salam sayang dan rindu dari saya

Monday 2 March 2015

Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 “Menjejak Kegemilangan Tamadun Melayu”

 2 March 2015 / Monday



Assalamualaikum wbt

Setibanya di Jertih, Terengganu.

Sukacitanya penulis di sini ingin menceritakan kisah beberapa hari program yang penulis sertai baru-baru ini. Jujur penulis cakap nk menaip ketika ini pun, masih terasa getar di hati, terasa berdebar di dada & terasa menggigil di tangan. Tahu sbb apa??sbb penulis rasa gembira pun ada, takut pun ada, sedih pun ada. Bermacam2 perasaan ketika ini. Walaupun baru td sampai dr Kuala Lumpur ke Jertih Terengganu, terus pula menghadiri kuliah Plant In Vitro, yang tepat pukul 8 pagi. Memang sampai di stesen bas Jertih pd pukul 5.30 pg, tp menunggu kwn kami dtg ambil lg, mmg pening pun ada jgk la..sbb bangun terkejut..sampaikan pak cik teksi pun penulis berterima kasih. Ingatkan pak cik driver bas, disebabkan masih tingtong, tersilap org penulis berterima kasih. Walau apa pun penulis tidak keseorangan. Bersama penulis tadi & sepanjang ke Kuala Lumpur adalah sahabat seperjuangan DG Tembila Terengganu iaitu, Khadijah, Ummu Umairah & Nur Shafika. Sementara menunggu sahabat kami dtg ambil di stesen bas Jertih, kami berempat bercadang untuk menunaikan solat Fardhu Subuh di Masjid besar Jertih, memandangkan subuh semakin hampir. Maka, bagi menjimatkan masa yang ada & memanfaatkan masa yg ada itu, kami berempat bercadang untuk mandi segera di masjid. Selesai mandi & berwuduk, terus kami solat berjemaah subuh di Masjid Jertih. Ketika ini baru penulis teringatkan kata2 En. Suhail mengenai IKLIM DINI, ketika kita berada ditempat beribadah bersama2 ahli Jemaah yg lain, kita rasa kita insaf & ingin buat baik selalu, tp ketika kita berada di luar kawasan yg jauh pada suasana ibadah kita cepat & mudah bertukar watak & menjadi yang sebaliknya. Mmg betul, sepatutnya ini tidak harus terjadi. Biarlah di mana pun kita berada kita mesti tetapkan diri kita sendiri supaya tidak terpengaruh dgn hasutan2 yg dapat merosakkan diri kita sendiri. Sbb kita adalah raja bagi diri kita. Kita selalu rasa bila kita dah berada di majlis ilmu, kita dah menjadi alim, kita dah baik drpd org lain, padahal belum tentu kita ni baik dr org yg xdtg tu. Tp, bila kita berada di majlis kenduri atau keramaian, kita xpula rasa yg kita ni terlebih2 dlm majlis tersebut. Penulis harap situasi ini tak akn berlaku lagi & kita harus istiqamah walau dimana pun kita berada. Kalau kita ingat Allah, pasti Allah jgk akn ingt kpd kita. In Syaa Allah..aminnn..

Selepas selesai solat subuh, kami segera membawa beg pakaian utk ke tempat menunggu kwn kami yg akn menjemput kami nanti. Semasa kami keluar dr masjid tersebut, beliau telah pun dtg & kami terus berangkat ke UniSZA Kampus Tembila. Walaupun masih tingtong, tapi kepala penulis masih terngiang2 peristiwa semalam. Tertanya diri sendiri, “Ya Allah, bisakah diriku menjadi yang terbaik dalam menjalankan misi rahmatallil a’lamin ini?” sedangkan diriku jgk masih belum sempurna. Masih banyak compang campingnya, masih byk yg perlu diperbaiki, masih byk yg perlu dipelajari & masih byk yg diri ini tak mengetahui”. Nak jadi baik mmg byk dugaan abh ckp, tp klo nk jd jahat tu sekejab je kita dah boley jd jahat. Nauzubillah.. minta dijauhkan dr perkara2 yg xsepatutnya. Aminn..

