salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday 30 April 2014

Jangan Ganggu Pacarku..

Assalamualaikum...& salam satu ummah..



klo ditanya aq marah ke x,mmg tgh marah pun..makin meninggi kemarahan aq..tp,mne boleh smpai jd cmtu kn??klo di ikutkan perasaan marah,mmg syaitan suka sgt...menggigil aq law tahan marah...tp,ble smpai dihina & dimaki..spe yg x marah..penampar sedas aq bg..sorry la ye..bkn sengaja pun..ckp baik2,kan boleh..buat pe nk tengking2 dpn aq..ingt aq xde kje lain ke nk ngadap muka ang 2..by the way...it just dream..hahaha..klakar sungguh..


Dah terjaga 2 jomlah g solat tahajud sama2 ye..Mimpi aq ni slalu yg fight2..hahaha..ada yg kena penumboklah, ada yg kena tendang lah..& mcm2 lagi lah..pape pun ni sume mimpi..nmpk sgt tahan marah dalam hati..kluarkan kemarahan melalui mimpi..hahaha..whatever..yang pasti xde spe lg lah yg kena penampar & penumbok ngn aq selain adik2 aq..maklomlah..kak yong mmg garang kan..nk wt cmne, aq lah abh, aq lah emak..hahaha..Garang bertempat je..xdengar ckp kenalah..haha..

dah2..jgn nk merepek..jom g solat sunat dlu...papai..jana..Assalamualaikum..

BTP BACTH TERTIPU

30 April 2014 Rabu

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.


Ok...hari ni aq nak kongsi sedikit tentang kisah aq & rakan2 sekelas aq yg telah kena bohong pagi td..hahaha...pagi td, kami semua ada Lab Test..mulanya kte ada test 2..aleh2 xjd..so,hanya buat lab test je la..nak dijadikan cerita, dgn bersemangtnya kami sume menjawab 4 soklan yg diberikan..hahaha..abis je jawab, kitowg pun hantar dekat En. Muzammil..masa yg diberikan hanyalah 30 minit..jadi lepas dah antar 2, En. Muzammil pun bg lah jawapan..huhuu..terkejut kami sume..jawapan yg diberikan adalah yg sebaliknya..maknanya soklan ni soklan yg trick sikit..kalau soklan ckp sepatutnya jawapan dy A, tp soklan yg En. Muzammil ni, jawapan dy adalah B..maknanya jawapan yg sebaliknya..sume kami terkena hari ni..huhu..bak kata En.Muzammil "Teknik yg diguna untuk Penghasilan soalan lab test tersebut adalah red herring fallacy (pengalihan isu,mensensasikan perkara tidak penting bagi menutup perkara penting serta memesongka kefahaman dan perhatian), art of con, art of deception" 

En. Muzammil memberikan penerangan disebalik trick yg telah beliau kenakan pada kami semua..


So,sebenarnya pengajaran di sini, kita jgn terlalu amik perhatian pada isu yg diperbesarkan..padahal isu yg kecil 2 sebenarnya adalah yg lebih bermanfaat..sebagai contoh. Zaman kini, kalau kita tgok di akhbar2 tempatan cerita fasal artis2 pasti akn menjadi tajuk yg besar..padahal ia bukan lah penting sgt..sebaliknya cerita fasal kenaikan harga barang atau isu-isu yg lebih bermanfaat hanyalah menjadi tajuk kecil sahaja di dalam akhbar..padahal isu inilah yg lebih bermanfaat utk kita semua..

Muka Afiq yang dalam kebuntuan..ermmm..bler la senang ckp..tp pandai gler..so,wajah x memainkan peranan ye..hehe..


Jadi sebagai umat Islam & pemangkin utk generasi akan datang kita seharusnya peka dengan keadaan sekeliling terutamanya jika melibatkan isu-isu yang penting di dalam negara yang boleh menjamin ekonomi negara atau sesuatu yang boleh menjadi manfaat utk sesebuah negara..kerana kita juga adalah bakal pemimpin akan datang yang akan mencorakkan generasi seterusnya kelak.. Jika kita tidak bermula dari sekarang, jadi bila kita nak mulakn??

So, di sini bukan kita tak boleh amik tahu langsung fasal hiburan. Tapi kita kena lah seimbangkan yang mana dahulu & yang mana kemudian. Yang didahulukan haruslah didahulukan, & yang mana kemudian haruslah dikemudiankan. Maka sebagai remaja ayuh kita bangkit untuk pembangunan ummah bagi menjamin kesejahteraan sekalian alam.

