salam sayang dan rindu dari saya

Friday 14 November 2014

Niqob Menarik Perhatian Lelaki??


Assalamualaikum w.b.t
Pagi ni penulis nk share sikit lagi pasal berpurdah..utk maklumat lebih lanjut boleh ke blog 
http://www.myilham.com/blog/2012/01/niqobis-sebenarnya-lebih-menarik-perhatian-lelaki/




Kesejukan musim syita’ terasa menggigit tulang. Sebelum merebah tubuh ke tilam, tergerak untuk menghasilkan satu catatan. Ideanya daripada soalan seorang pembaca tentang wanita berpurdah, atau gelaran manjanya ‘niqobis’.

Sebelum itu, sekiranya anda belum membaca artikel ini, saya persilakan kalian membacanya terlebih dahulu, kerana sebahagian besar mengenai purdah telah satu catatkan di sana.

Saya percaya, kalian tentu pernah mendengar pernyataan seperti ini :

” Orang pompuan yang pakai purdah, sebenarnya lagi kuat menarik perhatian lelaki. Sebabnya, orang lelaki mesti nak tengok apa benda di sebalik purdah tu. Kadang-kadang, tengok mata je orang laki boleh angau tau..”

Sebenarnya, kita boleh pandang pernyataan ini dari dua sudut berbeza.

Pertama : Niqobis yang bersalah kerana menarik perhatian lelaki. Dalam uruf di Malaysia yang mana golongan niqobis adalah ‘janggal’, maka tujuan memakai purdah supaya ‘tidak menarik perhatian’ seakan tidak relevan. Golongan niqobis juga akan menjadikan ramai pak-pak ustaz terlucut kopiah mereka, katanya.

Kedua : Lelaki yang tidak pandai mendisiplinkan pandangan mata. Menganggap yang haram dipandang itu hanya wanita yang tidak menutup aurat, sebaliknya niqobis yang solehah lagi ayu berpurdah itu boleh dipandang sesuka hati. ‘ Alah, bukan nampak apa pun’. Itu kata mereka.

Kalau saya mudah saja, saya lebih cenderung mengambil sudut pandang kedua, kerana ternyata sudut pandang pertama hanya akan diambil oleh orang-orang yang ada penyakit dalam hati mereka.

Kita kena faham, niqobis ada yang pakai purdah kerana berpegang akan kewajipannya. Ada juga yang pakai purdah sebab nak ambil fadhilat dan pahala sunat. Yang penting, kedua-duanya nak buat amalan baik. Mahu meng’upgrade’ diri menjadi mukminah yang lebih baik.

Asal mereka ikhlas dan betul dengan pemakaian mereka, apa pula hak kita untuk meletakkan ‘dosa’ dari kelemahan kita ke atas bahu mereka?
Ini suatu penyakit juga.

” Salah niqobis la, goda iman ana. Ana kalau orang perempuan pakai skirt, tak pakai tudung, ana memang tak pandang sama sekali. Tapi bila jumpa yang pakai purdah, cair ana “

Eh yang salah itu si pemakai purdah atau ‘anta’ yang tidak reti jaga pandangan mata?

Ada pula yang bernafsu pelik. Tengok perempuan berpurdah, katanya ‘lain macam’.

Saya jawab mudah sahaja.

Bab jaga pandangan mata ini, jangan ingat peha wanita sahaja yang haram tengok. Tapi kalau tengok LEMBU sekalipun beserta syahwat, hukumnya juga haram. Jadi kalau tengok lembu pun haram, apa lagi dengan tengok orang perempuan pakai purdah?

Jadi kembali kepada arahan Allah dalam surah An-Nur. Arahan menjaga pandangan. Jangan pandang lain jantina melainkan dengan hajat. Nak berjual beli ke, nak bermesyuarat ke, nak berurusan ke, ataupun kalau nak melamar.

Melamar?

Yes. Ini cerita lain. Kalau merasa tertarik dengan niqobis dengan tarikan yang tidak dirasai jika memandang wanita-wanita lain, dan tarikan itu pula semata-mata kerana berkenan untuk dijadikan isteri, maka tidaklah menjadi masalah untuk masuk meminang si niqobis tersebut.

Bahkan sangat bergaya jika lelaki mengambil tindakan murni sedemikian. Rata-rata yang saya perhatikan, niqobis sebenarnya lebih mudah menerima lamaran lelaki, syaratnya lelaki itu mestilah soleh dan berani bertemu keluarganya. Mereka bukan jenis materialistik.