Lepas hantar beg pakaian ke bilik, terus penulis bergegas utk ke kelas. Kuliah hari ini xdelah berat sgt. Cuma penulis usya2 kwn2 penulis yg pergi bersama ke Dewan Bahasa & Pustaka (BDP) KL, dah sengguk2 kepala..hahaha..dah twu dah..ni mmg kes mengantok..pape pun kami dpt survive utk kuliah pg ni, di sambung pula dgn makmal Plant in Vitro, mula2 penulis dah rasa kepala ni pening2 je, tp Alhamdulillah dpt jgk menyelesaikan semua preparation utk media culture. Makmal tamat pada pukul 2.30 ptg. Selepas balik & terus menunaikan solat zohor, pukul 3 ptg pula penulis segera bergegas ke ladang untuk mencari “weed”, bagi subjek Plant Protection II. Penat balik dari KL x habis lagi disambung pula dgn panas terik di ladang, kami berempat mencari jenis2 rumpai yg berlainan, penulis terus pulang dan mengemas rumpai tersebut utk diletakkan di tempat khas (tempat utk weed collection before letak dlm oven)(caranya di tindih dgn surat khabar then letak bwh tilam sementara esok nak bawa masuk ke dlm oven di dalam makmal plant protection). Selesai semua tepat pukul 7 ptg. Malam ni plk ada latihan silat, tp rasanya xdpt nk hadir jgk sbb banyak kerja yg dah tertangguh. (maafkan sy sir xdpt g latihan mggu lps & mggu ni)..

Areya yg ditugaskan utk menggunting parafilem..

shafika yg ditugaskan utk mengelap laminar air flow..

ketika di dalam makmal Plant in Vitro..muka sebenarnya dh pucat  & i need some rest..huhu..alhamdulillah segalanya dipermudahkan..


28/2/2015 Sabtu 

Dewan Bahasa & Pustaka

Sebelum tu penulis nak menceritakan sedikit kisah semasa di Konvensyen Ketamadunan Dunia 1.0 yang telah diadakan di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka, KL. Dengan tajuk yang sangat menarik, yg x pernah lg penulis hadiri di mana2 tempat. 

Pembentangan pertama yang telah dibentangkan oleh Pn. Zaharah Bt Sulaiman, Ahli Ikatan Arkeologi Malaysia dgn tajuk pembentangan beliau, Jejak Asal Usul Bangsa Melayu & Rumpunya dr Perspektif Kajian Terkini.

Menurut beliau, kita ini adalah dr keturunan Afrika (iaitu moyang pertama kita adalah org afrika). Kata beliau lagi, Semang & senoi adalah org asli pertama yg menduduki org melayu & kita ini adalah dari keturunan salahsilah org asli. Jadi disini penulis pada mulanya xberapa nk faham, memandangkan penulis sendiri pun tgh mengkaji salahsilah keturunan keluarga penulis, maka dr sini penulis dpt memahami betapa jauhnya ketinggalan sejarah asal usul org Melayu ni. Sbbnya, salahsilah keturunan penulis pun bkn dr org melayu asli dah, maksudnya org melayu campuran. Ibu penulis sendiri pun dr keturunan cina, bapa penulis pula dr keturunan org Pattani yg entah keturunan ke berapa pun penulis xtwu. Cuma skrg penulis masih lg mencari & mengkaji salahsilah tersebut. Nak mencari asal usul sendiri pun dah sgt susah. Inikan pula asal usul org melayu. Mmg hanya yg akar sahaja yg dpt membuat perkara ini. Sebagai pelajar penulis jgk ingin mencari pengalaman hidup dgn mengkaji semula sejarah asal usul keluarga penulis. Sbb dah ramai org2 tua yg telah menemui Penciptanya, maka penulis di sini kebuntuan dlm mencari identity keluarga sendiri. Ok kita sambung kpd pembentangn ke-2. 
antara kajian yg dilakukan..





