bekung, kucar-kacir , tonggang langgang sume ada…dlm hati ni mcm ada bunga api meletop sana sini..hahaha..asal silat or dgr pukulan gendang pun dah boleh naik smngt & meremang bulu roma..haha…majlis tersebut adalah Majlis Pentauliahan Gurulatih Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Terengganu 2015.


hiyakkkk..


Semasa menunggu giliran utk amik bekung, sempat lagi penulis berbisik di dalam hati..duk buat pengiraan berapa ramai sahabat2 pendekar yg dlm cerita hang tuah tu ek?? Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Jebat, Hang Lekiu, sampai Hang Nadim pun penulis masukkan jgk..byk jgk ye..ermmm..tiba2 teringat plk cerita Melayu Lama..sbb masa kecik2 penulis suka tgok cerita Lama2 dgn Abh penulis.. jadi menjelmalah muka seniwati Sarimah yg jd pendekar dlm cerita dayang senandong. Dah la perempuan, pandai bersilat plk tu..tu yg aq suka tgok cerita melayu lama..mne taw aq boley kembalikan kenangan tu..hehehe..



So, let join apa yg penulis nk cerita ni..Majlis ini telah dirasmikan oleh MB Terengganu YAB Dato Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

Majlis ini dimulakan dgn ucapan dr tuan Guru (Tuan Haji Omar Mohd).. Kata beliau, “dalam silat ini bukan tempat utk berbagga diri”.. beliau jg menyarankan kpd semua supaya meneruskan hubungan silaturrahim diantara semua ahli2 gayong dan klo boley tanamkan terus smgt menjalinkan hubungan silaturrahim tersebut.
yg disebalik tabir tu ambil kesempatan diatas kenyenyakan org lain tidur..

sir ckp ni cara nyamuk tidur..hehehe..

tidur ala corporate..

Perjalanan yg sungguh meletihkan..nmpk x muka2 org yg kne snap??hehe..penulis x salah...sir yg buat sume ni..kih69..

dr kiri : Bibah, Penulis, Syukran, & Abe Jat (Aizat)
pendekar koroko no basket..hehe..sempat lagi penulis ngn Syuk bercerita tentang koroko..hanya kami2 j yg twu mkna disebalik kisah ini..lalalalala..

Inilah Sifu kami..segak bergaya..ala2 hang Tuah gitu..

muka2 bahagia..paling menyerlah Iman la..sume ada dia..yelaaa..dah camera dy..hehe

spe x knl deme ni..antara yg paling menonjol..mestilah syaza, kamek..
belakang : Azwan, Amirul Hakim, Iman Syahmi, Izran, & Khai..

My ex-partner..haha..mcm pendekar la tu..Izran & Lokman

Sahabat baik ni..Nasrul & Khai




Hafzan buat leher Zirafah dah..hehehe..

semua nak masuk..habis pecah screen..gambo pun pecah..

hanya oyen diberi nama..hehehe..

Kami bersama sifu kedua..segak bergaya tu..


ini koya..syaza..

Khai, Sir Suhaimi & Izran..org2 hebat ni..ada bran??hehe..

sabo je tgok gambo ni..kne crop penulis..pada hari tersebut, penulis dah berangkat ke Penang krn menyertai pertandingan Chess Terbuka di USM Penang..dpt num 4 lady..ok pe..hehehe..

Ahli2 gayong wanita..






Ucapan seterusnya oleh Dato Hj Abdul Rahim B Mat Said. Petikan drpd ucapan beliau (penulis buat short form je la ye..note.)
-berbangga dgn majlis yg dianjurkan
-perjumpaan yang amat meriah pada tahun ini.
-kali ke-4, semua dpt berkumpul dr seluruh Malaysia
-Pusaka ini adalah amanah di atas semgt utk menzahirkan seni silat dr zaman berzaman.
-buat sesuatu majlis adalah untuk diingati hingga skrg.
-hidupkan budaya mengikut amalan kerana keunikan sesuatu warisan adalah kebudayaan.
-tanda ingatan persilatan adalah warisi silat utk generasi akan dtg.

3)Majlis diteruskan lagi dgn istiadat bentara.

4) sandang bentara/khalifah muda

5)bekung hijau & Putih


So, setakat ini je yg penulis mampu utk berkongsi..nanti kita share lg ye..sikit2 dlu..nak byk sokmo…jom kita layan dulu gambar2 semasa kami anak2 gayong dlm majlis tersebut..(walaupun gambar penulis xde..huhuhu..sabo je la..).

Ok jumpa lg ..akhir kata dr petikan dibawah..

Assalamualaikum..


suasana dlm bas ketika otw ke tempat yg dituju..

merenung keluar jendela,,,






Sekian .... (hari kedua nanti penulis update ye..)



Saturday 7 March 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia

1 March 2015 Sunday

Assalamualaikum wbt

Sila Tgok link ini :)
https://www.youtube.com/watch?v=KDSgKr6bs3I&feature=youtu.be

Pemandangan di sekitar tempat penginapan kami. (Institut Sosial Malaysia (ISM)).


Pada Mesyuarat Agung  Tahunan Kali Ke-4 Kelab Generasi  Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) yang telah diadakan di Dewan Bahasa & Budaya yang di hadiri oleh smeua ahli2 Grup Diskusi (DG) dr seluruh Malaysia termasuk dr Kemboja, Thailand & Acheh berkumpul dgn satu hati, satu hasrat, satu harapan utk mendokong amanah rahmatallilla’lamin ini. Terdapat banyak input yang penulis perolehi. Mesyuarat yg telah bermula pada pukul 9.30 pg dgn penuh tenang & damai ini membangkitkan rasa semangat & penuh kusyuk pada diri penulis. Klo selama ni dlm kuliah rasa nk tidur je, tp yg kali ni lgsung xde rasa mengantuk..hehehe…(nmpk benor suka terlelap dlm kelas kn)..heeee…Jadi di sini penulis ingin menceritakan & mengisahkan serba sedikit perjalanan mesyuarat tersebut, di harap kalian dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yg penulis ingin ketengahkan.

Sebelum mesyuarat di jalankan, pengerusi majlis telah memberi laluan kpd pengerusi mesyuarat agung kali ini utk melantik beberapa org wakil dr mana2 DG utk mencatat minit mesyuarat. Jd terdapat 2 wakil yg dilantik utk mencatat minit mesyuarat & seorg penjaga masa yg rasanya korg dah boleh agak dah spe..hehehe..penulis sendiri yg menjadi penjaga masa utk mesyuarat agung kali ini. Rasanya jodoh penulis mmg dgn masa je kut, sbb masa dekat kem sakti 6 yg diadakan di kem Nur Lembah Lenggong pd tahun lepas, penulis jgk yg  dilantik utk menjaga masa. Ditugaskan utk mengejut semua ahli pg2 buta dgn bawa gong kehulu kehilir..ketuk jgn xketuk diorg kata..hehe. ok..xlupa jgk kpd 2 org pemeriksa kira2.

Pembentangan dr Saudara Huzaifah tentang statistik keseluruhan seluruh Malaysia
Sesi perlantikan AJK yg baru sedang berlangsung.


Penulis, Ummu Umairah, Norshafika (Kecik) & Khadijah (Dijah)


