salam sayang dan rindu dari saya

Tuesday, 15 September 2015

Ubat Hati Anda Wahai Sahabatku.

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua.



Hari ini saya nak mengulas sedikit tentang statement seorang rakan saya yang kelihatannya begitu banyak menyendiri. Saya lihat orangnya baik. Tak banyak cakap. Tapi banyak merendah diri. Itu pandangan saya je. Saya tak tahu la kalau dengan kawan-kawan sesama lelaki, mungkin tak macam tu kut. Saya tak pasti. Dari pandangan kaca mata saya, dia boleh dikatakan lelaki limited edition. (jangan fikir bukan-bukan ye). Kenyataan yang dibuat olehnya di laman social membuatkan saya terfikir seketika. Setiap kejadian dan setiap makhluk yang Allah ciptakan semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Kita sebagai manusia memang selalu nampak yang tak baik je. Memang payah nak baca hati dan perasaan orang lain. Sebab kita pun memikirkan perkara yang sama seperti yang dia fikirkan. Cuma kita berlainan character.



Statement yang dia buat lebih kurang macam ni la… “Aku tak hensem, perempuan sekarang pandang yang hensem-hensem je. Aku forever alone.” Bunyi macam down je kan? Tapi saya yakin dia ada something yang dia sendiri tak tahu. Saya pun tidak lah sekuat mana. Hati saya pun banyak kali juga sakit. Tapi, In Syaa Allah, selagi ada Allah, jatuh macam mana sekalipun kita tetap kena berusaha bangun balik. Dikecewakan tu sudah menjadi lumrah hidup manusia. Di dunia ni tidak akan ada yang dapat memuaskan hati kita. Semuanya serba kurang. Ada je benda yang kita nak complain. Orang yang pernah buat kita kecewa tu sebenarnya dia tak tenang. Dalam hati dia ada sahaja perkara yang tak puas. Mungkin dia fikir dengan membuatkan orang lain sakit hati dia akan puas, tapi sebenarnya tak. Makin banyak dia buat orang sakit hati, makin bertambah parah sakit hati dia. Malah makin worse dari yang sebelum ni. Kalau dia tenang sekali pun, tu sebab dia cuba untuk meminta maaf dari orang yang pernah dia aniaya. Itu kalau dimaafkan. Kalau yang tak memaafkan pula macam mana? Lagi rasa serabut. Sejauh mana pun kita pergi hubungan kita dengan Allah, dengan manusia, dengan makhluk, dengan alam memang perlu dijaga.



Saya sendiri pun pernah rasa sakit hati. Sampaikan saya hilang perasaan. Bahasa mudahnya, jiwa kosong. Orang buatlah apa pun kat kita, kita tak peduli asalkan jangan ganggu kita sudah. Hilang perasaan bukan sebab tak ada jiwa, tapi dah meluat sangat, dah biasa sangat orang aniaya kita, sampai satu masa kita malas dah nak layan benda-benda remeh macam tu. Setengah orang, sampai satu tahap bila disuruh kawen, dah taknak kawen. Hidup sorang-sorang pun ok apa.

Tapi, dalam kes sahabat saya ni, saya nak bagi sedikit motivasi kat dia. Walaupun awak kata awak tu tak hensem, awak tak smart, awak tak berani nak cari calon ke whatever, tapi saya nak bagi tahu awak, sebenarnya bukan semua perempuan tu memilih yang hensem. Bukan semua wanita kat dunia ni pandang duit. Bukan semua wanita kat dunia ni nak yang gah-gah. Cukuplah ada iman yang mantap, akhlak yang baik, tutur kata yang sopan, ada pekerjaan yang halal, tahu hormat orang tua, boleh jadi kawan, teman, sahabat sehingga ke jannah, pandai urus keluarga, bertanggungjawab, jujur dalam kehidupan seharian, sentiasa berusaha berubah kearah yang lebih baik, boleh jadi pakar motivasi untuk pasangan, itu pun dah cukup. Banyak sangat ke? Tak payah ada kereta pun tak apa. Sebab kalau macam saya moto pun ok dah. Sebab apa? Sebab saya kan minah rempit. Gurau je. So, because you are my friend even once, you deserved to be a good leader. Bukan down je. Saya pun down juga. Tapi sampai bila? Kalau awak ada salah dengan sesiapa, pergi minta maaf dekat dia. Then, mesti awak semangat balik.




Even saya sendiri pun belum tentu kuat. By the way, untuk kesekian kalinya, saya nak pesan, don’t judge the people by its look. Kalau hensem pun, selalu buat orang sekeliling menyampah, buat orang sakit hati, buat orang lain terasa, tak guna juga. So, bersyukurlah sebab jodoh ni tak semestinya kat dunia. Dekat akhirat maybe. Jangan terlalu memikirkan soal jodoh sehinggakan kita lupa memikirkan soal ajal. Bukan peringatan utk awak je, utk saya dan sesiapa sahaja yang mengalami perasaan yang sama macam awak. Take note and take care. La tahzan. 


Saturday, 12 September 2015

Bicara Tanpa Suara

Assalamualaikum semua dan selamat tengah malam. Rasanya kali ni jom kita layan novel pendek ni dulu..Mana la twu kut lepas ni dapat jadi penulis novel panjang pula..hehehe.. Kepada pasangan yang sedang berpacaran, anda jgn sedih2 ye. Be happy. keep the spirit fire around you. Naruto ngn Hinata pun happy ending. Inikan Manusia. 




"Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian melainkan dengan kemampuan kita". Semestinya ada yang terbaik buat kita. Keep praying dan believe in Allah. 

Episode 1

“Allahu Akbar. Akak tertinggal phone la, Along. Errmmm..Biar la..lagi pun akak baru cas je.” Mastura membebel sendirian apabila menyedari yang dia tertinggal telefon bimbitnya di rumah tadi. “Okey ke kak? Karang ada yang call pulak.” Along berkira-kira mahu membuat u-turn di persimpangan jalan. “Tak payah la. Jom kita pergi beli barang terus. Bukan ada siapa nak call pun. Abaikan je.” Mastura menolak baik untuk tidak menghiraukan telefon yang tertinggal tadi. Kecuaian dirinya sendiri juga. Buat apa nak susahkan orang lain.