Penulis suka untuk menceritakan semula perkongsian & pengalaman ahli2 DG yg telah melakukan misi mereka mencari kelompok melayu di Pulau Cocos, Australia. Menurut ahli2 DG yg ke sana, generasi di sana yg memegang jawatan dalam hal ehwal islam adalah org2 tua shj, anak2 muda tidak terlibat, & hanya mengikut keturunan. Maksud disini, jika datuknya memegang jawatan imam, maka apabila telah meninggal dunia, jawatan tersebut akan diwarisi oleh anaknya pula, & begitulah seterusnya. Hal ini menyebabkan, jika ada dlm kalangan anak2 yg kurang didikan agama yg memegang jwtan tersebut, kesilapan dlm memberikan pendapat atau fakta berkaitan sesuatu isu agama itu sgt tinggi.ini akan menyebabkan agama islam itu sendiri yg rosak. Maka target kita di sini adalah generasi muda harus boleh menjadi apa shj, boleh jadi imam masjid, boley menyanyi, pandai menyelam, pandai berenang & pandai segala2nya. Ini sudah dikira terbaikkkk oleh masyarakat di sana.


Pembentangan ke-2 oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail. Pensyarah UPM dgn tajuk Sumbangan Islam dlm Tamadun Melayu (Kajian Ilmu Falak). 

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini adalah, segala ilmu yg umat islam miliki pada zaman dahulu telah diambil oleh org barat. Menurut beliau, byk ilmu tentang cerapan angin diceritakan dlm surah Yassin, kajian tentang alam langit, kajian tentang arkib (ilmu Almananzir..klo xsilapla..klo salah sorry..) banyak yg didahului oleh umat islam dahulu. Selain itu, menurut beliau lagi banyak kajian dr umat islam telah dibawa ke barat. Maka umat islam telah kurang tentang sesuatu ilmu tersebut. Ada perkara yg menarik ingin penulis ceritakan di sini, penulis baru tahu yang pakaian jubbah konvo itu adalah di ambil dr Andalusia, dimana barat telah meniru umat islam dr segi pakaian. Katanya lagi, pada zaman kegemilangan islam klo nak belajar matematik kita kne pakai jubbah, tp zaman skrg di oxford, org barat menggantikan serban yg dipakai oleh org islam dahulu dengn memakai cap. Padahal boleh je klo nk pakai serban. Smpai sekarang pun bila time konvo je mesti pakai jubbah. Jadi di sini kita dapat lihat yg pemakaian org islam masih lg di gunakan di university besar cmtu. Bayangkanlah klo kita umat islam sendiri xnk pakai jubbah. Best pe pakai jubbah kan??hehehe…sebaik2 pakaian adalah pakaian yg dpt dibawa bersama utk solat..x gitu??byk lagi fakta yg menarik yg dikongsikan & ketika sesi pembentangn ini dilakukan, mmg penulis sendiri terbeliak mata sbb best sgt..& rugi la klo spe yg tertidur masa ni..hehehe..

kiri adalah anak murid, kanan adalah guru..anak murid harus berpakaian seperti guru mereka jika ingin menuntut ilmu..

cara pemakaian ketika ingin belajar ketika zaman islam dahulu..



Pembentangan ke-3 oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Pengerusi Akademik Kajian Ketamadunan dgn tajuk, Pertembungan Islam Dgn Budaya Peribumi (Pengalaman Alam Melayu).

Masa sesi pembentangan ini dijalankan,penulis tertarik dgn satu kata2 yg dismpaikan oleh beliau..katanya “Islam Came, The Malay World with Smiley Face” bukan dtg dgn marah2..hehe..terbaikkkk lahh…betul la tu kn??Melayu ni halus katanya..contoh yg beliau bg mmg sentap sikit la bg penulis ni, sbb penulis ni kan kaum hawa..hehehe..kata beliau lagi, contoh melayu itu halus adalah , “Poligami itu pahit, tp bila sampai ke alam melayu jd bermadu. Madu itukan manis”. Terbukti melayu itu manis..hahaha..macam2 lagi perkongsian yg disampaikan oleh beliau..yg mmg sgt menarik bg penulis..sgt tertarik & smpai saat ini pun sukar untuk stop bercerita..haha.. asal usul nama Melaka itu bukanlah dr nama pokok Melaka, tp asalnya adalah dr perkataan Mulakoh (bahasa arab) iaitu yg bermaksud tempat pertemuan, tp telah diubah. Kerana Melak dulu adalah tempat pertemuan para pedagang dr pelbagai Negara. Mana mungkin hanya dpt nama dgn perkara2 yg pelik..btol x??patut la bila masa penulis kecik2 dulu, penulis suka Tanya abah penulis, pokok Melaka tu cmne ek? Abh xtwu nk jwb cmne..katanya ada la..hahaha..pape pun penulis ingt pokok Melaka itu wujud suatu ketika dahulu & skrg dah xde. Tp bila dtg dgr pembentangan sejarah & tamadun ini, membuatkan penulis rasa tertipu pun ada jgk…jd terpikir la jgk penulis, apalah nasib adik2 ku kelak??apalah nasib anak2 ku kelak??jadi di sini lah tugas penulis utk membetulkan apa yg xbetul ni. Mana boley terima bulat2 je..kne kaji jgk..byk benda yg penulis nk terokai..In Syaa Allah ada je jalan yg tuhan akan bagi nanti…semoga dipermudahkan segala2nya dalam perjuangan menuntut ilmu..aaminnnn..kata abah dulu, ‘Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri China’..akhirnya dah jejak penulis ke negeri China. Alhamdulillah..impian utk ke sana dah pun tercapai..perjuangan menuntut ilmu tu masih lg panjang sbb “Tuntulah Ilmu dari Buaian Hingga ke Liang Lahad”. In Syaa Allah..



Pembentangan ke-4 oleh Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP dgn tajuknya, Keantarabangsaan & Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Dengar tajuk pun dah rasa takut. Tajuk apa la ni kan? Hahaha..hanya yg melalui shj yg phm apa yg disampaikan. Kata2 beliau yg masih melekat di kepala penulis adalah mengenai kita perlu ubah pandgn org yg mengatakan Tamadun Melayu ini muncul apabila munculnya British, Padahal Tamadun Melayu ini telah lama muncul sebelum British dtg jejak ke tanah melayu lagi. Jadi bagaimana kita org melayu yg dahulunya bahasa kita dikatakan bahasa lingua franca, yg kini sukar & sayup2 kedengaran. Baru2 ini penulis ada melalui suatu kwsn yg mempunyai org2 melayu dlm kalangan org2 tersebut, yg seorg ni, dgn megahnya dy berbahasa inggeris, dan yg menjwb itu pula menjawab dgn tenag dlm bahasa melayu. Semuanya dijawab dlm bahasa melayu. Orgnya boley tahan, maksudnya org yg ternama penulis rasa. Tp beliau masih memartabatkan bahsa melayu. Bukan xboley berbahasa inggeris, tp knp kita je yg kne belajar bahasa BI, sedangkan kita berada ditempat sendiri. Tp, bila org luar dtg, xde plk diorg ckp bahasa kita. Bkn di Malaysia shj ada BM, tp kt luar Negara seperti di Australia, Kemboja, Thailand,& Afrika mereka pun ada yg bertutur dlm BM. Maknanya BM ni meluas. Cuma kita je yg xsedar. Xtwu lah nk ckp cmne..dalam byk2 bahasa knp BI yg kne dipelajari di sekolah? Smpai kt IPT pun kne BI lg, Bila masa plk nk n]belajar bahasa arab? Klo lah Allah izinkan penulis mempelajari bahasa arab dr sekolah rendah smpai sekarang, dlm silibus semua ada arab, mesti ayat2 al-quran kini dah dlm ingatan..sbb kita akn phm mkna jika pham bahasa arab..ini tidak, khatam dh byk kali, tp masih x phm mkna..terasa sukarnya hidup dlm keadaan yg blerrr gini..huhuhuhu..rasanya jiwa penulis kini lebih kpd bahasa arab..in Syaa Allah suatu hr nanti penulis akn amik jgk kos full bahasa arab. Nk balas dendam balik masa2 yg telah berlalu itu..huhuhu..(sedih plk)..



Pembentangan di akhiri dgn Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir, Pensyarah UKM dgn tajuk, Menelusuri Kekuatan Tamadun Melayu, Persediaan Mengahrung Cabaran Abad Ke-21.