Setelah semua dilantik, maka ucapan alu-aluan dr president GPTD, En. Suhail. Kata president ini adalah kali pertama mesyuarat agung dibuat secara formal mengikut format. Katanya lagi selama penubuhan GPTD mesyuarat yg dibuat hanya membincangkan apa yg hendak dikemukakan tanpa mengikut format sbb hanya dikalangn mereka shj. Katanya lagi, Ahmad Ammar adalah pencetus kpd segala-2nya yg berlaku. Arwahlah yg telah membangkitkan anak2 muda utk tampil pd hari ini. Siapa sangka? Arwah bukan seorg yg dikenali ketika hidupnya, tetapi dikenali ramai malah menjadi fenomena anak muda sekarang utk menjadi sperti  beliau. Ini smeua drpd Allah Azzawajalla. Sebanyak 170 ribu naskah buku Cerita Cinta Ahmad Ammar terjual diseluruh Malaysia. Bayangkan? Apabila kita hampir berputus asa, hopeless, homeless, angry, board & segala perasaan yg negative muncul, cepat2lah kita beristighfar supaya kerja dahwah yg ingin di jalankan tidak menjadi sia2. Bagi penulis Ahmad Ammar ni menjadi role model kpd semua remaja sekarang. Bahkan penulis sendiri mendapat tempiasnya. Nak twu cmne penulis boleh kenal dgn Ahmad Ammar??

Suatu hari semasa dlm Dewan kuliah, seorg sahabat muslimah penulis telah membawa satu majalah (xingat majalah apa, rasanya majalah solusi kut..klo x silap la)..sebelum kuliah bermula beliau, membuka & membaca kisah Ahmad Ammar yg meninggal di Turki. (rasanya masa tu dah 3 bulan arwah meninggal). Penulis yg tidak tahu apa2 tentang keadaan ketika itu hanya mendengar kwn2 yg lain bercerita. Ada yg telah membaca & ada yg kusyuk mendengar (penulis la tu slh seorgnya).

Penulis & Ummu selaku Perwakilan pada sidang mensyuarat pada tahun ini. xlupa juga selaku penjaga masa..hehehe..Dijah ni amik gmbar curi, xsempat nk senyum..

suka penulis menceritakan detik2 pertemuan dgn sahabat sekumpulan masa kem sakti tahun lepas..iaitu Fahimi..tu yg kusyuk bersandar..kami hanya smepat bertegur sapa shj. Then masing mengikut haluan sendiri..

Penulis cuba lihat2 petikan drpd majalah tersebut, ketika melihat wajah arwah yg telah dikafankan dgn ayat pengarang yg mengatakan ketika dikafankan ada peluh di kening arwah. How come??jd penulis tertanya2 sendirian, dgn wajah arwah yg bercahaya mmg meruntun hati penulis ketika itu. Jadi apabila pulang ke asrama, penulis cuba mencari kisah Ahmad Ammar dgn video2 yg terdapat di YouTube ketika itu. Subhanallah, mmg air mata penulis jatuh & terasa meremang seluruh badan ketika melihat betapa beruntungnya arwah yg dpt disemadikan diperkuburan org2 alim ulama malah bersama pejuang2 islam teragung pada suatu ketika dahulu. Dy sgt beruntung. Begitu ramai yg tertegun dgn kematian arwah yg tiada langsung kesan2 calar semasa kemalangan. Allah benar2 memelihara Arwah. Penulis terasa umpama ada suatu yg dpt dijadikan petunjuk pd diri penulis, tetapi penulis xtwu apa bnda yg dirasai ketika itu. Dlm beberapa hari selepas penulis mengetahui perkembangan arwah, penulis mendapat tahu yg parent arwah akan dtg ke Terengganu utk menghadiri suatu majlis yg mereka di khaskan sebagai tetamu undangan bg menceritakan semula tentang kisah Ahmad Ammar. Betapa kecewanya penulis krn tidak dpt join bersama ketika itu. Selepas beberapa mggu, penuis mendapat maklumat lagi yg mengatakan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) akn dtg ke Kampus Gong Badak bagi mencari ahli baru dlm kelab ini.  http://munirahchiichan.blogspot.com/2014/04/grup-penjejak-tamadun-dunia-gptd.html
Allahu Akhbar.

Puas penulis bertanya kpd shbt2 yg lain, tiada seorg pun yg nk ke sana. Tetapi berkat kita bersungguh2 nk kn sesuatu tu, maka dgn izin Allah, Khadijah sahabat penulis yg mmg menggalas misi utk ke Aceh nanti juga mempunyai perasaan yg sama. Termasuklah Ummu Umairah & Norshafika. Hati kami diketuk utk kesana. Maka dgn menaiki kereta Khadijah, kami pun masuk majlis tersebut. Rasanya kalian pun dah baca entry sebelum ini kn?

Ucapan drpd wakil DG bagi setiap Grup.

En. Suhail memberikan ucapan dgn penuh emosi yg ikhlas dr hati beliau. Terharu dgn sokongan remaja yg mengahadiri mensyuarat pada kali ini.

Bersambung semula kpd petikan dr ucapan En. Suhail td, kata beliau, Ahmad Ammar ni dy seorg yg berusaha utk kenal diri sendiri dahulu. Berusaha utk memimpin diri sendiri dgn meneladani kebaikan para2 nabi & tokoh2 islam yg pada remaja zmn skrg ni mungkin dah xkenal siapa tokoh2 besar dlm perjuangan Agama Islam. Maka arwah ni dy lain dry g lain. Jd kita ni bagaimana pula? Adakah kita kenal dgn tokoh2 islam? Allahu Akbar..sukar nk ckp, tp bila terpikir balik, aq kenal ke tokoh2 tu?? Penulis sgt mencintai & mengagungkan Sallahuddin Al-Ayubi, tp belum kenal benar dgn tokoh ini. mmg skrg pun tgh dibuat kajian & pembacaan tentang tokoh ini. Cuba utk menyelami kisah2 tokoh ini supaya dpt dijadikan role model dlm mendidik anak2 kelak. Yg menyebabkan penulis suka akn tokoh ini adalah sbb, tokoh ini sgt kuat, pintar, beranu & segala pakej seorg lelaki sejati ada pd beliau. Yg paling suka adalah beliau pandai berlawan. Melawan tentera2 yg berperang dgn islam. Wowwww..hebat bukan? Susah nk cari lelaki sejati yg cukup pakej, malah penulis sendiri pun kurang pakej jgk. Tp, entah lah..susah nk ckp cmne, hati ini Allah shj yg tahu. Apabila kita jatuh hati pada seseorg itu, maka hanya dy shj yg akn kita sebut & hanya dy yg akn kita ingat. Haa, cmtulah nk cter.
So, dari sini penulis Cuma nk bg twu yg segala2 yg kita syg tu mmg akan kita sebut sokmo. Ehhh, dah kelain plk kn..sambung meeting ni balik..rasanya jom la kita tgok gambar2 yg di tangkap oleh penulis & Khadijah ketika sesi mesyuarat di jalankan. Kalau nk dgr penulis cerita mmg byk sgt..klo boleh dari A sampai Z penulis nk bg twu..dah boleh buat buku klo penulis cerita kt sini byk2 sgt..hehe..Yokkkk..tilik gmbar dulu..

Sesi bergambar & bersurai.

 Sehingga kita berjumpa lagi..Assalamualaikum..


Friday 6 March 2015

Road Unisza Tembila To DBP Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t


Setiap kali penulis ingin memulakan penulisan tentang pengalaman sepanjang bersama dgn GPTD, mesti air mata akn tumpah. Xtwu knp rasa sebak je bila nk ceritakan pengalaman sepanjang ke Kuala Lumpur baru2 ni. Sbb tu mengambil masa beberapa hari utk menyiapkan sesebuah cerita. Suka penulis menceritakan detik kami berempat iaitu ahli2 DG Tembila, memulakan perjalanan ke sana. Bermula dgn bertolak ke stesen bas Jertih bersama Khadijah (Dijah) & ditemani oleh kwn kelas kami juga iaitu Afnan, yg menjadi driver kami pd hr tersebut. Shafika atau lebih mesra dikalangan kami memanggilnya dgn nama “Kecik”,( memandangkan dy mmg kecik & comel) bersama Ummu Umairah telah bergerak 15 minit lebih awal dr kami dgn menaiki kereta viva Khadijah, yg dipandu oleh Eka Saputri ke stesen bas Jertih. Selepas siap solat magrib, penulis terus bersiap & segera membawa beg pakaian dr tgkat 4 asrama, ke tempat jaga (Guard). Rasanya diorg dah smpai kut kt sne..perjalanan menuju ke stesen bas Jertih mengambil masa 30 minit. Jadi, setibanya di stesen bas Jertih, penulis terus menuju ke surau utk segera menunaikan solat fardhu Isyak. Di surau kelihatan Kecik sedang solat.