Muka2 yang telah terkena tipu pagi tadi..Aqila & Ima..Bahagia gler deme..yg pasti Ima org terakhir antar kertas..padahal awal2 dah ngusik aq, suh simpan toyol..dy plk yg terkena balik..hahaha..tapi aq x bwk toyol k..dy mmg sje suka kata aq..almaklomlah..aq bukan pandai sgt..hahaha..yg pasti mmg hevok gler class pg td..terbaikkk dr ladang..kih69



Bak kata pepatah seorang buat semua pasti akan kena tanggung. di sini penegasannya adalah beringat-ingatlah sebelum terlambat kerana Mati itu pasti, Hidup in Sya Allah..hehe.walaupun dah lari topik sikit tapi xpelah..mana yg terkeluar dr kepala saya,saya luahkan je lah..untuk peringatan kepada diri sendiri juga yang sering tertipu dengan permainan dunia...huhuhu..semoga kita menjadi teladan kepada generasi akan datang..jadi jom tgok muka2 yang terkena pagi tadi..hehehe..TQ En. Muzammil..U r the best...we will remember it until we die..hehe..sometime my english seen like broken bone, but who care..i’m try my best..hehehe..





















muka zirah yg terlampau happy..kebahagiaan terserlah dengan senyuman dy yg melebar 2..hehe..



wajah2 yang terkena..hahaha..bestkan belajar ngn En,Muzammil dy ske mengimbau kenangan masa dulu2..sbb dy ske cerita pasal sang kancil lah, sang buaya la..sang lembu & macam2 haiwan lagi la..yang pasti tarzan pun ada jgk..termasuk dalam himpunan cerita2 En. Muzammil jgk..haha..(ingat zaman muda2 dlu..mcm lah tua sgt..kih69)
 


 
ok..ni classmate aq nama dy Krutiga..sgt funny & active..& she also the best in everything...jeles i..hehehe..

That Aya..ingat lagi x dgn petua merepek dy 2??haaa dy lah pencetus utama dalam gerakan mencari petua2 pelik..hahaha..baru2 ni dy bagi lagi petua, kalau muka xde bentuk xcntik pakai tudung...yg aq peliknya ada ke muka owg yg x berbentuk??semua berbentuk pe..lau x cmne nk classifikasikan rupa bentuk seseorg 2??ermmm..pikir2 kan lah..hanya Aya je twu muka yg berbentuk 2 mcm mne..

Sekian, terima kasih...i love my classmate...:)

Tuesday 29 April 2014

Jodoh itu kan rahsia Allah...

Assalamualaikum...:)


Jodoh itu kan rahsia Allah...

Sakit kepala bila teringatkan pertanyaan mereka yang bertanya..
Saat hati berkata "INGIN",
Namun ALLAH berkata
"TUNGGU".

Saat AIR MATA harus menitis,
Namun ALLAH berkata,
"TERSENYUMLAH".

Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN",
Namun ALLAH berkata,
"TERUSLAH MELANGKAH".

Saya hanya merancang,
Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.

Malah terbaik.

Bila ummie tanya bila saya nak kahwin...?.
Saya hanya diam tanpa jawapan.

Bila sahabat tanya bila awak nak kahwin...?
Saya senyum sambil jawab, insyaAllah.

Bila saudara tanya bila nak kahwin....?
Saya cakap rahsia....

ye...

"Rahsia...."

Kenapa rahsia...?

Nak kata tak laku,
Saya yang tolak lamaran yang datang.

Nak kata yang datang tak sempurna,
Sempurna ada bonus tambahan lagi.
Rupa dan harta sama seimbang.

Sahabat pula menyindir saya dengan buah durian.;

Sahabat (1):
Awak jangan terlalu memilih buah durian, cepat2 petik nanti orang lain ambik baru melepas.

Jawapan saya:
Buah durian yang betul2 masak akan jatuh sendiri tak perlu nak petik2. Tunggu masa yang sesuai je.

Sahabat (2):
Buah durian dah jatuh pun, awak je yang tak nak kutip, mengada taw..

Jawapan saya:
Cepat sangat buah durian tu jatuh, lagipun bimbang pulak kalau buah durian yang gugur awal tu kualitinya hilang. Lagipulak jatuh pun awal sangat dari tempoh masaknya.

Sahabat (3):
Awak ney, buah durian tu dah tergolek datang kat awak, memang dah betul2 masak dah tu. Awak pilih je yang mana awak nak cuba dulu.

Jawapan saya:
Memang dah masak, tergolek datang tapi betul ker dah masak..?Kadang2 nampak dah masak dari kulit luar, tapi isi dalam tak siapa yang tahu. Don't judge book by its cover:-),..

Teruk betul jawapan 'melarikan diri' saya...

Saya memilih...?

Sudah tentu tidak.

Masih terngiang-ngiang kata-kata dari sebuah pembacaan, masih mengingati setiap bait kata-kata yang dikongsikan dengan teliti.

