salam sayang dan rindu dari saya

Sunday, 27 April 2014

PROGRAM KEMBARA CAKNA 14

27 April 2014 Ahad


Assalamualaikum w.b.t
Selamat bertemu kembali ke siri tinta yang seterusnya. Hari ini saya nak berkongsi tentang kisah pengembaraan saya baru-baru ini. Baru-baru ini saya telah menyertai PROGRAM KEMBARA CAKNA 14 yang telah di anjurkan oleh PERSADA UniSZA. Ramai ahli-ahli PERSADA & SAHABAT PERSADA yang menyertai program ini. Saya adalah orang terakhir daftar. Sudah menjadi kebiasaan saya akan mencukupkan korum sekiranya ada ahli yang tarik diri di saat-saat akhir. HEHEHE..

Ok. Perjalanan bermula dengan menaiki bas UniSZA ke FELDA SELASIH. Masa saya & rakan-rakan sampai di sana, saya lihat telah ramai penduduk kampung yang datang bagi memeriahkan lagi program ini. Bila dah sampai tunggu pe lagi sesi bergambarlah..hehe..Walau apa pun terjadi gambar mesti kena ambil. Sebagai kenangan yang terindah sepanjang hidup..pepatah menyatakan YOU NEVER KNOW UNTIL YOU SEE IT. Ni pepatah saya la kalau dalam permainan chess. hehe..Dah jadi trademark dalam hidup saya dah.

apa yang digosipkan pun saya tak pasti..haha..mcm pujuk si kecik ni pun ada gak..yang pasti Paen bahagia giler bergambar..haha..

hehe..saya tak twu lah masa ni saya tgh cakap pe ngn kwn2 sy..(mksd saya adik2 la..hehe).tekun bnor diowg mendengar..kih69

WE ARE BTP BATCH

Majlis telah dirasmikan oleh YB Kawasan (lupa nama dia, yang pasti saya de tanya sowang mamat ni, nama dia Muslim, pyer la berlagak gila nk mampus..tanya nama YB je pun, ingat nak kt dia ke..huh..boley blah..sakit hati sungguh..tahulah dia 2 jawatan tinggi..sabo je la)..Bila tanya kawan-kawan yang lain diowg sume tak ingat nama YB tu.. owh..Lupa pula nak perkenalkan Pengerusi PERSADA, kalau tak silap saya dengar nama dia Arif. Ketua Belia kat Felda Selasih ni saya tak ingat juga nama dia...hehe..sorry..

YB & Arif serta pengerusi program, Nabila


Antara kawan-kawan kelas saya yang menyertai aktiviti gotong-royong ni adalah, IMA, AYA, FARAHANIM, SYIDA, SYAFIKAH (KECIK), ARIYA, ASLEYNI, PAEN, SYAHIRAH, & AMIRA.

All this girl was from my class..


Aktiviti pertama saya adalah penuhkan perut dulu. Pagi-pagi dah makan nasi lemak dengan kuah sambal yang manis...huhu..(duk Ganu mmg kena makan yang manis2 je) ..lepas semua selesai makan, kami pun menunggu majlis perasmian daripada YB tadi 2 dengan menanam pokok manggis sebagai simbolik kepada program gotong-royong ini. 

YB dibantu pleh ketua belia untuk tanam pokok manggis.

Kemudian saya & rakan-rakan meneruskan aktiviti dengan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan pada awal-awal program tadi. Saya kumpulan 2. Jadi kumpulan pertama kena mengecat pagar batu Masjid, manakala kumpulan 2 pula kena mengemas dewan dengan menyusun buku-buku di dalam libry lama.


membawa buku2 lama dari tgkat atas ke bawah.