Nur Mastura Aleena Binti Rizal Taleeb. Gadis yang muka ketat tetapi periang orangnya. Kalau orang yang tidak mengenalinya akan menyangka dia seorang yang sombong. Tapi sebenarnya dia tidak suka terlalu menonjolkan diri kerana takut di anggap perempuan gedik oleh sesiapa sahaja. Baginya semua yang ingin berkawan dengannya adalah sahabat dunia akhirat. Hanya yang bertahan dengan kerenahnya sahaja dianggap sahabat sehati sejiwa. Daripada sikap yang suka bercakap, tersenyum sorang-sorang, ramah mesra, suka berangan, pakar motivasi, pakar psiko orang, pakar hati dan jiwa, serta pakar cinta kepada kawan-kawannya walaupun dia banyak memendam rasa, tak suka bercerita tentang dirinya sendiri.

Mastura melemparkan pandangan ke luar jendela tingkap kereta. Di lihatnya semua tempat yang pernah dilalui suatu ketika dahulu. Di sini banyak kenangan yang tersimpan. Di sini jugalah segalanya berakhir. Kenapa perlu dia yang melalui jalan cerita yang berliku itu? Kenapa orang yang dia percayai melukakan hatinya? Tiada hati dan perasaan.

Tak guna lagi aku berduka
Cinta yang mati takkan hidup semula
Tak guna lagi aku merintih
Jadikan titisan ini linangan terakhir

Cukuplah, cukuplah ku merindu
Orang yang sudah jauh meninggalkan hati berpaut
Ku coba, ku coba bunuh semua sisa cinta bernyawa
Di halaman hati yang keruh

Lagu Linangan Terakhir oleh Forteen berkumandang di corong radio. Keluhan berat dilemparkan.  Lagu sekadar penghibur duka. Mastura mengikut bait-bait lirik yang bersisa. ‘Ya. Hati aku mati dari mana-mana lelaki.’ Hati Mastura membenarkan ayat itu. ‘Dia akan dapat balasan dari apa yang dia pernah buat dekat aku.’ Sekali lagi Mastura menggumam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah barang dapur siap dibeli. Mastura dan sepupunya terus pulang ke rumah. Di tanggalkan tudung. Panas bahang masih terasa. Dibiarkan rambutnya yang ikal itu bernafas. “Fuhhh. Lega rasa. Panas betul hari ni.” Mastura berkata sendirian sambil mengipas mukanya dengan tangan. Dibaringkan badannya di atas katil bagi melepaskan lelah. Dipejam mata serapat yang mungkin. Mata masih berpinar dek cuaca terik di luar. Dicapainya telefon yang di tinggalkan sebentar tadi. “Eh? Dah penuh? Siapa pula yang tanggalkan pengecas ni?” Mastura kehairanan apabila menyedari telefon bimbitnya disentuh orang lain. “Mesti Angah punya kerja ni. Dah tak ada orang lain dah.” Mastura tersenyum apabila mengingati sepupunya yang suka bergurau tak kira dengan apa cara sekali pun. Mesti ada je benda yang dia nak buat. Ni lah salah satunya. Sentuh barang orang. Stalker number one.

“Siapa pulak yang call aku ni? Tak naik nama pun? Banyak pulak tu. Ni mesti ada hal penting ni. Kalau tak penting, tak adanya masuk miscall yang banyak ni.” Mastura cuba mengenalpasti nombor yang tertera di telefon bimbitnya itu. ‘Memang aku tak kenal. Nak hantar mesej ke tak ek? Kang number mangkuk tingkat tu pula. Tapi kalau sedara mara yang call pula macam mana? Try mesej je la dulu.’ Hatinya berkata-kata sendirian sambil mata masih tertacap pada screen telefonnya.

“Ni siapa ye? Sorry tadi phone tertinggal.” Satu mesej dihantar ke pada pemilik number tadi. Serta merta telefonnya berbunyi. Hampir terlepas dari tangan Mastura kerana terkejut apabila si pemanggil terus membuat panggilan. Dibiarkan seketika sebelum gagang di angkat. Kedengaran suara garau di hujung talian memberi salam.

 “Assalamualaikum…Mastura ke ni? Awak, saya nak minta maaf”. Satu suara kedengaran setelah telefon bimbit di angkat.  Mastura menilik sekali lagi nombor yang tertera di kaca telefonnya.

“ Siapa pula call aku ni?” Dia berkata sendirian. “Ni sape? Salah number kut?” Dia cuba menangkis persoalan dari suara tersebut. Takut untuk memikirkan kembali gerangan suara yang seperti pernah di dengari suatu ketika dahulu. Suara yang amat dibenci. Mastura cuba memaniskan kata-katanya supaya tiada yang terguris hati.

“Saya Syamil. Awak masih ingat saya?” Nama itu yang pernah membuatkan hatinya terluka bernanah hingga kini. “Syamil mana ya? Syamil bin apa?” Aku masih bertanya walaupun nafasku seakan tersekat di dada. Aku berharap orang lain yang call aku ketika itu. Bukan bajingan yang pernah aku kenal dulu.

“Saya Tengku Syamil bin Tengku Razali. Awak dah tak ingat saya?” Satu soalan ditujukan kepada Mastura setelah dia cuba memadamkan nama itu dari sejarah hidupnya. Anak ahli koperat yang penuh dusta itu muncul lagi.

“Owhh…awak. Siapa yang tak kenal dengan orang yang pernah menyakitkan hati saya dulu.” Spontan Mastura membalas tanpa ada rasa bersalah. Dia menyampah. “Awak nak apa?” Hanya itu yang Mastura dapat soal. Malas nak bertanya lebih-lebih. Rasa kaku tiba-tiba.

“Saya dah lama cari awak. Saya cuba contact awak, tapi talian tak pernah dijawab. Saya mesej awak. Awak tak balas. Saya mesej kat google awak tak balas. Saya baca blog awak. Tapi satu pun tiada respond. Saya rasa bersalah. Lama sangat saya rasa perasaan bersalah saya pada awak. Tolong maafkan saya Mastura. Saya tak tenang bila setiap masa rasa bersalah saya menghantui diri saya. Saya takut mati nanti saya tak sempat nak minta maaf pada awak.” Panjang Syamil menuturkan bicara yang selama ini terpendam dalam jiwanya. Perasaan berdosa yang selama ini cuba dibuang dengan meminta maaf pada Mastura. Tapi kata maaf itu masih lagi tiada penghujung dari bibir wanita itu.

“Tu kan cerita lama. Kenapa nak di ungkit lagi? Dah takde benda lain ke awak nak cakap? Saya dah lama buang kisah lama tu. Kenapa datang lagi dalam hidup saya?” Pedas Mastura membalas. Rasa sakit lama itu masih terasa kini. Pedih yang lama cuba dipadam kembali menyapa.