"Jodoh ini rahsia Allah. Disebabkan ia rahsia, sebab itulah Allah ingin menguji kita sama ada kita menjadi orang yang sabar atau tidak, seorang yang menjaga hati atau tidak, seorang yang memelihara batas-batas pergaulan atau tidak. Allah mahu menguji sama ada kita ini menjadi seorang hamba yang fokus ibadah kepada Allah atau kepada sesuatu yang tidak pasti yang bersifat keduniaan.”

Jodoh ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Daripada saya membazir masa mengotorkan hati
memikirkan lelaki yang belum tentu jodoh saya, lebih baik saya fokus kepada hubungan saya dengan Allah s.w.t.

Saya yakin pabila jodoh saya dah sampai,
Tanpa perancangan saya,
Allah sendiri yang akan aturkan segalanya untuk saya. Pasti.

Jadi buat apa kalau saya tahu perasaan seorang
lelaki terhadap saya sekalipun, sedangkan Allah
swt mungkin telah aturkan jodoh saya 4 atau
5 tahun akan datang.

Jadi tiada gunanya saya mengetahui perasaan
seorang lelaki kepada saya pada waktu ini.

Bukan sombong yer...

Kata sahabat;
Awak tu dah tua takut nanti tak laku pula.

Kata saya;
Kalau dah jodoh pasti bertemu.
Saya serahkan segalanya kepada Allah.
Biar Allah yang aturkan soal jodoh buat saya.

Saya tengok ramai yang bercinta seperti tukar jam tangan..
Bulan pertama jam lain...
Bulan kedua dah tukar jam lain.

Saya harus menjaga diri dari menjadi seperti jam itu. Semoga Allah lindungi saya dalam proses bermujahadah.

Saya tertanya untuk tujuan apa saya perlu tahu perasaan lelaki terhadap saya sedangkan dia masih belum menjadi suami saya.

Kalau dia menyatakan perasaan dia terhadap saya sekarang tetapi tempoh untuk berkahwin itu masih lambat maka Allah akan menarik sedikit nikmat cinta dan sayang itu dari saya. Saya harus kuat.

Ianya ibarat apabila seseorang itu sudah memiliki seutas jam tangan. Tetapi suatu hari ketika dia keluar membeli-belah di sebuah pusat membeli belah, dia terlihat satu jam tangan baru dan dia sangat berkenan pada jam tersebut lalu terus membelinya. Sedangkan dia sudah memiliki jam.

Mengapa dia tidak bersabar dan terlalu mencintai habuan dunia sedangkan mana tahu Allah telah menyimpan seutas jam tangan yang lebih cantik di Syurga nanti berkat kesabarannya yang tidak tamak dengan keindahan dunia.

Saya sedar bahawa soal hati ini perlu diserahkan kepada Allah. Sekiranya saya sendiri yang menguruskan masalah hati ini, maka ia akan bercampur dengan hawa nafsu dan keinginan dunia yang sementara.

Siapa dia yang telah membuat hati saya tertutup...

Dia adalah Muhammad bin Abdullah.
Rasulullah Saw junjungan teragung yang sempurna
akhlak dan ibadahnya.

Kenapa saya tidak menjadikan Rasulullah saw sebagai tauladan?
Kenapa perlu saya jadikan lelaki yang bukan muhrim sebagai ikutan untuk dibawa kesana kemari?
Sedangkan saya tidak tahu syurga atau
neraka bagi lelaki yang saya cintai dalam hubungan tidak halal itu.

Padahal saya telah pasti bahawa Rasulullah saw adalah ahli syurga yang abadi.

Pesanan saya buat hawa,
Jagalah hati.
InsyaaAllah Allah swt akan temukan kita dengan
seorang lelaki yang menjaga hati juga.

Jagalah batas pergaulan.
InsyaAllah Allah swt akan jodohkan kita dengan seorang lelaki yang menjaga pergaulannya dengan
perempuan juga.

Peliharalah hubungan dengan Allah swt.
Mudah-mudahan Allah swt akan memelihara kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad
wa 'ala alihi wa ashaabihi ajma'iin



Sunday 27 April 2014

ISI BORANG KURSUS KAHWIN

27 April 2014 Ahad




Bismillahirrahmanirahim..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hari aq & Aya telah isi borang kursus kahwen..hahaha..xtwu nak ckp cmne..tgok la gambar2 yang telah diambil oleh sahabat aq yang sorg lagi iaitu Ummu..hehe..

Barangsiapa mengawini seorang wanita karena memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan barangsiapa mengawini wanita karena memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan barangsiapa mengawininya karena memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengawini seorang wanita karena bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkahi isterinya baginya.
 (HR. Bukhari)

masa nak isi ni kitowg pandang sesama sniri...btol ke nak isi??ermmm..then bila dah dapat persetujuan kitowg pun terus isi..haha..

Muka serius aku ketika mengisi borang..

Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu redho agamanya dan akhlaknya maka kawinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas. 
(HR. Tirmidzi dan Ahmad)

Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Hai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya." (HR. Ahmad)

kusyuk kawan aku sowg ni main game..Liyana

aku & aya masing-masing x bersuara..tekun mengisi..

Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah benda (perhiasan) dan sebaik-baik benda (perhiasan) adalah wanita (isteri) yang solehah. (HR. Muslim)

Memikirkan apa akan berlaku untuk perjalanan seterusnya..semoga aku & para sahabatku mendapat kejayaan dalam mencari ilmu, perjuangan menegakkan agama Allah serta sentiasa istiqamah dalam melakukan pekerjaan..& dapat menjadi isteri yang solehah bersama pasangan masing2 kelak..


 Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi. (HR. Abu 'Asaakir)

 Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

 Isteri yang paling besar berkahnya ialah yang paling ringan tanggungannya. (HR. Ahmad dan Al Hakim)

 Sesungguhnya wanita seumpama tulang rusuk yang bengkok. Bila kamu membiarkannya (bengkok) kamu memperoleh manfaatnya dan bila kamu berusaha meluruskannya maka kamu mematahkannya. 
(HR. Ath-Thahawi)



Sekian, Terima kasih..winkk3x..

PROGRAM KEMBARA CAKNA 14

27 April 2014 Ahad


Assalamualaikum w.b.t
Selamat bertemu kembali ke siri tinta yang seterusnya. Hari ini saya nak berkongsi tentang kisah pengembaraan saya baru-baru ini. Baru-baru ini saya telah menyertai PROGRAM KEMBARA CAKNA 14 yang telah di anjurkan oleh PERSADA UniSZA. Ramai ahli-ahli PERSADA & SAHABAT PERSADA yang menyertai program ini. Saya adalah orang terakhir daftar. Sudah menjadi kebiasaan saya akan mencukupkan korum sekiranya ada ahli yang tarik diri di saat-saat akhir. HEHEHE..

Ok. Perjalanan bermula dengan menaiki bas UniSZA ke FELDA SELASIH. Masa saya & rakan-rakan sampai di sana, saya lihat telah ramai penduduk kampung yang datang bagi memeriahkan lagi program ini. Bila dah sampai tunggu pe lagi sesi bergambarlah..hehe..Walau apa pun terjadi gambar mesti kena ambil. Sebagai kenangan yang terindah sepanjang hidup..pepatah menyatakan YOU NEVER KNOW UNTIL YOU SEE IT. Ni pepatah saya la kalau dalam permainan chess. hehe..Dah jadi trademark dalam hidup saya dah.

apa yang digosipkan pun saya tak pasti..haha..mcm pujuk si kecik ni pun ada gak..yang pasti Paen bahagia giler bergambar..haha..

hehe..saya tak twu lah masa ni saya tgh cakap pe ngn kwn2 sy..(mksd saya adik2 la..hehe).tekun bnor diowg mendengar..kih69

WE ARE BTP BATCH

Majlis telah dirasmikan oleh YB Kawasan (lupa nama dia, yang pasti saya de tanya sowang mamat ni, nama dia Muslim, pyer la berlagak gila nk mampus..tanya nama YB je pun, ingat nak kt dia ke..huh..boley blah..sakit hati sungguh..tahulah dia 2 jawatan tinggi..sabo je la)..Bila tanya kawan-kawan yang lain diowg sume tak ingat nama YB tu.. owh..Lupa pula nak perkenalkan Pengerusi PERSADA, kalau tak silap saya dengar nama dia Arif. Ketua Belia kat Felda Selasih ni saya tak ingat juga nama dia...hehe..sorry..

YB & Arif serta pengerusi program, Nabila


Antara kawan-kawan kelas saya yang menyertai aktiviti gotong-royong ni adalah, IMA, AYA, FARAHANIM, SYIDA, SYAFIKAH (KECIK), ARIYA, ASLEYNI, PAEN, SYAHIRAH, & AMIRA.

All this girl was from my class..


Aktiviti pertama saya adalah penuhkan perut dulu. Pagi-pagi dah makan nasi lemak dengan kuah sambal yang manis...huhu..(duk Ganu mmg kena makan yang manis2 je) ..lepas semua selesai makan, kami pun menunggu majlis perasmian daripada YB tadi 2 dengan menanam pokok manggis sebagai simbolik kepada program gotong-royong ini. 

YB dibantu pleh ketua belia untuk tanam pokok manggis.

Kemudian saya & rakan-rakan meneruskan aktiviti dengan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan pada awal-awal program tadi. Saya kumpulan 2. Jadi kumpulan pertama kena mengecat pagar batu Masjid, manakala kumpulan 2 pula kena mengemas dewan dengan menyusun buku-buku di dalam libry lama.


membawa buku2 lama dari tgkat atas ke bawah.