Masa saya tengah semangat mengangkat almari, kerusi, meja & buku-buku lama, tangan saya tetiba rasa sakit, siap bunyi prakkkk lagi..Saya dah cuak dah..Then saya stop kejab, tiba-tiba saya rasa sengal semacam je tangan ni..tgok2 dah biru dah urat..huhuu..saya lupa yang tangan saya bekas retak masa jatuh kecik-kecik dulu,so bila dah buat kerja tu bukan nak ingat sangat..tapi kalau dekat rumah memang mak selalu ingatkan lah..”jaga tangan ang tu kak”..huhu..bila mak jauh so xde spe la nak ingatkan dah..so, kawan-kawan saya pun suruh saya duk tepi & rest dulu. Kemudian sowg mak cik ni dtg n minx tlong sowg dak laki ni g beli minyak panas kat kedai. So, saya mak cik tu lah yang tolong urutkan saya pula..ingat g sne tolong diowg, aleh2 diwg pula tlong saya..huhu..sorry sangat2..benda x dijangka nak jadi.

gini lah budak2 zaman sekarang..enset sentiasa ditangan..hahaa..

Selesai semua aktiviti mengemas libry, saya & kawan tolong pula kawan-kawan kami yang belum siap mengecat pagar. Kemudian kami di jamu pula dengan air kelapa muda..huhu..nyammmy la..meme favorite ambo lah air kelapo tuh..Then kami juga dihidangkan dengan jamuan tengah hari..perhhh...dapat makan budu sedap gila...best sungguh..(bila ingat balik fasal Muslim ni, rasa nak bagi penumbok je sedas..menyampah pula hati ini)..Selesai makan, saya & rakan-rakan telah berehat di rumah rehat di Felda tersebut..Rumahnya best,walaupun kotor sikit..mungkin sebab tak de orang datang cleankan kut..

pagar yang di cat oleh Aya..(macam ada yang x cat je..comot btol Aya cat..hehehe)


Lepas solat, Kami semua keluar rumah untuk ke lata (pe ntah nama tempat 2).. Kena naik lori dengan memakan masa selama 15 Minit melalui kawasan kebun kelapa sawit. Ini satu lagi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Abis muka kena sepak dek pelepah kepala sawit 2. Nasib baik saya pakai topi dengan kain tuala kecil yang saya bawa. Apa lagi bagi perlindungan semaksimum mungkin la kat muka. Hahaha.. Kawan-kawan saya tak habis-habis gelak. Rasanya dari mula perjalanan atas lori tu sampai nak dekat sampai kat lata 2 semua duk gelak lagi.

semasa atas lori..

pelepah kelapa sawit ni lah yang telah mencetuskan gelak tawa kami semua..sbb sekali kena bidas..perhhh..hanya tuhan je yang tahu betapa sedapnye kena penampar..hehehe..

Masa tiba kat lata 2 ingatkan kawasan nya best sangat. upenye biasa2 je..seram pun ada gak. Bilik persalinan dia lagi seram..huhu..saya memanfaatkan masa yang ada dengan berlatih berenang. sebab dah lama saya tak berenang even sungai sebelah rumah je..sebab sungai yang kat rumah 2, diowg dah korek sebab nak lebarkan lagi sungai yang sedia ada. jadi saya terpaksa berlatih berenang dengan menuju ke lata kat tempat saya. Tapi paham2 je la..kalo lata kat tempat saya 2 sentiasanya ramai org.. Malu la plak...ramai lelaki lagi..huhuu..x sanggup saya..jadi masa ni lah saya berendam puas2..tapi yang x bestnya saya x bebas sbb kawasan dia sempit sangat n kotor. Takut gak t duk berendam lama2 tiba2 ada e-coli pula..maklomlah dah belajar fasal bacteria ni, sume benda nk buat kena berhati2..huhu..

saya ni xley tgok air,sampai je kat lata, terus terjun dalam air..ni tgkat yang kedua..semua ada 7 tgkat..nak naik lagi atas tapi macam bahaya je sbb batunya licin sgt n seram..

Habis je mandi saya terus naik & salin pakaian kat tempat seram 2..then bergambar ramai2 sebelum pulang semula ke tempat utama kami naik mula2 tadi 2.. dalam perjalanan balik ni sekali lagi kebun kelapa sawit digegarkan dengan jerit & gelak ketawa sahabat2 saya tadi..hahaha..pape pun mmg best sangat lah program ni.. dalam bas, saya duk sowg2 n x tunggu spe2 dah terus lelapkan mata sebab dah letih sangat..then saya sedar2, saya dah pun sampai di UniSZA..hehehe..that a long story from my heart..papai..enjoy your life & be strong to learn more about my next journey.


Sekian , Assalamualaikum..

No comments: