Alhamdulillah!!! Perjalanan
dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Lapangan Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh
memakan masa selama 1 jam 15 minit. Ketika kapal terbang mendarat, aku
seolah-olah merasakan bahawa baru sahaja aku melelapkan mata sebentar tadi.
Buka-buka mata dah sampai. Aku tersenyum gembira kerana tahap berbahaya yang
aku takuti sudah berjaya di tempuhi.
Kami tiba di Banda Aceh.
Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh.
“Alhamdulillah. Mujur aku tak muntah dalam flight
tadi. Kalau tak habis lah. Buat malu je.” Kata aku dalam hati.
Aku lihat semua penumpang bergegas mengambil beg
masing-masing untuk keluar dari perut pesawat. Rasanya juruterbang belum
bukakan pintu. Semuanya dah excited
nak keluar. Kami memberikan laluan kepada penumpang yang sedang berpusu-pusu
untuk keluar dahulu. Aku mengambil inisiatif untuk tidak terlampau agresif
ketika bergerak menuju ke pintu pesawat.
“Apalah
yang depa ni kalut sangat nak keluaq? Habis-habis pun kena tunggu juga nanti.” Bebel aku di dalam hati.
Apabila sudah keluar dari kapal terbang, aku segera ke
kaunter berdekatan. Ada dua je kaunter yang di buka. Orang Indonesia (Indonesian) dan orang asing (foreigner).
Mana satu nak dituju ni?
“Itulah,
tadi kalut sangat nak turun, sampai tolak-tolak aku. Sekarang aku yang pi
dulu.” Aku ketawa
melihat orang yang menolak aku ketika keluar dari pesawat tadi sedang berbaris
panjang. Senyuman nakal meniti di bibir.
Aku sedang menunggu bagasi.
Selepas mendapatkan bagasi, kami mengisi borang kastam bagi tujuan keselamatan di kemudian hari.
Setelah melalui pemeriksaan immigration, kami terus menuju ke pintu keluar. Suasana yang agak
suram membuatkan kami cuba memahami situasi ketika itu. Keadaan tidak sesibuk
di KLIA tadi. Mungkin di sebabkan bulan puasa, banyak kedai yang ditutup. Hanya
kaunter taxi yang di buka ketika itu.
Kaunter tiket taxi
Sekitar kawasan lapangan terbang SIM.
Setelah memahami situasi, kami perlu mencari tempat
untuk menukarkan wang. Aku belum sempat untuk menukar wang di Malaysia. Seorang
pemandu teksi datang menghampiri kami.
“Mau
ke mana dik?” Tanya
pemandu teksi itu kepada kami.
“Crystal
Rental Guesthouse.”
Jawabku pendek.
“Ya.
Saya bisa bawa ke sana. Mau naik teksi. Saya bisa bawa ke sini.” Katanya dengan penuh ramah.
“Sebentar
ya.” Aku berbincang
dengan Khadijah tentang tawaran pemandu teksi tersebut.
“Agak-agak
boleh percaya tak, Dijah?”
soalku kepada Khadijah.
“Saya
ikut akak je.” Jawab
Khadijah ringkas.
Nampaknya aku yang kena bagi keputusan. Setelah
berpakat, kami bersetuju untuk mengambil teksi untuk ke penginapan kami. Aku
meminta pemandu teksi itu menunggu sebentar kerana kami perlu menukarkan wang
terlebih dahulu.
Khadijah sedang berada di kaunter tukaran mata wang. agak2 berapa nak tukar ek?
“Rasanya tak
beli apa-apa kut. Tukar RM 200 je la. Kalau aku tukar banyak, boleh jadi gila
aku sorang-sorang”. Aku
bermonolong sendirian sebelum ke kaunter untuk menukarkan wang yang aku bawa
dari Malaysia.
Penggunaan nilai mata wang ribu-ribu menjadikan aku
orang yang paling lemah dalam menggunakan duit. Bukan tak pandai mengira, tapi
rasa takut nak keluarkan duit, malah rasa takut hendak berbelanja di sana.