“Sebab cerita lama la saya cari awak. Saya rasa bersalah sangat. Saya rasa berdosa pada awak. Tolong maafkan saya Mastura.” Syamil masih merayu berharap Mastura dapat memaafkan segala kesalahan dirinya. “Saya tak kisah kalau awak nak cakap apa pun kat saya. Saya tak kisah kalau awak nak kata saya ni bermanis mulut ke, nak mengayat ke, saya dah tak kisah. Yang pasti saya nak awak maafkan saya. Itu je. Lama saya cari awak. Baru sekarang saya dapat bercakap dengan awak semula.” Laju Syamil menutur kata. Tiada balasan dari Mastura.

Mastura cuba membetulkan kedudukanknya supaya tidak terus diamuk amarah. Duduk itu boleh mengawal kemarahan dari terus membara. Marah itu api. Api itu permainan iblis dan syaitan laknatullah. Dia tak nak terjebak dengan permainan licik iblis lagi. Pemergian sepupu Mastura pada minggu lepas banyak meninggalkan kesan pada dirinya. Dia dihimpit rasa berdosa, marah, sedih, takut dan pelbagai perasaan ketika itu. Mastura menarik nafas berat. “Kalaulah aku tak jawab panggilan ni kan lagi bagus.” Mastura menyalahkan dirinya kerana mengangkat panggilan yang tiada bernama itu.

Bukan sebab dia tak simpan nama lelaki itu, tapi sebelum dia membawa diri ke Aceh, handset Mastura ada masalah sikit. Jadi, nak tak nak dia terpaksa juga ke kedai dan format semula handsetnya itu. Menyesal sungguh hati ini bila mengingatkan kembali kisah lama itu. Satu-satunya lelaki yang paling dia benci yang telah membuatkan Mastura menutup pintu hati ini pada mana-mana lelaki. Biarlah dia single sampai mati asalkan dia tak jumpa lelaki bertopengkan manusia. Marah benar Mastura suatu ketika dahulu. Dia cuba mencari kekuatan semula. Bangkit setelah jatuh dari tempat yang tinggi. Umpama leher dijerat tali gantung apabila wajah lelaki itu kembali menyapa dalam kotak ingatannya.

Mastura kembalikan semangat yang hilang itu dengan menyambung pelajaran diluar negeri. Berharap segala yang pahit dapat dilupakan. Kemunculan lelaki itu pada hari ini mengimbau kembali kisah tersebut.

“Sudah la. Tak payah cakap pasal ni lagi.” Mastura cuba mengubah topik. Rasa berat kemaafan itu untk keberikan pada lelaki itu. “Awak cari saya? Buat apa? Ada datang rumah saya? Tak ada kan? Kalau setakat cari camtu tak payah cakap la.” Dia menepis segala percakapan yang Syamil tuturkan tadi. Itu semua alasan. Tak boleh percaya.

“Memang la saya tak ada cari awak sampai dekat rumah, tapi saya cuba contact awak. Semua tak berjawab. Mana lagi saya nak cari awak, Mastura. Hari tu saya ada eksplorasi panjat gunung. Saya jadi guide budak-budak yang pergi mendaki. Saya ada jumpa beberapa orang kawan yang sama university dengan awak. Saya tanya dia orang. ‘Kenal Mastura tak? Yang kecik-kecik dan seumpamanya la.’ Dia orang kata kenal awak. Kak Mastura yang garang tu ke? Yang banyak mulut tu. Yang suka buat huru hara kawasan tu? Memang kenal sangat.” Syamil cuba membuka kisah pendakiannya pada tahun lepas. Berkesempatan menemubual beberapa orang kenalan Mastura.

Ya. Mastura masih ingat di mana sewaktu dia berjalan melalui cafe siswa, ada beberapa orang pelajar yang sedang duduk di hujung meja makan dan memanggilnya. Terkejut dengan panggilan tersebut, dia segera menoleh. “Owh. Budak-budak ni rupanya.” Mastura mengguman sendirian. Segera dia menapak kearah mereka berkumpul. “Ni ada mensyuarat apa ni ramai-ramai kat sini? Dah la panggil nama akak kuat-kuat. Malu tau.” Mastura menarik muncung tanda protes. Pelajar-pelajar perempuan di situ hanya tersenyum dan ketawa melihat Mastura menarik muka malu. Muka tak ada perasaan. Dialah tu.

“Kak Mas, abang Syamil kirim salam.” Terkedu Mastura di situ. Nama yang sudah lama dia bungkus dalam genggaman penumbuknya. Penumbuk dikepal tanpa disedari. “Abang Syamil? Syamil mana pula ni? Korang jumpa dia kat mana? Orangnya macam mana? Ayah dia nama apa?” bertubi-tubi soalan dilontarkan pada mereka. Mastura tersedar yang ada beberapa pasang mata melilau melihat dia di situ. Ada yang cuba memasang telinga. Mastura cuba rendahkan suaranya walaupun dia tahu memang suara dia ni susah nak cakap slow-slow. Macam peluru dituju. Mastura jadi serabut. Harap bukan Syamil tu. “Kawan akak nama Syamil banyak tau. Yang putih ke, yang gelap ke, yang macam mana si Syamil yang korang jumpa ni?” Mastura cuba menundukkan suaranya ke paras telinga mereka. Disebabkan dia masih berdiri, segera Mastura merendahkan tubuhnya supaya tidak ketara suara mereka berborak.

Melihat muka cuak Mastura, Syuhada segera merendahkan tutur bicaranya supaya tidak didengari oleh pelajar lain. “Ala Kak Mas, dia cakap dia satu kolej dengan akak dulu. Dia tanya kenal Kak Mastura tak? Bila saya tanya macam mana ciri-ciri akak saya dah agak memang Kak Mas la kawan dia tu. Kami jumpa masa pergi daki gunung kat Dungun hari tu. Ada program kat sana dan dia jadi guide kami.” Tanpa berselindung Syuhada menceritakan pengalaman mereka mendaki gunung di sana kepada Mastura. Mastura masih lagi terkedu dengan cerita yang baru didengarinya sebentar tadi. “What? Dia ada kt Terengganu? Dalam banyak-banyak tempat kenapa sini juga yang dia nak datang. Pergi la gunung lain. Sibuk je datang daki dekat sini.” Mastura membebel sendirian. “Dia ada cakap apa-apa lagi tak?” Mastura bertanya kepada Syuhada. Berharap tiada cerita panjang berjela dibuka. “Dia cuma bagi tahu itu je la. Lepas tu suruh sampaikan salam pada Kak Mas.” Jujur Syuhada membuat pengakuan. “Kak Mas kenal dia ke? Dia tu siapa?” Syuhada mula bertanya setelah melihat Mastura masih terkedu dengan muka pucat dan dahi berkerut. Seperti memikirkan sesuatu.
“Owh…Syamil tu. Yang tak berapa nak hensem tu? Dia tu senior akak dulu masa dekat kolej. Dia ada mengayat korang ke?” Spontan dia bertanya kembali. Walaupun Mastura tidak pasti apa yang dia nak tanya sebenarnya. Cuba menyembunyikan kemarahan ketika itu. “Dah kenapa dia boleh jumpa pula dengan budak-budak ni. Dah tak ada orang lain ke nak jadi guide. Nasib baik aku tak join sama. Kalau tak mahu perang dunia ketiga meletus balik.” Mastura mendengus dalam hati.

“Dia tu ramah kak. Baik.” Mira pula bersuara setelah lama mendiamkan diri menjadi pemerhati. ‘Eleh, memang la ramah. Dengan semua perempuan dia ramah. Baik la sangat. Menyampah aku. Kalau la korang tahu dia tu macam mana, sorry to say la, akak memang bersumpah tak kan jumpa lagi dengan orang macam tu. Mati hidup balik pun jangan harap aku nak maafkan dia.’ Mastura menyumpah seranah dalam hati. Marah kembali menyelimuti diri.

“Owh…Baik? Memang baik sangat. Dah la jangan cakap pasal dia lagi kat sini. Yang pasti, akak harap korang jangan jumpa dia lagi. Then kalau jumpa pun jangan cakap apa-apa pasal akak. Cakap je salah orang. Cakap je tak kenal.” Mastura cuba mencari kekuatan untuk menutur bicara. Memang terasa kejam ayat yang dia tuturkan tapi lagi pedih hatinya apabila dia muncul kembali. “Akak pergi dulu ye. By the way, stay away from him. His my ex-crocidile.” Serius dia berlalu pergi tanpa menoleh ke arah mereka. Rasa dunia ni nak terbalik. Mastura cuba menguatkan kembali kakinya untuk menapak ke asrama. Niat untuk membeli makanan terus hilang. Rasa lapar yang sejak dari pagi tadi terus hilang apabila mendengar nama lelaki itu. Hilang selera makan. Mastura melangkah longlai.

“Awak maafkan saya tak Mastura?” Lamunannya terhenti apabila talian tadi masih lagi bersambung. Berat baginya untuk berkata-kata. Tapi cerita itu telah lama dia padam. Cuma luka itu masih lagi terasa pedihnya.

“Awak ni memang sengaja buat saya ingat balik kisah lama tu kan? Awak memang saja nak buat saya marah balik. Awak dah minta maaf dekat Dian? Awak dah minta maaf dekat semua gigirl awak dulu? Awak dah minta maaf dekat adik angkat awak? Awak dah minta maaf dekat besday girl awak tu?” Dengan geram Mastura melepaskan segala yang terbuku di hati. Dah lama dia simpan marah tu. ‘Kalau dia ada dekat depan aku mahunya aku bagi penumbok sekali.’ Nasib baik bantal yang ada di sebelahnya yang menjadi sasaran.

“Dekat Dian saya dah minta maaf. Dekat adik angkat saya tu pun dah. Semua dah. Dia orang semua maafkan saya. Awak seorang je yang masih tak maafkan saya.” Sayu nada dihujung talian. Entah betul ke tak Mastura tak pasti. Biarlah. Tu hal dia. Bukan masalah dia pun. “Bukan ke dulu dah minta maaf. Berapa kali langsung awak nak minta maaf?” Mastura cuba menepis dakwaan Syamil.

“Memang saya pernah minta maaf dekat awak, tapi awak tak pernah maafkan saya Mastura. Tolonglah maafkan saya. Saya benar-benar rasa bersalah. Saya tahu awak baik. Awak jaga saya masa saya sakit. Semua ikhlas. Saya ingat semua benda tu. Saya tak pernah lupa. Sebab awak baik sangat la sampai sekarang saya masih rasa bersalah pada awak.” Tanpa berselindung Syamil menuturkan kata-katanya kepada Mastura.

“Awak nak kemaafan dari saya je kan?” Mastura kembali menyoal. “Ya. Saya nak minta maaf je. Tu je. Kalau awak maafkan saya baru saya rasa tenang.” Jujur syamil menjawab. “Baiklah. Kalau maaf je yang awak nak. Saya terima. Saya maafkan awak.” Berat bagi Mastura untuk menuturkan kata-kata maaf tu. Hambar dan tiada perasaan ketika dia menuturkan kata maaf itu. Kalau boleh Mastura nak matikan terus talian itu. Tapi dia masih boleh menahan sabar. Mastura tak nak nanti dia menjadi punca orang lain menderita. Biar orang buat dekat dia. Asalkan dia tak berbuat dekat orang lain. Mastura cuba menahan sedih dan amarah yang telah lama dibuang. ‘Aku fikir dengan kehilangan aku tiada lagi yang tercari-cari. Rupa-rupanya muncul lagi. Memang patut aku buang terus number lama tu. Banyak menyusahkan hidup aku. Tapi….’

“Terima kasih Mastura. Terima kasih banyak-banyak.” Kedengaran suara lega dihujung talian. “Mama macam mana? Sihat? Ayah? Abang Syarul macam mana? Dah berapa orang anak dia?” Mastura cuba mengumpul kekuatan dan menukar topik perbicaraan. Kalau boleh dia nak stop terus. Tutup phone then biar hilang semula. Tapi, Mastura hanya marahkan seorang bukan keluarga lelaki itu. Dia saja yang  dibenci.  “Mama sihat cuma ada la sakit sikit. Ayah pun ok. Abang Syarul dah 3 orang anak tau. Sekarang dia orang dekat oversea. Lama dah tak jumpa.” Jawab Syamil mesra. ‘Jangan ingat bila aku dah tanya macam tu boleh memadamkan kisah lama tu. Aku tetap ingat.’

“Bagus la. Awak pula macam mana? Sekarang dengan siapa pula?” Mastura bertanya kembali. Nak tahu juga kisah terbaru lelaki itu walaupun dia tak de la kisah sangat apa yang lelaki itu hendak buat. “Saya macam ni lah. Dengan siapa? Tak payah la tanya.” Syamil cuba mengelak daripada menceritakan soal peribadinya. Mastura masih kurang senang dengan jawapan yang diberikan. ‘Lantak dia la. Malas aku nak amik tahu sangat.’ Tapi aleh-aleh bagi tahu juga tentang karier dia segala bagai. Berita gembiranya Syamil dah bertunang. Orang KL katanya. Kenal masa kerja. Sebulan kenal terus ikat tali pertunangan. Tahniah la. Itu je yang Mastura dapat tahu dari mulut lelaki itu sendiri. Dia malas nak tanya panjang-panjang. Kalau dipanjangkan cerita mahu tidaknya di ungkit lagi kisah lama. Buat bengkak hati je. Kalau boleh biar padam terus nama lelaki itu dalam sejarah kelahiran Mastura. Itu yang Mastura harapkan. Tapi, masa yang telah berlalu sukar untuk diputarkan semula. Kekuatan dan semangat diri sendiri yang menjadikan Mastura kembali teguh berdiri. Perkenalan dengan lelaki bernama Syamil amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya. Lelaki itu buaya. Itu sahaja yang jelas dari pandangannya. Buaya itu yang dia kenal. “Aku benci dia sampai bila-bila. Benci…benci..aku tak akan maafkan dia sampai bila-bila. Petala ketujuh pun jangan harap aku nak tengok muka dia.” Hati Mastura membentak kuat. Itu sahaja yang dapat diluahkan olehnya setelah lama menghilangkan diri. “Di mana Nadzim sekarang ni ye.” Terlintas di fikiran Mastura tentang sahabatnya itu. Kekasih tanpa suaranya. Hanya Allah sahaja yang tahu tentang perasaannya ketika melihat jejaka itu. Hingga kini hanya nama dia meniti di dalam doa. Walaupun berat untuk ditelan tetapi dia redha. Jodoh Tuhan telah aturkan. Dia tiada kuasa dalam perihal jodoh. Mungkin maut yang mendatang sebelum jodohnya tiba.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syed Nadzim bin Syed Nizam. Sahabat yang sepatutnya menjadi tulang belakang ketika Mastura bersedih. Jejaka itu telah lama merosakkan tali persahabatan mereka. Menghilangkan diri tanpa alasan yang munasabah. Mastura terpinga-pinga ketika melihat perubahan yang berlaku pada sahabatnya itu. Mastura seakan merasakan sesuatu yang tidak enak berlaku pada sahabat baiknya setelah 6 tahun berkenalan. Baru kali ini Nadz berubah sikap menjadi orang yang lain daripada apa yang dia kenal. Biarpun hubungan mereka mendapat restu keluarga, tapi sikapnya tidak menunjukkan yang dia berperikemanusiaan. Banyak halangan yang Mas dan Nadz tempuhi sepanjang berkenalan tetapi mereka tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dalam bergelar sahabat. Tapi…. Kali ini, kisah mereka menjadi sebaliknya kerana perbuatan orang ketiga. Siapakah orang ketiga dalam hubungan mereka? Mampukah Mastura bertahan? Sampai bilakah mereka harus bersembunyi disebalik bayang-bayang? Sampai bila Nadzim akan terus menghilangkan diri? Bicara Tanpa Suara itu membuatkan Mastura perit untuk mengenali mana-mana lelaki walaupun dalam berkawan. Ditinggalkan tanpa penjelasan yang kukuh. Seribu tahun Nadzim mendiamkan diri, seribu tahun juga Mastura mendiamkan dirinya. Baginya, hati bukan barang mainan yang senang ditukar ganti.

Ingatan 3 tahun lepas kembali menyapa. “Nadz, aku dapat sambung belajar kat Terengganu. Dekat la nanti kalau kau nak datang melawat aku.” Ceria Mastura memberitahu Nadzim tentang surat tawaran belajar yang dia peroleh. “Seronok la Mas nanti bila duduk kat sana. Banyak pantai. Boleh pergi setiap hari. Aku ni, tak tahu la macam mana. Bila la dapat jumpa Mas lagi…kan?” Nadzim melepaskan keluhan di hati kerana berat untuk meninggalkan sahabatnya itu. “Nadz nak sambung belajar ke tak nak?” Satu soalan muncul di bibir Mastura ketika mereka berbalas pesanan ringkas pada suatu petang.  “Tengok keadaan dulu la. Kalau Nadz nak sambung pun, Nadz ingat nak buat PJJ. Nak kerja dulu. Nak bantu ummi dan baba.” Ikhlas Nadz meluahkan isi hatinya itu. “Bagus la kalau kau fikir macam tu. Aku harap sangat kita dapat sambung belajar sama-sama. Tak ada la aku ni seorang-seorang je kat sini. Takut aku. Mana ada geng kita yang sambung belajar kat sini. Aku ada banyak perkara nak bagi tahu kau. Tapi bukan sekarang. Tunggulah sampai aku dah bersedia nak bagi tahu. Hehehe.” Mastura cuba menyimpan segala rahsia yang dipendamkan selama dia mengenali sahabatnya itu. Baginya, Nadzim juga seorang perahsia. Sukar untuk memahami isi hatinya. Melainkan dengan menjadi detektif tidak bertauliah sahaja baru dapat merungkai segala persoalan yang sering bermain diminda. Kalau di lihat dari luaran, Nadz sangat pemalu. Tapi mesra orangnya. Cuma…dalaman dia hanya Allah sahaja yang tahu. Mastura dapat membaca dari segala riak dan tindak tanduk sahabatnya itu. Sehinggalah mereka terus terpisah kini. Mastura sudah hilang keyakinan terhadap jejaka itu. Sudah penat dia mempertahankan hubungan mereka. Tapi, Nadz tetap dengan sikap sambil lewanya. Mastura terus meninggalkan jejaka itu. Kali ini dia memang patah hati. Biarlah hatinya menjadi milik Allah. Biarlah hatinya terus berbicara sendirian. Biarlah dia terus memendamkan perasaan, sehingga takdir menyatukan hatinya semula dengan seseorang yang lebih baik. Itu yang Mastura harapkan.

Lamunan Mastura terhenti apabila Syamil mengucapkan terima kasih kepadanya sekali lagi. “Terima kasih sangat-sangat, Mastura.” Terkejut talian masih tidak dimatikan lagi. Terasa sempit dada mengingatkan kembali detik dia bersama sahabatnya dulu. “Ermmm..lagi nak apa?” Soalan tidak ikhlas dari Mastura. Menyampah pula lama-lama berbual. “ Itu je. Ok lah. Saya doakan awak bahagia, sihat dan terus Berjaya dunia akhirat. Terima kasih sebab maafkan saya. Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan. “Waalaikumussalam.” Jawab Mastura pendek.

Terpaku dia dibirai katil. Cuba mencari sesuatu yang dapat melenyapkan segala yang berlaku tadi. ‘Dimana Nadzim ketika ini? Sihatkah dia? Mesti sedang berbahagia sekarang ni. Kawan dia ditinggalkan sendirian. Sabarlah duhai hati.’ Mastura memejamkan mata seketika dan cuba menarik nafas supaya tenang kembali seperti sebelum panggilan tadi dijawab. Baru sahaja dia pulang dari keluar bersiar-siar dengan sepupunya di oversea, dapat pula panggilan hangit yang lebih Hangit dari ‘Panggilan Hangit Era’ yang sering dimainkan di radio Era. Bengkak hatinya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kak E-la, esok kita pergi pantai nak?” Along atau nama penuhnya Nur Areeya Sofia binti Ramli, sepupu Mastura memberi cadangan. Dia ada plan baik punya sebenarnya tu. Mastura cuba dijadikannya sebagai orang yang mudah dibawa kemana-mana. Sporting la katakan. “Siapa lagi pergi?” Mastura bertanya. “Kita berdua dan seorang lagi DIA.” Sambil tersenyum Along menuturkan kata-katanya kepada Mastura. Mastura dah tahu dah siapa si DIA yang dimaksudkan Along tu. Saja nak melihat telatah sepupunya yang masih muda itu tersipu-sipu malu. “Ok. Siapa nak teman Kak E-la sepanjang korang berdating?” Sengaja soalan itu ditanya. Tak kan lah dia nak ajak Angah pula. Ayie ada kelas tambahan. Lan pula ada hal. Nak bawa adik Fini? Memang tak la. Rosak program dia orang nanti. Karang dia nak kencing la, nak makan la, macam-macam lagi kerenah yang adik akan buat bila dia dah mula bosan. Mastura senyum sendirian.

Pantai…tempat yang paling dia suka sejak dari lahir lagi. Kalau tak ada pantai, sungai menjadi tempat dia meluahkan segala perasaan yang terpendam. Bila nak menangis, segera dia terjun dalam sungai dan menangis dalam air. Tiada siapa yang dengar. Kalau di pantai, hembusan angin sentiada mendamaikan jiwanya yang sering kesedihan. Terasa diri tidak cukup kasih sayang dari keluarga, sungai menjadi penglipur lara. Pantai pula tempat dia menunggu khabar gembira. Berharap hari-hari yang dilaluinya sebelum ini dapat di bawa angin. Terus hilang. Dia nak menjadi yang baru. Seperti bayi yang baru dilahirkan. Tidak kenal sesiapa. Hanya bergantung pada diri sendiri.

“Kak E-la rasa tak payah ajak sesiapa la. Akak seorang pun ok. Nanti akak bawa novel ‘Something Stupid’ tu akak baca kat tepi pantai. Korang pergi la borak-borak.” Mastura terus memintas kata-kata Along yang cuba mencari orang yang dapat menemaninya nanti. “Tak apa ke Kak? Kesian kat akak nanti.” Along terasa bersimpati pada Mastura yang pasti akan bersendirian lagi. Bukan mudah membaca kotak fikiran sepupunya itu. Sudahlah ditinggalkan Nadzim tanpa sebab yang munasabah. Sekarang lebih banyak mendiamkan diri daripada sebelum ni. Hebat juga persahabatan sepupunya dengan Nadzim sebelum ini. “Akak ok je la. Tak kan la tak kenal akak ni. Akak ni kan orang kuat korang. Buat apa nak kesian. Ala, nanti bila korang pergi date tu, akak usya la jodoh dekat tepi pantai tu. Setiap hari kan jodoh kita.” Jawab Mastura acuh tak acuh. Dia malas nak bersoal jawab. Kalau dia nak berteman dah lama dia panggil jiran depan rumah tu. Tapi dia mahukan privasi untuk kali ini. Dia tak mahu ada sesiapa yang melihat air muka disebalik dia ke pantai nanti. Pantai banyak menyimpan khazanah alam yang tiada ternilai. Sama seperti tersimpannya kenangan indah ketika dia masih belajar di kolej dahulu. Hanya dia sahaja yang tahu erti pantai buat dirinya. Mastura hanya boleh tersenyum dengan melihat laut yang terbentang luas itu.

“Kalau Kak E-la dah cakap macam tu, Along ok je la. Asalkan Kak E-la happy.” Jawab Along riang. ‘Aku yang happy, ke dia yang happy ni?’ Mastura berkata sendirian. “OK. Whatever.” Bagi tahu kat pak we Along, esok pukul 9 pagi okey!!! Kalau awal sangat dia datang, akak malas nak ikut.” Hehehe. Balas Mastura lagi sambil memberi isyarat dan kata muktamad. “Baik boss.” Along mengangkat tabik seperti seorang askar yang memberi tabik hormat kepada ketua Komanden.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang melalui jalan menuju ke pantai, Mastura hanya mendiamkan diri. Malas dia nak bersuara. Penat melayan novel karya Dekna Lee masih belum hilang. “Bila lah nak habis baca novel ni. Lama sangat dah aku baca.” Mastura membebel dalam hati. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang ketika melalui suatu kawasan di situ. “Apa khabar ye Mak Su dan Usu?” Terasa lama benar dia tidak melawat mereka. Terlintas di hati untuk singgah sebelum pulang ke tempat dia belajar nanti. “Masih ingatkah mereka kepada aku?” Hati Mastura membungkam ketika mengingat kenangan mereka bersama suatu ketika dahulu. “Dia dah berubah. Dia bukan orang yang aku kenal. There something wrong with him. I need to know. But how?” Mastura berteka teki sendirian. Cuba mencari makna disebalik kesimpulan yang dibuat. “Aku pasti, Allah pasti bantu aku mendapatkan jawapan dari segala teka-teki ini.” Mastura berkata yakin di dalam hatinya walaupun dia masih tidak pasti keputusan yang hendak di buat. Kalau dulu Syamil pernah membuatkan dia menjadi pendendam dan pemarah dek sikap buaya daratnya, tetapi Nadzim tidak membuatkan dia jadi begitu. Malah lebih kepada persoalan yang membuatkan dia sendiri tertanya. Masih ada hutang yang perlu di bayar. Silaturrahim tidak akan terputus walaupun Nadzim membuang dia terus dari pandangan hidupnya.