Masa saya tengah semangat mengangkat almari, kerusi, meja & buku-buku lama, tangan saya tetiba rasa sakit, siap bunyi prakkkk lagi..Saya dah cuak dah..Then saya stop kejab, tiba-tiba saya rasa sengal semacam je tangan ni..tgok2 dah biru dah urat..huhuu..saya lupa yang tangan saya bekas retak masa jatuh kecik-kecik dulu,so bila dah buat kerja tu bukan nak ingat sangat..tapi kalau dekat rumah memang mak selalu ingatkan lah..”jaga tangan ang tu kak”..huhu..bila mak jauh so xde spe la nak ingatkan dah..so, kawan-kawan saya pun suruh saya duk tepi & rest dulu. Kemudian sowg mak cik ni dtg n minx tlong sowg dak laki ni g beli minyak panas kat kedai. So, saya mak cik tu lah yang tolong urutkan saya pula..ingat g sne tolong diowg, aleh2 diwg pula tlong saya..huhu..sorry sangat2..benda x dijangka nak jadi.

gini lah budak2 zaman sekarang..enset sentiasa ditangan..hahaa..

Selesai semua aktiviti mengemas libry, saya & kawan tolong pula kawan-kawan kami yang belum siap mengecat pagar. Kemudian kami di jamu pula dengan air kelapa muda..huhu..nyammmy la..meme favorite ambo lah air kelapo tuh..Then kami juga dihidangkan dengan jamuan tengah hari..perhhh...dapat makan budu sedap gila...best sungguh..(bila ingat balik fasal Muslim ni, rasa nak bagi penumbok je sedas..menyampah pula hati ini)..Selesai makan, saya & rakan-rakan telah berehat di rumah rehat di Felda tersebut..Rumahnya best,walaupun kotor sikit..mungkin sebab tak de orang datang cleankan kut..

pagar yang di cat oleh Aya..(macam ada yang x cat je..comot btol Aya cat..hehehe)


Lepas solat, Kami semua keluar rumah untuk ke lata (pe ntah nama tempat 2).. Kena naik lori dengan memakan masa selama 15 Minit melalui kawasan kebun kelapa sawit. Ini satu lagi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Abis muka kena sepak dek pelepah kepala sawit 2. Nasib baik saya pakai topi dengan kain tuala kecil yang saya bawa. Apa lagi bagi perlindungan semaksimum mungkin la kat muka. Hahaha.. Kawan-kawan saya tak habis-habis gelak. Rasanya dari mula perjalanan atas lori tu sampai nak dekat sampai kat lata 2 semua duk gelak lagi.

semasa atas lori..

pelepah kelapa sawit ni lah yang telah mencetuskan gelak tawa kami semua..sbb sekali kena bidas..perhhh..hanya tuhan je yang tahu betapa sedapnye kena penampar..hehehe..

Masa tiba kat lata 2 ingatkan kawasan nya best sangat. upenye biasa2 je..seram pun ada gak. Bilik persalinan dia lagi seram..huhu..saya memanfaatkan masa yang ada dengan berlatih berenang. sebab dah lama saya tak berenang even sungai sebelah rumah je..sebab sungai yang kat rumah 2, diowg dah korek sebab nak lebarkan lagi sungai yang sedia ada. jadi saya terpaksa berlatih berenang dengan menuju ke lata kat tempat saya. Tapi paham2 je la..kalo lata kat tempat saya 2 sentiasanya ramai org.. Malu la plak...ramai lelaki lagi..huhuu..x sanggup saya..jadi masa ni lah saya berendam puas2..tapi yang x bestnya saya x bebas sbb kawasan dia sempit sangat n kotor. Takut gak t duk berendam lama2 tiba2 ada e-coli pula..maklomlah dah belajar fasal bacteria ni, sume benda nk buat kena berhati2..huhu..

saya ni xley tgok air,sampai je kat lata, terus terjun dalam air..ni tgkat yang kedua..semua ada 7 tgkat..nak naik lagi atas tapi macam bahaya je sbb batunya licin sgt n seram..

Habis je mandi saya terus naik & salin pakaian kat tempat seram 2..then bergambar ramai2 sebelum pulang semula ke tempat utama kami naik mula2 tadi 2.. dalam perjalanan balik ni sekali lagi kebun kelapa sawit digegarkan dengan jerit & gelak ketawa sahabat2 saya tadi..hahaha..pape pun mmg best sangat lah program ni.. dalam bas, saya duk sowg2 n x tunggu spe2 dah terus lelapkan mata sebab dah letih sangat..then saya sedar2, saya dah pun sampai di UniSZA..hehehe..that a long story from my heart..papai..enjoy your life & be strong to learn more about my next journey.


Sekian , Assalamualaikum..

Thursday 24 April 2014

PETUA AYA YANG PALING PELIK DI DUNIA..(*^_^*)v

24 April 2014 Khamis

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera.



