salam sayang dan rindu dari saya

Friday 6 March 2015

Road Unisza Tembila To DBP Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t


Setiap kali penulis ingin memulakan penulisan tentang pengalaman sepanjang bersama dgn GPTD, mesti air mata akn tumpah. Xtwu knp rasa sebak je bila nk ceritakan pengalaman sepanjang ke Kuala Lumpur baru2 ni. Sbb tu mengambil masa beberapa hari utk menyiapkan sesebuah cerita. Suka penulis menceritakan detik kami berempat iaitu ahli2 DG Tembila, memulakan perjalanan ke sana. Bermula dgn bertolak ke stesen bas Jertih bersama Khadijah (Dijah) & ditemani oleh kwn kelas kami juga iaitu Afnan, yg menjadi driver kami pd hr tersebut. Shafika atau lebih mesra dikalangan kami memanggilnya dgn nama “Kecik”,( memandangkan dy mmg kecik & comel) bersama Ummu Umairah telah bergerak 15 minit lebih awal dr kami dgn menaiki kereta viva Khadijah, yg dipandu oleh Eka Saputri ke stesen bas Jertih. Selepas siap solat magrib, penulis terus bersiap & segera membawa beg pakaian dr tgkat 4 asrama, ke tempat jaga (Guard). Rasanya diorg dah smpai kut kt sne..perjalanan menuju ke stesen bas Jertih mengambil masa 30 minit. Jadi, setibanya di stesen bas Jertih, penulis terus menuju ke surau utk segera menunaikan solat fardhu Isyak. Di surau kelihatan Kecik sedang solat.


Selesai solat isyak, penulis & Kecik segera ke tempat kwn2 yg lain menunggu. Keadaan ketika itu sgt sibuk sbb ramai yg nk balik kampung agaknya. Kerana begitu ramai ahli keluarga yg dtg & hantar anak2 & ahli keluarga masing2 ke dlm bas. Ketika itu terkenang penulis kpd ahli keluarga di kampung, kerana sudah lama tidak pulang ke Perak. Semasa cuti sem baru2 ni (bulan 1) ingtkan nk balik kg, alih2 balik rumah bapa saudara di kelantan sambil melawat mereka setelah banjir besar baru2 ini. Jadi ada jgk ahli keluarga yg kehilng tempat tinggal. Stop kisah sedih tu, kita sambung kisah perjalanan kami ke Kuala Lumpur ye.

Setibanya bas Perdana (9.30 mlm), kami berempat terus naik ke dlm bas (bas double daker). Tanpa membuang masa, penulis segera makan ubat pening ( sbb mmg xtahan pening/mabuk perjalanan). Kecik duduk sebelah penulis, manakala Ummu bersama dgn Khadijah. Semasa dalam bas, sempat penulis berseloroh bersama Kecik, (saja bayang2kn benda2 kelakar masa tu). Penat gelak, kami pun tertidur. Sedar2 dah dekat Gua Musang. Jadi penulis & Kecik telah turun utk ke tandas (1.30 pg), sempat kami membeli gula2 fisherman (sbb sakit tekak), dan terus keluar mencari bas.

Masa mula2 bas kami berhenti, kami rasa dah betul dah tempatnya. Terkejut sbb bas hilang..ehhhh,xkn bas tinggalkan kami berdua kut..yg kwn kami lg 2 org tu xde plk call ke pape pun. Alhamdulillah, masa turun dr bas td, penulis sempat menghafal num plat bas tersebut, maka mudah utk kami mencari..hehehe..rupa2nya bas tu parking kt tempat tersorok. Ish3..apabila kami naik ke dalam bas, penulis lihat yg kawan kami berdua td tu, tidur macam xde pape berlaku. Patutlah xde call kami pun masa bas tu meninggalkan kami. Diorg sedap dibuai mimpi indah rupa2nya..hahaha..

Perjalanan diteruskan (2.00 pg) hingga kami smpai (5.30 pg) ke destinasi sebenar iaitu Stesen Bas Kajang. Semasa turun di sana, kelihatan ayah Ummu telah sampai & menunggu kami di dalam kereta.  Terus kami di bawa ke rumah Ummu. Alhamdulillah, terima kasih ye pak cik sbb bangun pagi2 menunggu kami kt stesen bas..hehe..sampai kt rumah Ummu, penulis & kwn2 yg lain segera menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, kami ke dapur utk menjamah roti canai yg disediakan oleh ibu Ummu. Lepas makan penulis pun tolonglah ibu Ummu potong bawang, amboiii bukan mainsedih lg penulis mengupas bawang...hahaha..bukan seulas k, byk taw..pedih pyer pasal g la rehat jb, masuk2 blik terus terlelap. Ingatkan penulis sorg je yg terlelap..rupa2nya kwn2 yg lain pun terlentok jgk sebelah penulis..haha..sedar2 Ummu kejut makan tghari.