“Aku peduli apa. Kalau dia yang buat perangai, bukan aku yang buat pun. Kenapa aku pula yang nak rasa bersalah. Aku hanya musuh dengan dia, bukan dengan saudara mara dia. Lantak engkau la Nadz. Aku tak faham apa yang terjadi pada kau. Mungkin bahagia bersama dengan orang tersayang kut. Mesti ada sebab Nadz jadi macam tu. Tapi sebab apa ek?” Fikiran Mastura seperti melayang dengan pelbagai persoalan dan kisah silamnya. Cuba mengaitkan segala hipotesis yang diperoleh. Semuanya buntu. Akhirnya dia terlelap. Kereta  yang dipandu Bf Along terus meluncur laju ke destinasi yang dituju. Pantai Batu Burok.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dah sampai belom?” Mastura terjaga dari lelapnya. Terasa lama perjalanan yang diambil. “Belum lagi Kak E-la.” Hanya itu yang dibalas oleh Alif, bakal sepupu ipar aku tu. “Lama lagi ke nak sampai? Akak dah jemu duk dalam kereta ni.” Luahku. “Kejab lagi sampai la kak.” Alif membalas pendek. Kulihat Along dah terlentok tidur. ‘Apa punya mak we la budak ni, boleh tidur pula. Pak we dia dibiarkan drive seorang-seorang.” Aku membentak di dalam hati. Terasa nak ketawa pula melihat reaksi mereka berdua. Teringat ketika aku dengan Nadz dulu. Kalau ada dia kat sebelah, kompom aku tak tidur. Membebel tak berhenti. Kesian dekat dia. Semua tu dah menjadi kenangan buat aku. Fikiran terus melayang pada hari kami nak pergi ke pantai bersama sahabat-sahabat aku yang lain.

“Kau sihat ke Nadz? Aku dengar kau masuk hospital hari tu? Semput tak sembuh lagi ke? Ni mesti kau minum ais banyak kan?” Aku membebel pada Nadz semasa di dalam kereta Muaz. Aku, Nadz,  Syafiq, Muaz, Qistina dan Saniah sangat rapat. Kami sama-sama belajar di kolej. Muaz, Syafiq  dan Nadz merupakan rakan sekuliah. Selebihnya sahabat yang lain satu kelas dengan aku. Walaupun berbeza fakulti, tidak menghalang kami melakukan aktiviti masa lapang bersama. Pantai menjadi pilihan mereka.

“Aku okey je la. Bukan teruk pun. Mujur ada Muaz kat rumah sewa tu. Kalau dia tak ada, mahu pengsan aku kat rumah seorang-seorang.” Nadz menjelaskan keadaan dia ketika diserang semput. “Eley, Nadz tu bukan nak bagi tahu pun yang dia tengah sakit. Aku tengok dia dah semacam je, muka pucat lesi. Aku agak je yang semput dia datang balik. Sebab asyik urut dada ke.” Muaz menerangkan situasi sebenar ketika dia melihat Nadz seperti orang menahan kesakitan. Sudah menjadi kebiasaan Nadzim, kalau dia sakit memang tak pernah nak bagi tahu sesiapa, walaupun kawan baik sendiri. Kalau boleh, sakit dia tu dia seorang je yang nak tanggung. Rakan-rakan yang lain telah sedia maklum dengan perangai Nadzim yang memang terkenal dengan sikap pendiamnya.
“Kak E-la kita dah sampai ni. Solat Zohor dulu la ek. Surau kat situ.” Suara Alif membuatkan lamunan Mastura terhenti ketika mereka tiba di Pantai Batu Burok. Alif menunjukkan surau yang dimaksudkan kepada Mastura. “Nak jumpa semula dekat mana Kak E-la?” Tanya Alif setelah Mastura hanya mengangguk dari tadi tanpa bersuara. “Dekat parking ni je la. Buat pe nak pergi jauh-jauh. Tunggu kitorang kalau Alif dah siap solat. Jangan nak merayau mana-mana.” Mastura membuat keputusannya sendiri. Alif hanya menurut perintah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai melakukan solat jamak Zohor-Asar, Mastura dan Along segera ke tempat mereka janjikan. Kelihatan Alif sabar menunggu mereka berdua. Perempuan la kata kan. Bersiap kalah pengantin. Sebenarnya bukan sengaja lambat, tetapi semasa nak ambil wuduk tadi, air pili dekat dalam surau tu tak ada. Terpaksalah mereka keluar semula dan mengambil wuduk di tandas. Apa punya surau la. Tempat pelancongan pula tu, orang nak solat pun tak selesa dengan bersepah sana sini. Habuknya, memang tak macam surau la.

“Kita nak makan dekat mana ni Kak E-la?” Alif bertanya setelah masing-masing mendiamkan diri. Menikmati keindahan pantai agaknya. “Akak tahu satu tempat ni je, sebab sebelum ni akak pernah datang sini dengan kawan-kawan kelas akak. Cuma, akak terlupa yang akak pernah datang pantai ni, dah lama tak datang. Nama tempat pun akak lupa. Sorry sangat-sangat tau. Kalau akak tahu pantai yang korang maksudkan tu kat sini, tak de maknanya kita datang jauh-jauh macam ni. Tapi, akak tak tahu la korang suka ke tak tempat yang akak selalu makan tu. Situ dekat dengan pantai. Kalau korang tak kisah, jom la kita ke sana. Nanti akak tunjukkan kat mana tempat dia. Nama tempat akak tak ingat tapi kalau tunjuk jalan comform akak ingat.” Meleret Mastura menerangkan kepada Along dan Alif. Mastura kalau dah mula bercakap susah nak berhenti. Semuanya dia nak bagi tahu. Asalkan ada yang sudi mendengar. “Alif ikut akak je.” Balas Alif pendek. “Okey jom.” Mereka bertiga segera ke tempat yang di maksudkan Mastura tadi.

“Saya nak Carrot juice dan nasi goreng ayam kunyit.” Alif mula membuat order ketika pelayan kedai makan datang ke meja mereka. “Bagi saya nasi goreng ayam. Air..saya dah bawa sendiri. Terima kasih.” Balas Mastura pendek. Sudah kebiasaan Mastura jika ke kedai makan mesti bawa bekal air kosong sendiri. Katanya, air kat kedai makan tak boleh dipercayai sebab air tak masak. “Saya nak Lemon juice dan nasi goreng ayam, sama macam yang tadi.” Along meminta nasi goreng yang sama dengan sepupunya itu.

