Awak...
Saya telah mengembara ke 'hujung dunia',
mencari apa yang saya inginkan.
Tapi,
kali pertama saya bertemu awak, hati saya telah begitu riang gembira.
Demi
Tuhan, saya tidak tahu mengapa. Tapi itulah kebenarannya.
Setelah
beberapa lama kita berkawan, saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.
Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak.
Dan
di saat saya begitu menyayangi awak,
Perasaan
sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak. Nyata saya tak menemuinya..
Awak
mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam.
Di
sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam..
Saya
sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari.
Tapi
jauh di sudut hati ini saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk
memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga
awak belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang.
Jadi,
selama ini siapa saya di hati awak?
Saya
tahu, awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak...
Siapa
yang memujuk saya untuk membuka pintu hati yang pernah di kecewakan?
Siapa
yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan?
Siapa
yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
AWAK!!
Awak
mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali.
Tapi
saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada 'Seseorang',
seseorang yang nak saya sayangi dan satu perkahwinan...
Kita
hidup sekali,mati sekali dan Menyintai sekali..
Melangkah
pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.
Jangan
anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak..Jangan..!!
Bagaimana
saya harus bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biarpun
pada ketika awak berada di sisi saya. Di setiap saat saya mengingati awak.
Seumur
hidup ini saya akan menyayangi awak..
Awak,
Sebelum
saya menghilangkan diri dari dunia awak, saya ingin nyatakan sesuatu yang tak
pernah awak tahu.
Kalaulah
awak bertanya pada saya, sedalam mana perasaan saya sayangkan awak,
Ini
lah jawapan saya :
"Kalau suatu hari awak kehilangan suara,
saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula. Meskipun waktu
itu saya akan bisu selamanya....
"Kalau suatu hari awak kehilangan
penglihatan, saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya
biarpun waktu itu saya akan buta selamanya..
dan
kalau suatu hari awak kehilangan hati, saya akan memberikan hati saya agar awak
dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini....'
Semuanya
untuk awak...
Seseorang
telah berkata,
"Jika
kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan
kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"
Awak,
Kerana
saya menyayangi awaklah saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak. Saya
doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari.
Supaya
suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.
Supaya
suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG
seseorang dan semoga awak takkan pernah terlewat untuk menghargainya.
Awak,
Saya
percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Saya
tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah
mempersoalkannya.
Saya
juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak, saya telah
bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya
juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali pada saya. Itu
bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan
dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu
yang terbaik..
Akhir kata...
Saya
doakan awk bahagia dengan hidup awak...
Saya SAYANGKAN awak...
#MORALnye
:
-Jgn trlalu mnyayangi sseorang itu dn kita
terlalu berharap pada seseorang yang belum pasti>''<''