Secara ringkasnya tajuk ini sgt mencabar bg penulis, & ia jgk membuka minda penulis tentang kajian antarabangsa di mana ramai yg mengkaji tentang kebangkitan & kejatuhan Rom. Bagaimana tamadun ini berkembang, jatuh & sebagainya..byk yg menjadi persoalan. Suatu di sekolah menengah dahulu, teringat penulis kpd seorg guru praktikal yg sgt rapat dgn penulis walaupun hanya 6 bulan penulis bersama dgn beliau. Beliau mengajar matapelajaran sejarah tingkatan 4 ketika itu. Pada masa yg sama, penulis mmg sukar utk mempelajari subjek sejarah yg ada di sekolah, sbb mmg rasa ada kecelaruan & xde hati langsung nk mendalami sejarah. Padahal penulis mmg minat dgn sejarah, tp bila masuk je sejarah dlm buku, penulis akn jd lemah & malas nk belajar. Langsung xde minat nk tgok. Bila membaca pun, kdg2 xsmpai 1 page dah mengantok. Smpailah kedatangan cg praktikal ini yg telah mengubah diri penulis tentang subjek sejarah. Dlm subjek sejarah ni, mmg sejak dahulu penulis byk persoalan yg hendak ditanya kpd mana2 guru sejarah, masa di sekolah rendah pun ada byk jgk nk Tanya, tp bila di Tanya jawapan yg cg bagi adalah cuba kamu baca dulu buku teks tu nanti paham lah…itu je yg selalu penulis kne. Jd sejak kedatgn cg practical ni, penulis jd minat sejarh. Cg ni bersungguh2 mngajar sejarah walaupun ramai pelajar cina ketika itu tidur & tidak mendengar apa yg dikatakan oleh beliau. Bukan pelajar cina shj, malah pelajar melayu & india juga tidur di dlm kelas ketika cg mengajar. Jd, penulis terpikir sendirian, knp cg ni bersungguh2 ye ajar kami sejarah, bila ada yg tidur beliau akn dtg ke meja, & ketuk meja serta menyuruh pelajar yg tidur utk berdiri & baca apa yg ada. Malah, beliau jgk meminta kami utk membaca bila balik rumah & asrama nanti sbb mggu dpn beliau akn buat ujian & akn minx sesiapa shj utk terangkan bab yg diberi tersebut. Mmg dah tabiat pelajar skrg ni, bila kata ada ujian, mmg baca semata2 utk jwb ujian je la.. suatu hari, penulis tgok cg ni kecewa sgt dgn kami semua sbb xde pun yg dpt membentangkan apa yg difahami. Ramai yg ckp langsung xbaca, ada yg baca tp x phm. Ketika itu penulis rasa hendak menangis sgt, & smpai skrg terngiang2 akn cg kesayangan penulis itu. Melihat pd kesungguhan beliau mengajarkan subjek sejarah, penulis pun bertungkus lumus utk membaca & memahami apa yg hendak di smpaikan memandangkan cg ni mmg rapat ngn penulis jd penulis xnk mngecewakan beliau. Pada hari ujian, penulis rasa apa yg penulis baca ketika itu dpt dijwb dgn bantuan Allah swt. Tp, masih xpuas hati. Klo penulis xdpt markah yg tggi maknanya penulis dah menghancurkan hati seorg guru yg tiada penat lelah mengajar kami. Penulis rapat dgn beliau sbb beliau menginap di bilik warden yg mmg bersebelahan dgn bilik penulis ketika itu, di asrama Sek Dato Hj Hussein, Selama, Perak. Di situ jgk la pnulis meluahkan perasaan & melihat kebaikan beliau. Tiada pelajar yg rapat & berkawan dgn beliau, jd penulis dgn rela hati menghulurkan bantuan dlm apa jenis bantuan yg penulis dpt bagi ketika itu. Terkejut jgk pada mulanya yg cg tersebut ditugaskan utk mngajar di kelas penulis. Rasa terkejut jgk sbb beliau mention nama penulis dlm kelas & katanya hanya penulis yg dia kenali. Terharu jgk rasanya. Semasa hari pemberian kertas ujian yg telah disiap tanda & diberi markah, penulis rasa berdebar2 sgt. & merasakan penulis mmg dah low. Sbb semua org dah dpt kertas jwpn, hanya penulis yg xdiberi. Dgn izin Allah, rupa2nya penulis dpt markah yg tertggi ketika itu, walaupun xdpt “A” yg cg harapkan, tp sememangnya penulis dh memberikan senyuman yg bermakna buat cg tersebut. Sampai suatu masa, beliau terpaksa meninggalkan sekolah kami. Penulis adalah antara org yg paling sedih ketika itu, mana tidaknya penulis tidak ada kwn yg serapat cg itu..kwn2 pun xde yg rapat dgn penulis, katanya penulis ini hanya berkawan dgn cg2 disiplin, org2 tua..ya, mmg betul, tp penulis jgk ada hati & perasaan. Xpe, peristiwa itu telah berlalu & penulis masih lagi rindukan cg sejarah yg btol2 memberi smgt kpd penulis utk belajar sejarah hingga kini. Tp sejak beliau pergi, cg sejarah telah digantikan dgn cg baru. Suasana ketika itu mmg tidak semeriah cg sebelum ini, terasa rindu mnggamit jiwa ketika itu. Pada masa itu, markah penulis dlm ujian agak menurun sedikit. Tidak seperti sebelum ini, patah hati bila sesuatu yg kita syg telah pergi meninggalkan kita. Sampai sekrg tiada lg berita tentang cg tersebut. Terima Kasih Cg atas pengorbanan yg anda lakukan kpd saya. Sy xkn lupa jasa cg & sentiasa mendoakan kebahagiaan utk cg. Semoga kita bertemu suatu hari nanti. Aminnnn…:’( 