Selesai bersiap semuanya, kami meneruskan perjalanan ke Hospital utk melawat ibu Saudara Ummu. Pertama kali masuk HUKM. Mmg terbaik la..besar jgk..yang bestnya, surau dy kemas & besar. Selesa sgt dgn bilik wuduk, & tandas ada kt dalam sekali..hehe..tp, asing2 la..xdelah dekat sgt dgn tempat kita nk solat..sepanjang di Hospital sempat jgk la penulis mengambil beberapa keping gambar utk dijadikan kenangan. Semasa lalu lalang di situ, kelihatan ramai doktor2 muda & tua berjalan dgn kot putih mereka.. kami berempat pandang antara 1 sama lain..teringat pada En Zarizal iaitu pensyarah yg mengajar subjek microbiology pd setahun yg lepas. Kata beliau, “Saya paling menyampah bila pergi hospital Doktor2 suka pakai kot putih keluar merata2, kemungkinan utk dpt bacteria or apa2 microorganism pada pakaian tu sgt tinggi, pastu g merawat pesakit plk..g toilet lg dgn kot..Poyo je..”..so, sbb ayat En Zarizal tu la kami teringat dan memandang sesama kami..ayat “poyo je” tu yg buat kami nk tergelak ketika itu..cover beb..hehehe..ini semua poyo..koya je..hahaha..whatever..




Perjalanan kami seterusnya adalah terus ke Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka. Walaupun beberapa kali sesat, alhamdulillah berkat bertanya orang sekeliling dpt jgk kami sampai ke DBP. Bangunannya ada tinggi & mempunyai 30 tingkat rasanya la..(klo xsilap)..kawasannya yg luas & megah berdiri. Mmg sesuai la buat majlis2 besar di sini.

Ketika penulis nampak kelibat kak Arina, penulis rasa sebak & sgt sedih. Rasa rindu benar dgn beliau. Sepanjang tahun baru 2015 ni, itulah kali pertama penulis berjumpa semula dgn beliau, krn sebelum kak Arina ke Indonesia, beliau sempat bersama kami jika meeting di lakuka di UniSZA. Tp. Sejak beliau pergi ke sana, kami sudah ketinggalan dlm mendapatkan semangat. Bila terlihat beliau, terus penulis salam & peluk. Terasa sayu di hati ini. Semoga Tuhan memanjangkan tali silaturrahim ini hingga ke syurga. Huhuhu.



Penulis & kawan2 sempat melihat2 suasana dewan yg sgt besar. Suraunya pun boleh tahan besar, tp ketika kami solat di sana, dalamnya panas..mungkin aircond rosak kut..setelah setelah berpenat di sana, kami terus membawa beg pakaian kami ke tempat penginapan iaitu di Institut sosial Malaysia (ISM). (ISM macam Ijazah Sarjana Muda plk kan..hehehe..).. dgn menaiki van kami tiba di ISM & ditempatkan di Tingkat 2 Bilik num 16. Biliknya pun boley tahan cantik dgn toilet ada skali kt dlm. So, misi kami berempat adalah segera mengemas bilik supaya dpt muat 4 org. Katil yg diberikan hanyalah 2 buah. Jadi, penulis mengambil keputusan utk membiarkan adik2 shj yg tidur kt atas & penulis tidur di bawah. It not big deal..dah biasa dah..kt rumah pun tidur bawah, rumah kampung mmg lantai je la jdnye.. sejuk taw lantai bilik tersebut dgn aircond pasang 240C. Sebelum tidur penulis sempat menyedikan dahulu pakaian yg akn di pakai esok pagi. Jadi sebelum terlelap jom kita baca Al-Mulk dulu ye..:)..jadi biarlah gambar yg berbicara. Sbb klo penulis cerita mmg panjang..hehehe..ok.. jumpa lagi nanti dgn kisah kami ketika menghadiri Mesyuarat Agong GPTD kali ke-4. Mesyuarat ni lagi gempak situasinya..hehehe..wait ye..









Jumpa Lagi..Papai..Assalamualaikum..