salam sayang dan rindu dari saya

Saturday 19 September 2015

We Are The Future Leader?

19 September 2015 Saturday

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Sekitar Hari Fakulti Biosumber & Industri Makanan, banyak input dan manfaat yang saya dapat dalam menyertai program ini. Cuma ada beberapa perkara yang saya sedikit kesal. Tentang sikap segolongan pelajar yang kurang peka dengan tanggungjawab mereka. Bukan saya nak kata yang saya ni dah cukup bertanggungjawab, tapi sudah2lah dengan hal yang remeh temeh. Sampai bila kita nak jadi macam ni. Tak matang lagi? Nak tunggu ajal menjemput baru nak matang? Susah kan?

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri.”

Ceramah yang disampaikan oleh saudara Anas Misbahuddin dengan tajuk Kepimpinan Bermula daripada Anda, sesuatu yang perlu difahami oleh seluruh pelajar. Bukan nak kata sesiapa tapi saya juga suka untuk mengingatkan diri saya sendiri yang terkadang rasa kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Masih bergoyang kaki, lupa janji dan amanah yang diberi.

Tanggungjawab yang diberi masih belum dipikul dengan sebaiknya. Oleh itu kita kena jadi orang yang bertanggungjawab. Bukan pada orang lain je, tapi pada ibu bapa, masyarakat juga yang paling penting pada diri sendiri. Banyak perkara yang saya perlu belajar untuk jadi the good leader. Daripada ceramah yang disampaikan oleh Anas tadi, saya terfikir sejenak. Banyak yang saya fikir sebenarnya, tapi ini antara yang masih berlegar2 diruang kepala saya. 

Kita selalu mencari titik perbezaan antara kita dengan orang lain, tetapi kenapa kita jarang mencari persamaan antara dia dan kita? Kenapa hal ini yang menjadi isu saya sekarang ini? Nampak macam tak penting je kan? Penting sebenarnya. Cuba kita renung sejenak. Cuba fikir, kalau setiap hari kita fikir something positive. Hidup kita pun tenang, hati pun senang. Apa kaitan perbezaan, persamaan dan hidup tenang? Yela, kita sebagai manusia, selalu je cari yang tak elok pasal kawan kita, pasal jiran sebelah rumah kita, pasal orang itu, orang ini dan spe2 je la. Mesti ada je la yang kita tak puas hati or tak setuju. Tapi cuba kita buat persamaan kita dengan orang2 tadi tu.

Sebagai contoh, saya dengan dia minat dalam menjejak tokoh2 Islam, saya dan dia sebaya, saya dan dia single, saya dan dia selalu order makanan yang sama, saya dan dia selalu keluarkan idea2 yang bernas, tak ke kita rasa macam perhhhhh…compom kita selalu senyum je, sebab apa? Sebab kita ni ada persamaan sebenarnya dengan dia.

Ada satu lagi hujah yang membuatkan saya baru terfikir. Senang cakap, baru faham sebenarnya the meaning of We Are the future leader.” Kata Anas, dia tak setuju dengan ayat tersebut. Ia seolah menggambarkan kita ni belum layak jadi leader. Kalau dan tua2 nanti baru layak leader. No…no…no… kita sekarang memang leader dah pun. Cuma how we conduct to be a leader? Cuba la tanya diri sendiri. Okay. Sebelum saya tamatkan tinta saya untuk hari ini, jom teroka dulu gambar2 yang dapat saya kongsikan sepanjang Hari FBIM berlangsung. Semoga berjumpa lagi di alam yang lebih barakah.



Antara aktiviti kepekaan yang dibuat oleh para pelajar. Pelik je nampak kan? tapi input dy sangat berkesan.


Anas yang segak bergaya menyampaikan ceramah beliau. Dia adalah Pengerusi Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merangkap pelajar UniSZA. Hebat kan? Btw, kami sebaya. Tapi bila saya pula nak jadi macam dia? I'm Trying to be a better and value person.

Aqila yang sedang posing dengan gaya yang berbeza dari yang kita nampak. Don't judge the people by it cover.

Ummu Umairah, PM FBIM


Kami berdua ada persamaan sebenarnya. Kami anak sulong, kami ada amanah yang perlu dijalankan, kami ada perasaan untuk menjadi lebih baik dari yang sekarang, kami akan ke Pulau Cocos, Australia. Menjejak ke Pulau Cocos Autralia. Coming soon. In Syaa Allah..Doakan kami ye. Ada spe2 nak join kami ke Pulau Cocos, dialu-alukan. Masuk dulu GPTD, then kita bicara hal seterusnya. hehehehe...Assalamualaikum.