Jadi saya sarankan, kalau tertarik untuk dibuat isteri, carilah jalan ke arahnya dengan cara yang makruf.

Tapi jika berbalik kepada persoalan di atas, ‘jiwa kacau’ sebab dia pakai purdah, sebab dia pelik daripada yang lain, sebab dia punya tarikan ‘luar biasa’ dan sebagainya, nasihat saya ; check semula iman dalam diri kalian wahai para pemuda. Jangan kongkong orang lain untuk melakukan amal soleh dengan dakwaan-dakwaan yang berpunca dari kelemahan jiwa kita sendiri.

Cuma ingat, saya tidak menafikan kesilapan beberapa kerat niqobis yang mengundang kepada permasalahan seperti itu. Jadi, baca juga artikel saya tentang hat-hati berpurdah di sini.

Sekadar satu perkongsian. Moga bermanfaat.

Sekian.


HUKUM BERPURDAH ON OFF

15 November 2014 Sabtu

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya dah lama penulis nk berhijrah...cuma menanti & mengumpul kekuatan utk terus melangkah..in syaa Allah..harinya akan tiba..ni penulis nk kongsi sikit pendapat tentang Hukum Berpurdah On Off..

Sebenarnya saya sudah banyak menulis tentang purdah. Boleh diselongkar stor artikel yang lama.

Tentang tajuk ini, saya sekadar mahu mencoret ringkas pandangan kecil saya.
Saya percaya, jika ditanya pada setiap orang tentang situasi ini, pasti mereka akan memberikan pandangan yang berbeza-beza.

Contoh :
” Hari tu pakai purdah, tup-tup hari ni dah tak pakai. Siap bersolek bagai. Itulah manusia..hmm “

” Eh bukan ke dia ni pakai purdah? Dalam gambar ni tak pakai pulak. Balik Malaysia terus bukak purdah la ni. Macam tu baik tak payah pakai “

” Kalau nak pakai, kena pakai betul-betul. Jangan kejap pakai kejap tak pakai. Bila dah pakai, kena pertahankan sampai mati “

Banyak lagilah komen-komen lain dengan nada yang pelbagai.
Semuanya kerana fenomena di kalangan segelintir muslimat yang kadangkala dilihat berpurdah, dan kadangkala tidak. Juga yang dahulunya berpurdah, sekarang tidak.

FAHAMI KHILAF
Terlebih dahulu, mari kita fahami tentang khilaf. Apa itu khilaf?

Khilaf adalah perbezaan pendapat di kalangan ulamak kerana tidak adanya dalil yang benar-benar sahih dan menunjukkan kepada hukum tersebut. Khilaf ini terjadi dalam bab Fiqh, tetapi tidak dalam bab Akidah. Natijahnya membawa kepada pengamalan yang berbeza-beza tetapi saling berlapang dada. Boleh jadi yang satu betul, boleh jadi yang satu lagi lebih tepat.

Dalam masalah purdah, ia adalah khilaf sejak sekian lama. Masing-masing telah menerima sebagai perbezaan pendapat yang terpulang kepada individu untuk mengambil pendapat yang diyakini lebih baik. Ada yang berpegang dengan hukum wajib, lalu digenggam sebagai wajib. Ada yang berpegang dengan hukum sunat, kalau pakai dapat pahala tapi kalau buka tidak berdosa, lalu itulah pendiriannya. Dan juga, ada yang berpendapat ia sebagai mubah ( harus semata-mata ) lalu mereka berpegang atas pendirian tersebut.

Konklusi dalam perkara ini, masing-masing kena berlapang dada. Bagi yang berpegang dengan hukum wajib, janganlah sampai memaksa orang lain untuk pakai atau menghukum orang yang tidak pakai. Bagi yang berpegang dengan hukum harus, tidak boleh sinis dengan yang bertegas dengan memakainya sebagai wajib. Manakala bagi yang berpegang dengan hukum sunat, tidak boleh dipandang sebagai berdosa sekiranya dia meninggalkan amalan sunat tersebut.

Umpama seorang sahabat kita yang setiap hari masuk masjid akan bersedekah RM2 ke dalam tabung masjid. Suatu hari dia meninggalkan amalan tersebut, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai berdosa kerana dia mempunyai pilihan samada mahu bersedekah ataupun tidak.

FAKTOR PURDAH ON-OFF
Saya pernah diajukan soalan seperti ini, dan saya memberikan pandangan saya.
Muslimat yang memakai purdah tetapi on off, sebenarnya tidaklah berpunca dari satu faktor sahaja.

Inilah masalah kita apabila memandang sinis dan mudah prejudis dengan saudara sendiri dalam bab ibadah. Bila seseorang saudara kita jarang ke masjid untuk solat berjemaah seperti kita, maka saudara tersebut dipandang serong bukannya didekati ataupun diusaha untuk berbaik sangka. Purdah juga begitu. Bila seseorang membuka purdahnya, maka kita cenderung melihat satu faktor sahaja ; tidak istiqamah, pakai main-main dan sebagainya.

Walhal, bukankah ada banyak lagi faktor lain seseorang itu membuka purdahnya?
Ada yang disebabkan keperluan pekerjaan. Boleh jadi situasi pekerjaan yang dipilih lebih memudahkannya jika tidak berpurdah. Apatah lagi dalam suasana di Malaysia, bukan di tanah arab.

Ada yang disebabkan keluarga. Boleh jadi keluarganya akan berkecil hati jika anak gadis mereka berpurdah meskipun bersama mereka dalam aktiviti kekeluargaan.
Ada juga disebabkan tuntutan dakwah. Boleh jadi bagi mereka, strategi dakwah tanpa purdah lebih berkesan mendekati mad’u berbanding memakai purdah.
Banyak lagi faktor-faktor yang lain seseorang itu membuka purdahnya. Bukan satu faktor sahaja.

Justeru, apakah kita hanya ingin bertegak atas suatu prejudis dan prasangka semata-mata?

Ia menghilangkan nikmat ukhwah dan mencacatkan persaudaraan.


YANG TIDAK KHILAF

Teringat waktu berdiskusi dengan isteri, saya katakan kepadanya. Saya tidak menafikan kemungkinan untuk dia tidak berpurdah suatu ketika nanti. Boleh jadi dia akan berpurdah sampai tua, dan boleh jadi tidak. Sebagai suami, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan isteri melakukan sesuatu atas dasar ilmu dan kefahaman, bukan hanya semangat mahupun ikutan. Agama mengajar tentang maqasid ( tujuan-tujuan agama ) dan seorang muslim yang bijak adalah muslim yang beramal dengan menjiwai maqasid tersebut.

Pakai purdah ada maqasidnya. Maqasid pakai purdah adalah untuk memelihara diri dari fitnah. Wajah wanita, meskipun bukan aurat, tetapi ia menarik perhatian lelaki, apatah lagi jika wajahnya cantik. Maka menjadi suatu yang afdhal untuk wajah tersebut dilindungi agar maruahnya tetap terjaga.

Tapi, kalau pakai purdah, namun wajah di’snap’ jarak dekat, dan dipublish dalam facebook, sehingga jelas bulu matanya yang lentik, itu jelas sekali songsang dengan maqasidnya, sebagaimana ditulis dalam artikel ini.

Daripada kita sibuk bercerita tentang perkara yang memang khilaf dan merupakan bab afdhaliyyat ( kelebihan beramal ), mengapa tidak kita tekankan tentang perkara yang tidak khilaf?

Seseorang yang tidak berpurdah, tetapi ketika keluar ke khalayak dia tidak menonjolkan perhiasan diri dan wajah serta sangat menjaga dari mempublish gambar di facebook atau blog, adalah LEBIH BAIKdaripada seseorang yang berpurdah, tetapi bergemerlapan, gemar bergambar jarak dekat menampakkan bebola matanya yang jernih, sambil menjeling dengan jelingan bertopeng panahan syaitan.



Apa yang tidak khilaf adalah kewajipan menjaga diri dari fitnah.

Kewajipan menyembunyikan perhiasan diri dan jangan keluar ke khalayak ( atau alam maya ) dalam keadaan yang menarik perhatian ajnabi. Jangan membiarkan diri dipandang, dan jangan memandang-mandang. Bukankah semua ini lebih utama untuk diingatkan?

Kalau seseorang yang dulunya berpurdah, tetapi tiba-tiba tidak berpurdah, di mana kita mengetahuinya apabila melihat gambar-gambar terbarunya di facebook, maka terlebih dahulu betulkan mindset kita bahawa boleh jadi dia lebih selesa tidak berpurdah. TETAPI perbuatan mempublish gambar di facebookitu perlu ditegur, agar ia tidak menjadi pembuka pintu fitnah.

Dengan cara itu, kita boleh mengembalikan hikmah nasihat menasihati atas perkara yang pokok, bukan sekadar cabang dan ranting.


FITNAH VS BUKAN FITNAH

Wanita adalah fitnah. Itu termaktub jelas dalam hadith Nabi s.a.w yang berbunyi : 

” Tidak akan tinggalkan fitnah yang lebih besar ke atas kaum lelaki berbanding wanita “.

Namun dalam menjiwai hadith tersebut dan menjalani kehidupan sebagai muslimah saban hari, kita memerlukan kebijaksanaan yang tinggi.

Saya katakan, seorang anak gadis yang berpurdah tetapi gemar berjalan seorang diri itu lebih menjadi fitnah berbanding seorang anak gadis tidak berpurdah, tetapi berjalan bersama ayah atau ibunya.

Sebab itu saya nasihatkan, jika mahu mengenakan purdah, lihat kepada tempat yang dituju dan khalayak mana yang kita masuki. Jika khalayaknya aman dari fitnah lelaki serta lebih sesuai untuk tidak berpurdah, maka tidak memakainya itu lebih baik. Sudah tentu, ini bagi muslimat yang berpegang dengan hukum sunat atau harus sahaja. Begitu juga jika keluar bersama suami, boleh sahaja untuk tidak mengenakan purdah kerana telah aman daripada fitnah.

Lihat sahajalah dalam kehidupan kita. Lelaki tidak akan tergamak menjeling anak dara orang jika bapanya ada di sebelah. Begitu juga mereka tidak akan berani menjeling isteri orang jika suaminya ada di sebelah. Dalam ertikata lain, situasi tersebut seakan pengganti kepada sekeping kain bernama purdah.

Adapun jika keluar ke khalayak yang ramai, terdedah kepada fitnah dan memerlukan kepada penjagaan diri yang lebih ketat, maka pada saya, berpurdah adalah lebih baik. Bahkan ramai sekali muslimat yang mengakui mereka lebih tenang dan selesa apabila memakai purdah, seperti yang saya tulis dalam artikel ini.



KESIMPULAN

Kata-kata keramat ” hasanaatul abrar, sayyiaatul muqarrabin ” yang bermaksud perkara yang dinilai baik bagi orang kebanyakan namun dinilai buruk bagi orang yang dekat dengan Tuhan wajar dijadikan azimat untuk meningkatkan diri ke arah memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Namun ia sama sekali tidak boleh dijadikan modal untuk menghukum.

Amalan baik itu adalah kempen. Solat berjemaah itu kempen. Bersedekah itu kempen. Pakai purdah juga kempen. Kempen, istilah rasminya adalah DAKWAH. Adakala dengan kata-kata, adakala cukup dengan tauladan.

Apa yang pasti, bersangka buruk, prejudis, sinis dan umpatan belakang itu bukan kempen, bukan dakwah dan bukan tauladan.

Mudah-mudahan Allah terima amalan baik kita, dan bantu kita untuk istiqamah dengan amalan-amalan baik tersebut, insyaAllah.

Sekian.
sekadar perkongsian kita bersama..sampaikanlah walaupun satu ayat..:)

Copy paste dari-> Myilham.com Biar Hidup Kerana Allah




Sunday 9 November 2014

PERINGATAN UTK DIRI YANG SELALU ALPA..

Assalamualaikum wbt & selamat malam..



hehehe..ok bed time story k mlm ni..esok n mggu ni sgt2 busy sbb test byk gler..penulis rasa xtwu nk wt guana sbb nk update blog pun x sempat..tp ada 1 story yg penulis nk cerita kt sni..hari2 penulis berjalan seperti biasa..tenang & damai..tp mggu n mggu lepas ada plk sorg kenalan lama ni, mnggangu hidup penulis balik..dah xde kje lain ke nk amik twu pasal kte..cbe la bwk2 n cri  jln sniri..sy dgn hidup sy, awk dgn hidup awk..jd, tolong la phm ye..xpyh la nk suh bdk2 kt U penulis ni sampaikan pape pesanan..sbb skrg penulis pun dh ckup dgn pelbagai pesanan..

1 je penulis minx, bertaubatlah n cri jln sniri..sudah2 la..penulis bahagia dgn hidup skrg..disamping dgn org2 yg penulis syg..alhamdulillah..walaupun jauh dimata tetapi di hati sentiasa dekat..Allah jd saksi,.keluarga jd saksi..xperlu nk di ungkit kisah lama..yg berlalu tu biarlah berlalu..

Ha lpe nk bg twu..doakan saya menang ye dlm pertandingan silat yg akn dtg..hehe..takut pun ada jgk,..tp, kne beranikan dri....penulis pun nk menang jgk..doakan utk penulis ye..hehehe..love u alllzz..nite..








ok..sy tidur dlu..assalamualaikum..;)