Selesai solat isyak, penulis & Kecik segera ke tempat kwn2 yg lain menunggu. Keadaan ketika itu sgt sibuk sbb ramai yg nk balik kampung agaknya. Kerana begitu ramai ahli keluarga yg dtg & hantar anak2 & ahli keluarga masing2 ke dlm bas. Ketika itu terkenang penulis kpd ahli keluarga di kampung, kerana sudah lama tidak pulang ke Perak. Semasa cuti sem baru2 ni (bulan 1) ingtkan nk balik kg, alih2 balik rumah bapa saudara di kelantan sambil melawat mereka setelah banjir besar baru2 ini. Jadi ada jgk ahli keluarga yg kehilng tempat tinggal. Stop kisah sedih tu, kita sambung kisah perjalanan kami ke Kuala Lumpur ye.

Setibanya bas Perdana (9.30 mlm), kami berempat terus naik ke dlm bas (bas double daker). Tanpa membuang masa, penulis segera makan ubat pening ( sbb mmg xtahan pening/mabuk perjalanan). Kecik duduk sebelah penulis, manakala Ummu bersama dgn Khadijah. Semasa dalam bas, sempat penulis berseloroh bersama Kecik, (saja bayang2kn benda2 kelakar masa tu). Penat gelak, kami pun tertidur. Sedar2 dah dekat Gua Musang. Jadi penulis & Kecik telah turun utk ke tandas (1.30 pg), sempat kami membeli gula2 fisherman (sbb sakit tekak), dan terus keluar mencari bas.

Masa mula2 bas kami berhenti, kami rasa dah betul dah tempatnya. Terkejut sbb bas hilang..ehhhh,xkn bas tinggalkan kami berdua kut..yg kwn kami lg 2 org tu xde plk call ke pape pun. Alhamdulillah, masa turun dr bas td, penulis sempat menghafal num plat bas tersebut, maka mudah utk kami mencari..hehehe..rupa2nya bas tu parking kt tempat tersorok. Ish3..apabila kami naik ke dalam bas, penulis lihat yg kawan kami berdua td tu, tidur macam xde pape berlaku. Patutlah xde call kami pun masa bas tu meninggalkan kami. Diorg sedap dibuai mimpi indah rupa2nya..hahaha..

Perjalanan diteruskan (2.00 pg) hingga kami smpai (5.30 pg) ke destinasi sebenar iaitu Stesen Bas Kajang. Semasa turun di sana, kelihatan ayah Ummu telah sampai & menunggu kami di dalam kereta.  Terus kami di bawa ke rumah Ummu. Alhamdulillah, terima kasih ye pak cik sbb bangun pagi2 menunggu kami kt stesen bas..hehe..sampai kt rumah Ummu, penulis & kwn2 yg lain segera menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, kami ke dapur utk menjamah roti canai yg disediakan oleh ibu Ummu. Lepas makan penulis pun tolonglah ibu Ummu potong bawang, amboiii bukan mainsedih lg penulis mengupas bawang...hahaha..bukan seulas k, byk taw..pedih pyer pasal g la rehat jb, masuk2 blik terus terlelap. Ingatkan penulis sorg je yg terlelap..rupa2nya kwn2 yg lain pun terlentok jgk sebelah penulis..haha..sedar2 Ummu kejut makan tghari.