Ok bertemu kembali kita pada tinta kali ini. Hari ini saya nak berkongsi sedikit kisah tentang seorang kawan aka classmate saya. Dia ni nak kata pelik, xdela pelik banyak sangat, tapi ada la juga sikit. Hehehe. Cerita ni bermula ketika saya & budak-budak class saya buat experiment Gravimetric determination of sulfate untuk subjek kimia organik. Dalam tengah-tengah serabut buat kerja amali tu, sorang kawan saya ni (adik la sebab saya ni lebih berusia dari diorang semua)..hehe... panggil saya & cakap sesuatu yang menarik pada pandangan saya. Nama dia Akilla aka Noriko..hehe..lebih dikenali sebagai Guru Besar. Dia cakap dekat saya “kak Mun nak tahu tak petua Aya pe??” saya pun tertanya-tanya lah petua pe la yang dimaksudkan. “petua pe Killa??”

Sebelum tu saya nak kenalkan kawan saya yang bagi petua tu, nama dia Hidayah. Kitowang dalam kelas panggil dia Aya. Camne saya nak cerita ye?? Sebab kejadian ni terjadi tiba-tiba & membuatkan saya gelak besar sampai experiment pun tak tahu berjaya ke tak. Hahaha..

Inilah si pemilik petua tu..aya kawaii..


Lepas saya tanya Akila petua pe yang si Aya tu bagi dekat dia, Akila telah menyenaraikan beberapa petua yang sangat kelakar bagi saya & semua yang mendengar. & setelah dikumpul semua petua Aya dari semua kawan-kawan yang kenal dengan Aya tadi & yang pernah dengar petua dia tu saya pun dapat menyenaraikan 10 jenis petua yang diamalkan oleh Aya dari kecil sampai sekarang. Jom kita ikuti petua Aya ni..

Antara petua Aya yang dia bagi adalah

1)    Kalau rasa nak demam, kena makan maggi @ benda pedas (cili)..(mula-mula saya dengar ingatkan kena makan panadol ke pape ubat la, upenya mudah je makan maggi je si Aya ni..hahahaha.mesti stok maggi banyak ni..dh ubat xyah beli..haha)
2)    Kalau nak turunkan berat badan sebanyak 2.5kg, kena lari 1 fakulti Tembila, 1 round je pastu balik naik bas. (ada ke patut lepas lari balik naik bas, kalau bas xde masa tu tunggu la dia sampai ada bas esoknya..kot..hahahaha)
3)    Jangan gosok perut, nanti kita akan rasa lapar..(krekkkk..krekkk..si Akila tu dia gosok perut dia, pastu si Aya ni boley plk bagi statement camtu...mne la dy tawu yang kila 2 lapar???kut Killa dah kenyang ke, gosok perot gak kn..hahaha)



4)    Kalau tak makan nasi waktu pagi nanti pening..(maknanya makanan lain xley makan la kn??kne makan nasi je, lau nasi xde masa 2 rasanya Si Aya terus pengsan agaknya)
5) Guna Filter funnel + filter paper untuk tengok mulut dia besar ke tak..(ni lagi krekkkkkkkkk...ukur mulut guna alatan makmal)hahaha..pelik3x

inilah yang dia guna nak ukur mulut dia tadi..haha.

6)    Jangan hisap rokok, kalau tak nanti putus relationship sampai bila-bila..(ni untuk BF dy je la)..
7)    Kalau nak hilangkan stress, makan pastu tidur & jangan buat pape dah pastu..(ulang sampai hilang stress..selagi x hilang stress buat la banyak2 kali petua dia tu)
8)    Kalau nak lena (tidur mati) call BF dia, compom lepas tu x ingat dunia dah..sekeliling jadi gelap sbb Aya dah tidur..hahaha..so lepas ni semua call BF dia k...lalalala)
9)    Umur Aya sepanjang hari, minggu, bulan, tahun, abad, dekad & alaf tetap mantain 16 tahun je..xkan meningkat..tua pun idok, muda sangat pun idok..kekal 16 tahun sampai bila2..hahaha..(dia je nak muda..org len x boleh)..



10) Kalau nak tahu sama ada berat kita turun ke tak, bila kita joging, tgok vibration dekat pipi. Kalau lagi banyak vibrate lagi bagus sebab ada pengurangan berat badan...kalau x vibrate x berkesan..kena joging hentak kaki dengan sekuat tenaga + kencang + bersemangat supaya pipi vibrate...(kreeeekkkkk)
11) Dulu Aya kurus, Aya cantik,..Aya cantik, Aya cantik...sekarang Aya sentiasa awet muda..(ermmm ni kena dy yang cakap, sbb intonasi suara yang dia ckp 2 mmg klakar gila..dah mcam pantun pun ada gak..pantun yang diulang2)hehehe..