Selepas mendapatkan teksi, kami segera memberi alamat
tempat kami akan menginap. Dalam keadaan yang masih separuh sedar, aku cuba
menghadam kawasan yang dilalui ketika itu. Situasi yang kami alami rasanya
umpama orang yang tengah pening tapi buat-buat waras. Berlakon je lebih. Nak ‘cover’
pening sebenarnya. Semasa dalam teksi, pemandu teksi yang membawa kami
menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kami dengan bayaran 400 ribu
rupiah untuk setengah hari. Dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang. Sukar untuk
kami membuat keputusan ketika itu memandangkan jumlah bayaran yang diminta
membuatkan aku terkedu seketika. Dalam kepala, aku cuba mencongak berapa
ringgit Malaysia kalau 400 ribu rupiah. Memandangkan kepala masih dalam kondisi
‘MODE’, aku mengisyaratkan kepada Khadijah untuk mengira dan membuat
keputusan. Dengan kebijaksanaan Khadijah, kami menolak secara baik pertolongan
pemandu teksi tersebut. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
“Mahal giler pak cik ni letak harga, mentang-mentang
aku ni orang baru disini, dia main kasar nampak”. Aku bermonolong sendirian.
Perjalanan yang memakan masa selama satu jam itu
membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata walaupun sejenak. Setiap perjalanan
yang dilalui umpama sangat berharga dan bernilai dalam hidupku. Walaupun
pemandangannya sama sahaja jalan nak balik ke utara, ada sawah padi, ada orang
berniaga, ada macam-macam lagi aktiviti yang lebih kurang di Malaysia, kami
menikmatinya dengan penuh rasa syahdu.
Sawah padi yang luas indah terbentang, bak saujana mata memandang, mendamaikan hati yang sedang terkenang akan kampung halaman yang jauh nun di seberang.
Kuburan Masal Siron yang dikatakan menempatkan semua jenazah mangsa Thunami yg telah dikebumikan di sini.
Kami sempat singgah di sebuah kedai untuk membeli simkad.
Tiba di tempat penginapan, aku cuba melihat keadaan
bilik yang disediakan. Reaksi pertama memang agak mengejutkan sebab tandas dan
bilik mandi di luar bilik dan dikongsi semua penginap di situ.
Sementara Khadijah berurusan dengan pengurus di situ,
aku memberanikan diri melawat bilik mandi yang berada di luar bilik penginapan
ketika itu. Setelah membuat pemantauan dan penelitian, rupa-rupanya ada tangga
yang mengarah ke bilik penginap yang berada di tingkat atas.
Pemilik tempat penginapan pertama kami sedang menulis nama penginap (kamilah tu...)
“Ya Allah, kalau‘toilet’ kat bawah tangga tempat orang
lalu lalang, dah macam‘free show’ la gamaknya. Kalau orang tu jenguk je kat
bawah, kompom nampak orang duk mandi. Masak aku macam ni”. Sekali lagi aku bermonolog sendirian.
Melihat keadaan yang kurang selesa tersebut, aku
segera memberitahu Khadijah. Nak cari tempat menginap yang lain pun dah tak
cukup duit. Bayaran untuk seminggu di Banda Aceh dah di bayar. Nak minta duit
dah segan pula. Jadi, kami memberanikan diri untuk ‘survive’ di tempat
tersebut.
Adat Masyarakat Aceh adalah memuliakan tetamu. Jadi spe2 yang datang pasti dilayan dengan baik (bergantung atas org juga rasanya..hehe)
“Aku harap ada tempat lain yang boleh aku tinggal.
Allah pasti tolong. Miracle always happens”. Aku mula berdoa di dalam hati.
Perjumpaan pertama kami bersama pensyarah di sini. Beliau sangat baik dan banyak menolong kami sepanjang kami berada di Banda Aceh.
Pada hari pertama menginap di tempat penginapan
tersebut, aku dan Khadijah terkejut kerana tiba-tiba seekor lipas keluar dari
bawah katil. Laju menuju ke arah aku. Apa lagi, dengan mengaplikasikan teknik
silat yang aku belajar di universiti, serta merta aku terus melompat tinggi dan
berdiri di atas katil. Itu baru lipas, belum dikira berapa banyak labah-labah
yang merayap di katil Khadijah. Ngeri. Tempat yang jauh berbeza dengan apa yang
kami lihat di internet. Lepas ni memang tak percaya dah. Pergi Aceh, baru cari
penginapan. Tak payah nak tempah awal-awal. Manalah kami tahu, pertama kali
keluar bawa misi. Berdua pula tu.
