salam sayang dan rindu dari saya

Friday 9 October 2015

Hiking Team ke Bukit Keluang, Terengganu.

9 oktober 2015 | Jumaat

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Mentari sedang naik..cantikkan?


Alhamdulillah. Dapat jua kita bersua kembali pada petang Jumaat yang penuh barakah ini. Penghulu segala hari. Terima kasih Ya Allah. Sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas XPDC mendaki Bukit Keluang. Perancangan yang tidak di sangka2 itu akhirnya membuahkan hasil. Hasilnya kami dapat menjalinkan hubungan silaturrahin dengan lebih akrab. Saya sebagai student yang satu2nya ambil kos Agricultural biotechnology ni, amat berbesar hati untuk melebarkan sayap silaturrahim dengan sesiapa sahaja. Hari ni saya join hiking bersama student food technology. Salah seorang dari mereka itu adalah roommate baru saya. So, ada yang dalam kalangan ahli tu ada yang ahli2 & saudara segayong saya. Jadi tiada masalah besar untuk saya bergaul dengan mereka semua walaupun tidak sama kelas.

I feel fresh...buang semua rasa gundah gulana, stress, segala 1001 perasaan yg bersarang di hati. biar Allah yang tahu.


Suka saya menceritakan detik pertama kali kami tiba di sana. Saya lihat begitu ramai orang yang hendak ke sana. Padahal jam baru menunjukkan pukul 6.55 pagi. Adik2 sekolah pun join juga. Ini yang buat saya lagi tercabar ni. Expression pertama saya adalah “Wow..tinggi gila bukit ni..hutan belantarakah?”


Ok. skrg kita kt area Jertih ye..Aceh dah pergi, Korea plk. Pergi Bangkok pun best gak. Dah ada kwn kt sana, tggu apa lagi..hehe..


Sebelum kami memulakan pendakian, kami antara 13 rakan yang sebaya & tak sebaya, membuat senaman ringan. Berharap tiada berlaku kecederaan atau kekejangan jika telah mendaki nanti. Selesai melonggarkan otot2, kami membaca doa dengan di iringi doa masing2.

My new roommate, Atiqah. From Melaka. hehehe..Melaka tempat jatuh lagi dikenang.

Ketika memulakan pendakian, terasa juga gegaran tulang2 lutut. Hahaha. Mau tak gegar, lama kut tak buat kerja gila ni. Kali terakhir panjat pun masa diploma dulu dekat Tanam Botani, Selangor. Nampak satu Selangor bila berada di puncak. Tu lagi kerja gila. Siap kena kejar dengan anjing lagi. Mahu semua jadi bionic lari sepantas sonic x. hahaha.

Perjalanan diteruskan walaupun ada yang kedengaran nafas macam gorilla. Bukan kami je yang nak naik atas bukit tu, orang lain pun berebut naik. Ada yang kelelahan dan stop di tepi2 pokok, ada yang siap hisap rokok, nak bagi tenaga semula la kut. Ada yang siap baring lelap terus. Tu lagi penat kut. Hahahaha. Macam2 gaya ada. Kuak lentang, kuak kupu2, harimau kelaparan, gorilla kepenatan dan macam2. Bukan nak kata depa tu binatang, saja nak menggambarkan betapa bersyukurnya duduk dalam hutan yang jauh dari hingar bingar manusia. Rasa tenang bersama dengan alam. Terasa lebih dekat dengan Tuhan. Jiwa terasa damai, hati tenang, kepala pun tak stress. Lupa terus hal dunia.

Ukhwah ini disandarkan hanya kerana Allah taala. Gabungan Biotech & Foodtech. Saya sorg je biotech..hehehe..


Saya perati je orang2 yang lalu lalang di situ. Semuanya dari lain2 negeri. Ada yang cakap utara, ada yang cakap KL, ada yang cakap Kelantan, ada juga sampai takdak suara. Penat barangkali. Saya tersenyum melihat gelagat manusia2 yang sama2 nak naik ke puncak. Tiba2 terfikir “Alangkah indahnya kalau tak dak exam. Balik ni kena pikir exam..exam..exam..exam..”

Saya meneruskan lagi perjalanan. Jejak yang dilalui umpama nak berpatah ke belakang semula. Curam ya amat. Saya pula tak pakai kasut yang proper. Ingatkan bukit biasa2 je. Alhamdulillah sampai dengan selamat juga kat atas sana. Sempat juga kami bergambar dgn adik2 sekolah yang membuat aktiviti perkhemahan di situ. Saya toleh ke belakang. “Mana pulak dah kwn2 aku ni? Kena tinggal dahhh.” Hahaha.. semangat bergambar sana sini. Subhanallah cantik ciptaan Allah.