Selesai bersiap semuanya, kami meneruskan perjalanan ke Hospital utk melawat ibu Saudara Ummu. Pertama kali masuk HUKM. Mmg terbaik la..besar jgk..yang bestnya, surau dy kemas & besar. Selesa sgt dgn bilik wuduk, & tandas ada kt dalam sekali..hehe..tp, asing2 la..xdelah dekat sgt dgn tempat kita nk solat..sepanjang di Hospital sempat jgk la penulis mengambil beberapa keping gambar utk dijadikan kenangan. Semasa lalu lalang di situ, kelihatan ramai doktor2 muda & tua berjalan dgn kot putih mereka.. kami berempat pandang antara 1 sama lain..teringat pada En Zarizal iaitu pensyarah yg mengajar subjek microbiology pd setahun yg lepas. Kata beliau, “Saya paling menyampah bila pergi hospital Doktor2 suka pakai kot putih keluar merata2, kemungkinan utk dpt bacteria or apa2 microorganism pada pakaian tu sgt tinggi, pastu g merawat pesakit plk..g toilet lg dgn kot..Poyo je..”..so, sbb ayat En Zarizal tu la kami teringat dan memandang sesama kami..ayat “poyo je” tu yg buat kami nk tergelak ketika itu..cover beb..hehehe..ini semua poyo..koya je..hahaha..whatever..




Perjalanan kami seterusnya adalah terus ke Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka. Walaupun beberapa kali sesat, alhamdulillah berkat bertanya orang sekeliling dpt jgk kami sampai ke DBP. Bangunannya ada tinggi & mempunyai 30 tingkat rasanya la..(klo xsilap)..kawasannya yg luas & megah berdiri. Mmg sesuai la buat majlis2 besar di sini.

Ketika penulis nampak kelibat kak Arina, penulis rasa sebak & sgt sedih. Rasa rindu benar dgn beliau. Sepanjang tahun baru 2015 ni, itulah kali pertama penulis berjumpa semula dgn beliau, krn sebelum kak Arina ke Indonesia, beliau sempat bersama kami jika meeting di lakuka di UniSZA. Tp. Sejak beliau pergi ke sana, kami sudah ketinggalan dlm mendapatkan semangat. Bila terlihat beliau, terus penulis salam & peluk. Terasa sayu di hati ini. Semoga Tuhan memanjangkan tali silaturrahim ini hingga ke syurga. Huhuhu.



Penulis & kawan2 sempat melihat2 suasana dewan yg sgt besar. Suraunya pun boleh tahan besar, tp ketika kami solat di sana, dalamnya panas..mungkin aircond rosak kut..setelah setelah berpenat di sana, kami terus membawa beg pakaian kami ke tempat penginapan iaitu di Institut sosial Malaysia (ISM). (ISM macam Ijazah Sarjana Muda plk kan..hehehe..).. dgn menaiki van kami tiba di ISM & ditempatkan di Tingkat 2 Bilik num 16. Biliknya pun boley tahan cantik dgn toilet ada skali kt dlm. So, misi kami berempat adalah segera mengemas bilik supaya dpt muat 4 org. Katil yg diberikan hanyalah 2 buah. Jadi, penulis mengambil keputusan utk membiarkan adik2 shj yg tidur kt atas & penulis tidur di bawah. It not big deal..dah biasa dah..kt rumah pun tidur bawah, rumah kampung mmg lantai je la jdnye.. sejuk taw lantai bilik tersebut dgn aircond pasang 240C. Sebelum tidur penulis sempat menyedikan dahulu pakaian yg akn di pakai esok pagi. Jadi sebelum terlelap jom kita baca Al-Mulk dulu ye..:)..jadi biarlah gambar yg berbicara. Sbb klo penulis cerita mmg panjang..hehehe..ok.. jumpa lagi nanti dgn kisah kami ketika menghadiri Mesyuarat Agong GPTD kali ke-4. Mesyuarat ni lagi gempak situasinya..hehehe..wait ye..









Jumpa Lagi..Papai..Assalamualaikum..