salam sayang dan rindu dari saya

Tuesday 29 April 2014

Jodoh itu kan rahsia Allah...

Assalamualaikum...:)


Jodoh itu kan rahsia Allah...

Sakit kepala bila teringatkan pertanyaan mereka yang bertanya..
Saat hati berkata "INGIN",
Namun ALLAH berkata
"TUNGGU".

Saat AIR MATA harus menitis,
Namun ALLAH berkata,
"TERSENYUMLAH".

Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN",
Namun ALLAH berkata,
"TERUSLAH MELANGKAH".

Saya hanya merancang,
Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.

Malah terbaik.

Bila ummie tanya bila saya nak kahwin...?.
Saya hanya diam tanpa jawapan.

Bila sahabat tanya bila awak nak kahwin...?
Saya senyum sambil jawab, insyaAllah.

Bila saudara tanya bila nak kahwin....?
Saya cakap rahsia....

ye...

"Rahsia...."

Kenapa rahsia...?

Nak kata tak laku,
Saya yang tolak lamaran yang datang.

Nak kata yang datang tak sempurna,
Sempurna ada bonus tambahan lagi.
Rupa dan harta sama seimbang.

Sahabat pula menyindir saya dengan buah durian.;

Sahabat (1):
Awak jangan terlalu memilih buah durian, cepat2 petik nanti orang lain ambik baru melepas.

Jawapan saya:
Buah durian yang betul2 masak akan jatuh sendiri tak perlu nak petik2. Tunggu masa yang sesuai je.

Sahabat (2):
Buah durian dah jatuh pun, awak je yang tak nak kutip, mengada taw..

Jawapan saya:
Cepat sangat buah durian tu jatuh, lagipun bimbang pulak kalau buah durian yang gugur awal tu kualitinya hilang. Lagipulak jatuh pun awal sangat dari tempoh masaknya.

Sahabat (3):
Awak ney, buah durian tu dah tergolek datang kat awak, memang dah betul2 masak dah tu. Awak pilih je yang mana awak nak cuba dulu.

Jawapan saya:
Memang dah masak, tergolek datang tapi betul ker dah masak..?Kadang2 nampak dah masak dari kulit luar, tapi isi dalam tak siapa yang tahu. Don't judge book by its cover:-),..

Teruk betul jawapan 'melarikan diri' saya...

Saya memilih...?

Sudah tentu tidak.

Masih terngiang-ngiang kata-kata dari sebuah pembacaan, masih mengingati setiap bait kata-kata yang dikongsikan dengan teliti.

"Jodoh ini rahsia Allah. Disebabkan ia rahsia, sebab itulah Allah ingin menguji kita sama ada kita menjadi orang yang sabar atau tidak, seorang yang menjaga hati atau tidak, seorang yang memelihara batas-batas pergaulan atau tidak. Allah mahu menguji sama ada kita ini menjadi seorang hamba yang fokus ibadah kepada Allah atau kepada sesuatu yang tidak pasti yang bersifat keduniaan.”

Jodoh ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Daripada saya membazir masa mengotorkan hati
memikirkan lelaki yang belum tentu jodoh saya, lebih baik saya fokus kepada hubungan saya dengan Allah s.w.t.

Saya yakin pabila jodoh saya dah sampai,
Tanpa perancangan saya,
Allah sendiri yang akan aturkan segalanya untuk saya. Pasti.

Jadi buat apa kalau saya tahu perasaan seorang
lelaki terhadap saya sekalipun, sedangkan Allah
swt mungkin telah aturkan jodoh saya 4 atau
5 tahun akan datang.

Jadi tiada gunanya saya mengetahui perasaan
seorang lelaki kepada saya pada waktu ini.

Bukan sombong yer...

Kata sahabat;
Awak tu dah tua takut nanti tak laku pula.

Kata saya;
Kalau dah jodoh pasti bertemu.
Saya serahkan segalanya kepada Allah.
Biar Allah yang aturkan soal jodoh buat saya.

Saya tengok ramai yang bercinta seperti tukar jam tangan..
Bulan pertama jam lain...
Bulan kedua dah tukar jam lain.

Saya harus menjaga diri dari menjadi seperti jam itu. Semoga Allah lindungi saya dalam proses bermujahadah.

Saya tertanya untuk tujuan apa saya perlu tahu perasaan lelaki terhadap saya sedangkan dia masih belum menjadi suami saya.

Kalau dia menyatakan perasaan dia terhadap saya sekarang tetapi tempoh untuk berkahwin itu masih lambat maka Allah akan menarik sedikit nikmat cinta dan sayang itu dari saya. Saya harus kuat.

Ianya ibarat apabila seseorang itu sudah memiliki seutas jam tangan. Tetapi suatu hari ketika dia keluar membeli-belah di sebuah pusat membeli belah, dia terlihat satu jam tangan baru dan dia sangat berkenan pada jam tersebut lalu terus membelinya. Sedangkan dia sudah memiliki jam.

Mengapa dia tidak bersabar dan terlalu mencintai habuan dunia sedangkan mana tahu Allah telah menyimpan seutas jam tangan yang lebih cantik di Syurga nanti berkat kesabarannya yang tidak tamak dengan keindahan dunia.

Saya sedar bahawa soal hati ini perlu diserahkan kepada Allah. Sekiranya saya sendiri yang menguruskan masalah hati ini, maka ia akan bercampur dengan hawa nafsu dan keinginan dunia yang sementara.

Siapa dia yang telah membuat hati saya tertutup...

Dia adalah Muhammad bin Abdullah.
Rasulullah Saw junjungan teragung yang sempurna
akhlak dan ibadahnya.

Kenapa saya tidak menjadikan Rasulullah saw sebagai tauladan?
Kenapa perlu saya jadikan lelaki yang bukan muhrim sebagai ikutan untuk dibawa kesana kemari?
Sedangkan saya tidak tahu syurga atau
neraka bagi lelaki yang saya cintai dalam hubungan tidak halal itu.

Padahal saya telah pasti bahawa Rasulullah saw adalah ahli syurga yang abadi.

Pesanan saya buat hawa,
Jagalah hati.
InsyaaAllah Allah swt akan temukan kita dengan
seorang lelaki yang menjaga hati juga.

Jagalah batas pergaulan.
InsyaAllah Allah swt akan jodohkan kita dengan seorang lelaki yang menjaga pergaulannya dengan
perempuan juga.

Peliharalah hubungan dengan Allah swt.
Mudah-mudahan Allah swt akan memelihara kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wa ashaabihi ajma'iin