12) Masa Aya kecil, Aya tgok iklan mesin untuk kurus...lepas tu Aya tgok mak Aya basuh baju guna mesin basuh.. so, Aya pun aplikasikan mesin tersebut dengan menyandarkan perut Aya dekat mesin basuh tu..tp x berkesan la sbb Aya mmg kurus dah masa 2..(nampak x yang dia nak ckp dy kurus)..hahaha..ada double meaning di situ..orang yang faham je tahu makna di sebalik kata2 Aya 2..




113)Petua seterusnya adalah..Jangan geletek/cucuk pinggang Aya..nanti Aya kurus..(kreekkkkk)...xpaham aq..setiap hari ada je petua pelik2 yg dy kluarkan..hahaha..

NI adalah senarai petua Aya yang entah dari mana dia dapat saya pun xtahu..yang pasti saya & kawan semeja makmal tadi gelak pecah perut..klo dapat masuk panggung, mahu pecah panggung plk jadinya..hahaha..& ada lagi tagline Si Aya ni..

“Tapi,Betul Lahhhh..Hehehehe..”
(AYA SUKA CAKAP DOUBLE MEANING..MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI)..Fikir-fikirkan lah..hahaha..& selamat beramal lah Aya ye..hahahaha..

Sekian untuk perkongsian yang sangat pelik ini dari saya..tunggu n lihat mangsa seterusnya untuk dianalisis teorinya..hehehe..

cerita ini sesuai untuk tatapan semua lapisan umor..xde kne mngena antara yang hidup & yang telah meninggal dunia..Assalamualaikum..hehehe..

Wednesday 23 April 2014

GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD)

22 April 2014 Selasa


Ummu Umairah & Khadijah , My classmate yang bersatu untuk mengikuti aktiviti yang akan dilaksanakan nanti oleh GPTD.


Assalamualaikum semua kepada sahabat2 pembaca & kwn2 alam maya sekalian..
Saya bukanlah spe2 yang harus dikenali tapi saya adalah insan yang lemah & banyak cacat celanya yang hanya mempunyai satu niat iaitu berubah kerana Allah taala...Ok..hari ni saya mempunyai sedikit masa terluang sebelum saya menyambung kerja-kerja/assignment saya yang masih banyak tertangguh..

My best classmate (Noraniza) aka kwn baik yang mempunyai misi yang sama.


Hari ini setelah dianalisis segala hari, barulah saya dapat menyambung tinta saya. Saya cuma ingin berkongsi sedikit perjalanan hidup saya setelah bergelar graduan di UniSZA Kampus Tembila, Besut. Pertama sekali saya ingin berkongsi tentang program yang saya  sertai baru-baru ini di Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Pada hari tersebut saya dengan sebulat suara, niat yang satu ingin menjadi ahli GPTD @ lebih dikenali sebagai Grup Penjejak Tamadun Dunia. Grup ini telah diasaskan oleh ayah Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Saya tertarik dengan perjalanan dahwah Ahmad Ammar sehinggakan saya tersedar yang selama ini banyak salah silap saya & banyak kerja yang telah menyimpang dari landasan sebenar kita hidup di dunia ini. Apabila kejadian ini berlaku ketika saya sedang mencari cinta Allah, barulah saya tahu betapa jauhnya sasaran saya sebelum ini yang masa kecil saya dulu saya telah membuat catatan “Apa akan saya buat untuk 20 tahun akan datang”.

En. Suhail Ahmad, president GPTD & Isteri yang turut hadir dalam melaksanakan program jelajah GPTD 2014


Baru-baru ini, masa saya cuti pertengahan semester, saya cuba mencari semula catatan diari saya masa saya sekolah rendah. Alhamdulillah, saya berjaya menemuinya. Dalam mencari catatan saya itu saya terselak catatan saya 20 tahun akan datang. Jadi di situ sebenarnya saya telah membuat matlamat sebenar saya sebelum ini. Sungguh rugi & sedih kerana dalam banyak-banyak senarai catatan tersebut hanya ada beberapa sahaja yang saya berjaya kecapi. Antaranya adalah hendak menjejakkan kaki ke Negara China, masuk ke universiti, dan beberapa lagi matlamat saya yang saya sendiri simpan. Jadi rupa-rupanya banyak lagi kerja saya kena buat untuk mencapai matlamat saya seterusnya.

lupa pula nama En ni, tapi beliau dalam grup Cheng Ho. Ini memang best. Teruja aku nak jejak semula ke China. Beliau dapat menemui generasi Laksamana Cheng Ho. Hebatkan.