Pak Fikri sdg menunjukkan peta lokasi kami berada sekarang. Rupa2nye dekat je semua tempat tu..(klo dlm petalah..)
Walau bagaimana pun, pengurus tempat kami menginap
sangat baik. Beliau juga tidur di sebelah bilik kami. Entah kenapa dia tidur di
situ, kami tidak pernah tanya. Cuma ada kedengaran dengkuran apabila kami
melelapkan mata. Susah juga nak cari ketenangan kalau terus begini. Tapi, masih
bersabar kerana kami berada di tempat orang. Layanan yang baik, membuatkan kami
tidak hairan dengan situasi bilik kami. Harga berpatutan dengan tempat. Cumanya
mungkin pengurus tersebut perlu menyesuaikan gambaran yang ditunjukkan di
internet dengan situasi sebenar.
Aku membahagikan wang kepada beberapa kategori supaya tak terlebih dan tak terkurang dlm berbelanja. Lawakan sampul buatan aku nih?..hehe..
Di sini kami mengenali seorang pemuda warga Belanda,
Fadhil yang juga menginap di tempat yang sama. Menurut Pak Fikri, pemuda
tersebut baru sahaja memeluk Islam dan merantau ke Aceh untuk mempelajari puasa
di sini.
“Bagus
rupanya budak ni. Tak pa kita tengok dulu macam mana budak ni.” Fikir aku.
Pemuda tersebut akan ke Masjid berdekatan setiap kali
solat Fardhu. Dengan rambut yang panjang dan keperangan aku mendengar derapan tapak
kasutnya lalu di hadapan bilik kami. Memang tak ada orang lain yang akan lalu
sebab yang menginap di tingkat atas ketika itu hanya dia.
Ada suatu ketika apabila aku dan Khadijah keluar dari
bilik untuk ke bilik air, aku lihat pemuda Belanda tersebut sedang memasak sesuatu.
Aku mendekatinya dan melihat apa yang sedang di masak. Nampak macam nak masak
tom yam, tapi dia masukkan nasi putih pula ke dalam kuah tom yam tersebut. Lain
dari yang lain. Katanya buat untuk sahur terus. Dia mempelawa kami untuk merasa
masakan tersebut, tetapi aku menolak kerana sudah kenyang ketika berbuka tadi.
Pemuda Belanda yang sedang memasak sesuatu. Kita tengok apa rupa masakan dia nanti.
Aku bertanya kepada Pak Fikri, apa rasa masakan dia.
Sedap ke tidak.
“Rasanya
enak. Ada nasi putih, telur, bawang putih. Cabe pun penuh dia letak. Semuanya
dicampur”. Terang Pak
Fikri kepada aku sambil ketawa. Cabe atau lebih dikenali dengan nama cabai atau
cili.
Memang jelas kelihatan cili-cili hijau terapung di
atas permukaan kuah tersebut. Makanan pelik di tempat penginapan kami ini.
Kalau di cuba juga, mau esok sakit perut teruk ni. Demi menjaga hati Fadhil,
Pak Fikri cuba merasa masakan tersebut.
“Mau
cuba? Ambil piring.”
Pelawanya kepada kami.
“Tak
pa pak cik, kami sudah kenyang.” Jawabku ringkas.
“Kenapa?
Tengok rupanya takut ya?”
Tanya Pak Fikri kepadaku sambil ketawa.
“A’ah
pak cik. Takut.” Kataku
sambil ketawa mendengar kata-kata Pak Fikri yang merujuk kepada masakan
tersebut.
Pengalaman hari pertama bermalam di Crystal Rental
Guesthouse membuatkan kami lebih mudah mendekati masyarakat di sini. Dengan
pertolongan daripada Pak Fikri, banyak maklumat yang kami peroleh hanya dengan
satu hari.
Entah bagaimana untuk kami terangkan kepadanya bahawa
keesokan hari kami akan menginap di tempat lain. Malam itu aku aku hanya
memikirkan kata-kata yang sesuai untuk diucapkan kepada pak Fikri supaya beliau
tidak berkecil hati dengan kami. Semoga hari esok ada jalan yang terbaik untuk
kami.
No comments:
Post a Comment