Saya di bukit yang dipijak. Member2 masih dihujung bukit. Jauh lagi diorg..huhu..

Semasa saya menunggu sahabat2 yang lain tiba, ada seorang pak cik dan beberapa orang kawannya dalam lingkungan 30-50 tahun menegur saya. “Rasa macam kenal awak ni. Kita jumpa kat mana ek?” balas sahabat pak cik tu “jumpa kat FB kut?” disambut gelak ketawa sahabat2nya yang lain. Aku hanya membalas “ Pak cik kenal saya?pak cik rasa jumpa saya kat mana?” Saya terus menyoal pak cik yang umur 40an itu. “Saya serius ni, mcm kenal. Tinggal kat mana?” Saya tinggal di Perak, belajar di UniSZA.” Saya membalas dengan senyuman. “Oh, muka adik macam muka sedara mara sebelah mak saya di Perak. Itu yang saya tanya, takut nanti balik rumah cerita pula kat adik beradik kata jumpa tak tegur.” Saya hanya ketawa melihat gelagat pak cik tersebut. “Sebijik, sama muka. Senyum dia pun sama.” Saya kembali menyoal. “Pak cik orang mana?” Saya orang Johor.” Balas pak cik tersebut.

Dengan berhati2 diorg turun.Kalau tak ada yang buat gaya kuang lentang, gelongsor..hati2 ya..

Cikgu Sekolah rendah yang mengiringi murid2nya.

Macam2 gaya ada. hahaha..Licin kut..




“Ok. Aku tak dak sedara duk Johor buat masa ni”..hehehe..saya mengguman sendirian. Kalau sedara mara saya yang nak datang Terengganu, compom depa bagi tau punya. Takkan redah ja nak mai kann?

Perjalanan diteruskan sehingga ke akhir cek point. “Mak ai, ramai giler yang nak turun.” Ada yang turun slow2 macam siput, ada yang turun macam gelongsor, ada yang turun rolling, tu lagi takleh blahhh..hebattt..deabakkk..cayaaa laahhh..saya plk turun dgn berhati2 sbb kasut yang dipakai hanya sesuai untuk tendang orang je..hahahaha..bukan hiking. Ok gambar lagi. Banyak tempat yang cantik2. Indah. Damai. Hanya Tuhan yang tahu.

Sebenarnya saya nak tunjuk pak cik atas bot. tp, hujung bot je yg kelihatan. sape lah yg amik gambar ni..hahahaha..



Sampai kat bawah kami terus ke pantai. Memang bukitnya turun terus ke pantai. Sini lagi cantik. Ramai yang berkhelah bersama keluarga, ada yang datang date, ada yang datang camping, ada yang datang jejalan, ada yang datang untuk menjual. (kalau takdak orang jual, cmne aku nak makan kan?) hehe..

Makan dulu..Opsss..sarapan ok..


So, pantai? Tempat yang menggamit memori. Bohong kalau tak ingat kenangan dengan kengkawn masa kat kolej dulu. Selalu sangat ke pantai. Pantai Pengkalan balak, pantai kelebang, pantai puteri..mcm2 lagi lah..teroka habis2an. Lepas sarapan, kami pun pulang. Alhamdulillah semua sihat2 masa turun. Tak dak yang kena papah setakat ni..So, jom la kita pergi lagi kalau ada yang nak pergi. Saya boleh bawa. Kita p khelah ramai2..mmg best. Bak kata Bibah, adik segayong “tadi jumpa pak cik sorang ni, umo dah 80 tahun, naik turun bukit dah macam jalan biasa je, so, umur 80 tahun nanti kita jumpa lagi kat sini kalau umo panjang.” Hehehe.. Ada hati dah jadi nenek nak dtg hiking. Tak pasal2 masuk hospital awal nanti. Ok2 gurau2 je, mana yang baik tu dtgnya dr Allah dan yang salah tu daripada kesilapan saya sendiri. Jumpa lagi ye. Assalamualaikum wbt.

Obor2 byk..so,xleh mandi.





P/S: Jom hiking lagi nak? Semoga sahabat saya baik2 aja. Saya rindu dengan mereka. Ya Allah. Lindungi sahabat2 yang saya sayang. Walaupun jauh di mata, dihati tetap terasa dekat.