Berbalik semula pada GPTD, saya telah mendaftar menjadi ahli GPTD bersama 70 orang lagi sahabat-sahabat UniSZA yang lain. Bersyukur saya kerana matlamat saya untuk menjadi pengkaji sejarah sedang dalam proses menuju pada landasan yang betul. Sebelum mendaftar menjadi ahli GPTD, saya telah didedahkan dengan matlamat sebenar penubuhan GPTD tersebut. Agak menakutkan pada mulanya saya dengar sebab ia lebih kepada program membina sahsiah diri selain tujuan untuk mengkaji tamadun-tamadun Islam yang gemilang suatu ketika dahulu. Apabila saya telah mendaftar menjadi ahli GPTD, dengan automatiknya saya adalah Relawan/sukarelawan yang akan dihantar untuk misi kemanusiaan di mana-mana negara yang sedang berlaku bencana atau lebih tepat lagi misi bantuan kemanusiaan ke Syria,Palestin, Turki & mana-mana negara yang memerlukan bantuan kami semua. Saya rasa berbangga sekiranya saya dapat mati syahid sebagaimana Ahmad Ammar yang telah mati syahid di Turki ketika beliau sedang melintas jalan untuk mengajar pelajar-pelajar baru tentang sifat ikhlas. Topik yang sangat terkesan pada diri Ahmad Ammar & saya sendiri. saya terfikir sendiri, ikhlas kah saya sebelum ini? Banyak persoalan yang bermain di fikiran ketika ini.

70 orang peserta berbaris untuk mendaftar sebagai ahli GPTD sambil menunggu pasport siap di buat.


Jadi setelah mendaftar menjadi ahli GPTD saya rasa apa pun yang berlaku lepas ini biarlah Lillahi Taala. Semuanya daripada Allah. Biarlah apa orang nak cakap yang pasti harapan & niat saya adalah ingin mengembalikan semula kegemilangan umat Islam terutama remaja yang semakin hari semakin terpesong. Tak sabar rasanya ingin merasai bagaimana program yang akan dijalankan kepada ahli-ahli baru GPTD ini. Syarat yang harus ada pada ahli mestilah tahu berenang, memanah & berkuda. Rasanya kalau fasal berenang in Sya Allah saya dah boleh, tapi mungkin kena berlatih lagi dengan yang terlatih. Memanah & berkuda ni yang saya rasa kecut perut sikit. Hal ini kerana, tangan saya pernah retak & masih terasa sakit jika mengangkat barang yang berat, jadi bagaimana saya nak pegang batang pemanah tu. Sebelum ni saya pernah nak belajar memanah masa di sekolah, tapi disebabkan kecederaan pada tangan saya jadi saya lupakan hasrat tersebut dan memilih catur untuk permainan dalam hidup saya.

Walau apa pun yang berlaku saya tetap dengan misi saya ini. I’m never give up until the end of my life. Misi yang saya akan tempuh ini rasanya sangat berat & besar tanggungjawabnya. Bersesuaianlah dengan matlamat sebenar hidup di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah & merantau mencari ilmu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk ummat sejagat. In Sya Allah doakan saya selamat dalam menempuh misi mencari redha Ilahi. “Mati itu pasti, Hidup In Sya Allah”. Jika ditakdirkan saya mati di negara yang saya jejaki itu yang mempunyai perkuburan para sahabat-sahabat nabi, srikandi-srikandi Islam, semadi kan lah saya di situ, usah dibawa pulang jasad saya ke Malaysia. Saya ingin bersama jasad-jasad para mujahid & mujahidah di sana. Cuma doa kalian yang saya pinta supaya diampunkan salah silap saya & di halalkan segala harta benda yang pernah saya ambil @ yang tidak sengaja di ambil. Salam maaf & rindu dari saya, “bakal jenazah”.

This is our last moment with Ahmad Ammar sister, Kak Nadzifa with baby boy and girl. Baby tu sangat cute & taff..haha..

MOTTO GPTD:- MENJEJAK.MENELADANI.MEMIMPIN


Sekian sudah perkongsian saya pada hari ini. Selamat menyambung kerja, jumpa lagi & Assalamualaikum..

Sunday 20 April 2014

3 WAKTU DILARANG MANDI



kepada yang suka mandi malam....
jom sedut Ilmu

3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Dikatakan :- ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mngetahui

TARIKH PENTING TERDEKAT:
Isra' wal Mi'raj🌓
- 27th Mei 2014
- tuesday.
Nisfu Sya'ban🌓
- 13th June 2014
- friday.
Ramadan🌓
- 28th June 2014
- saturday.
Lailat-ul Qadr🌠
- 17th July to 26th July 2014
- thursday to saturday
Eid-ul-fitr🌠
- 28th July 2014.
- monday
First day to hajj KT 1
- 27 Ogos 2014
- wednesday
Eid-ul-Adh🐄🐐🐪
- 4th October 2014.
- saturday
Terima khasih dan Share dari :- Mardielara Lara (https://www.facebook.com/asmalara)
melalui Razali Mokhtar.