Maaf termasuk kisah lain sikit, tp disinilah permulaan subjek sejarah menjadi favourite penulis. Agak parah bila time SPM, masih down lg semangat ketika itu, akhirnya memberi kesan kpd result SPM. Huhu..maafkan sy cg..sy sgt rindukan cg..dimana cg skrg ye??:’(

Ada beberapa kebaikan yg telah disenaraikan oleh Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir iaitu
1. Ekonomi global
2. Kesenian
3. Pasaran bebas
4. Agama berkebajikan
5. Kesatuan specific
6. Kepimpinan wanita
7. Kepelbagaian biology
8. Minat kpd agama kembali dtg
9. Pencapaian individu direntang

Banyak lagi perkara yg enjadi persoalan ketika itu, tp penulis pun xtwu nk terangkan cmne. Memandangkan penulis pun masih baru dlm dunia blog ini jd penulis tamatkan di sini dahulu la ye..


Ada 11 resolusi bersama yg telah dibentangkan oleh En. Suhail selaku President GPTD. Antaranya adalah:

1. Usaha mendokumentasikan
2. Penghayatan TAMADUN MELAYU dihayati
3. Penguasaan terhadap pemikiran Malik b Nabi & ibnu Khaldun
4. Citra melayu islam wajar dipromosikan
5. Orang melayu kembali kpd tauhid yg kukuh
6. Menghidupkan semula adat melayu selagi tidak bertentang dgn agama
7. Kembalikan sikap toleransi, org melayu dikembalikan
8. Menggalakkan komunikasi Melayu selain bahasa asing seperti bahasa Turki, Arab, Inggeris dan mana2 bahasa yg dipelajari
9. Bina semula kesepakatan Melayu
10. Penggabungan kepakaran bersama ( lengkap melengkapi antara 1 sama lain)



Jadi rasanya eloklah penulis smbung kisah2 di DBP tu utk episode akn dtg sbb byk sgt yg nk di diceritakan,,klo boley xnk miss mne2 bahagian sepanjang perjalanan ke sana. Nantikan kemunculan kisah2 yg lebih menarik pada halaman yg akn dtg..hehehe..papai..assalamualaikum..:) 


*Maaf memandangkan dtg kesini hanya semata2 utk mdptkan semula semangat yg tenggelam bersama banjir besar yg melanda Pantai Timur baru2 ini, berharap dptlah ilmu yg bermanfaat serta mendapat redha Allah jika membawa misi ke Acheh pd akn dtg ini (bln 6 In syaa Allah)..in syaa Allah..semoga kami berempat kuat semangat utk terus membawa misi rahmatalil a'lamin...amin..aminn..ra rabbal a'lamin..;'(
Segala2nya sgt bermakna bg kami..terima kasih semua..terima kasih abh & mak, serta kak Arina & yg lain2 jgk..syukur kpd-Mu Ya Allah krn telah memanggil & menggerakkn hati kami utk ke sini..Allahu Akhbar..sorry gmbar x cantik sbb enset murah2 je..hehehe..jumpa lagi..:)

Sekian...