Sementara menunggu makanan sampai, Mastura cuba melihat gelagat pelancong yang datang di Pantai Batu Burok itu. Ramai pula orang datang hari ni. Mesti makanan pun lambat siap. Di pantai ini juga dia pernah bertemu dengan crush dia. Terkejut dengan kehadiran jejaka itu, terus dia memalingkan muka dan tunduk supaya tidak dikenali. Bagi Mastura jejaka itu cukup pakej, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Akhlak pun baik. Sebab itu dia merasakan malu pada diri sendiri jika melihat jejaka itu, walaupun jejaka itu tidak mengenalinya. Melihat jejaka itu tersenyum manis kepadanya, terus dia mempercepatkan langkahnya. ‘Dia senyum kat orang lain la Mas, kau jangan nak perasan. Jangan harap dia kenal kau.’ Hati Mastura membentak dengan kuat. Menafikan yang jejaka itu senyum padanya. Di toleh ke belakang. ‘Ah, ramai perempuan cantik kat belakang aku ni, mesti dia senyum kat dia orang tu. Apa-apa je la Mastura.’ Mastura tersenyum sendirian ketika mengingati kenangan itu. Yang dia lagi terkejut, apabila terjumpa sekali lagi jejaka tersebut ketika dia bersama rakan-rakan yang lain membeli belah di pasaraya Mydin Mall, Kuala Terengganu pada hari yang sama. ‘Dia date dengan awek dia la tu.’ Mastura membuat kata putus. ‘Abaikan je la.’ Dia malas nak busy body hal orang lain. Asalkan crush dia bahagia sudah.

“Terima kasih.” Ucap mereka serentak ketika pelayan tadi membawa dulang berisi makanan mereka. Perut dah lapar sangat. Hanya tunggu nak makan je lagi. Lamunan Mastura terhenti lagi. Mastura memang terkenal dengan sikap mengelamun. Bukan dia saja-saja nak mengelamun, tapi baginya setiap tenpat yang dia pergi mempunyai something value yang tak akan dilupakan. Sebab itu lah, dia suka mengingati kisah-kisah lama kerana kenangan itu hanya dia yang dapat rasa. Kenangan itu menjadikan dia lebih matang dalam melayari kehidupan pada masa akan datang. Tapi, yang paling tak bagusnya, apabila Mastura mula mengimbau kenangan lama, pasti kenangan pahit itu datang menerjah. Ditepisnya kenangan pahit itu sejauh-jauh mungkin. Berharap suatu hari nanti, dia dapat melupakan kenangan itu. Kalau dapat diputarkan waktu, mahu sahaja dipadam kisah lama yang memeritkan jiwa.

“Okey. Alif baca doa dulu. Makan seorang-seorang pula dia.” Mastura menegur sikap Alif yang makan tanpa membaca doa bersama-sama. Baginya, kalau nak jadi sepupu ipar kena la jaga adab sikit. Dia kan nak jadi imam pada Along. Kena praktis la makan berkeluarga. Teruk. Mastura mula membuat andaian setelah mengenali kekasih sepupunya itu sejak tahun lepas.  “Sorry kak.” Alif tersengih malu setelah ditegur Kakak sepupu kekasihnya itu. ‘Apa la nak kena dengan aku ni. Kantoi la hari ni. Dah Nampak sisi tak bagus aku.’ Alif mengakui kesilapannya di dalam hati.
Mereka makan dengan penuh kusyuk. Masing-masing lapar. Tidak dihiraukan orang sekeliling. Kedai  makan itu semakin ramai dikunjungi. Mastura mula berasa sesak setelah menyedari ada mata-mata yang sedang melihatnya makan dengan penuh berselera. ‘Aku korek juga biji mata seorang-seorang ni. Awek depan mata pun tengok orang lain lagi. Lelaki semua sama.’ Mastura mula menyumpah kaum Adam itu. Selesai makan, dia segera menyapu mulut yang masih berminyak. Alhamdulillah. Habis licin semua. “Lepas ni kita jalan-jalan kat tepi pantai ek?” Mastura melontarkan pandangannya ke hujung pantai. Rindunya dia dengan pantai, hanya Allah sahaja yang tahu. Betapa indahnya cipataan Tuhan. Rasa dia kerdil dan kurang bersyukur. Mengakui banyak kekhilafannya sebelum ini. ‘Bodohnya aku.’ Mastura membentak di dalam hati. Hanya itu yang dia boleh katakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melihat suasana dan keindahan pantai itu, Mastura segera mengeluarkan camera Niconnya untuk mengabadikan kenangan di situ. “Kan seronok kalau ada Qistina dan Saniah. Tak ada lah aku rasa sunyi sangat. Apa lah yang mereka sedang buat sekarang ni ye.” Mastura berkata sendirian. Matanya melilau ke sana ke sini melihat layang-layang yang dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak di situ. Comel. Mastura tergelak kecil ketika melihat seorang kanak-kanak terjatuh ketika melarikan layang-layangnya di tepi pantai. Seorang lelaki menghampiri kanak-kanak itu. Lalu diangkatnya dan dipujuk supaya tidak menangis. ‘Ayah dia la tu.’

Tangan tidak lepas dari mengambil gambar. Entah keberapa puluh gambar di ambil. Suka dia mengabadikan kenangan di pantai. Senyuman dilebarkan. Layang-layang yang dibuat daripada pelbagai warna itu menarik perhatiannya. Bermacam-macam gambar dilukis pada kertas layang-layang itu. Dari gambar cerita frozen, Iron man, Ben-10, justice, Boboy Boy, Upin Ipin, Barbie, Naruto dan banyak lagi dipamerkan di situ. Klik. Satu gambar diambil. Klik. Lagi satu gambar diambil.

“Kak E-la, boleh tolong ambil gambar kami tak?” Along bertanya sambil tersenyum malu. “Boleh je. Ha, cepat la posing. Akak tekan je ni. Lambat…akak tak tahu. Cantik ke tak akak tak jamin ek.” Mastura cuba mengusik sepupunya itu dengan menekan butang camera phone dengan spontan tanpa mereka dapat bersedia. Suka dia mengusik sepupunya itu. Mastura menahan ketawa ketika melihat Along kelam kabut mengambil posisi di sebelah Alif. “Kak!!! Along tak sedia lagi la. Sabar la.” Along mendengus merajuk. Terlepas juga ketawa yang ditahan tadi. “Okey. Sedia ye. Satu…dua…tiga…senyum.” Mastura membilang sebelum gambar diambil. Bukan main berposing sakan budak dua orang ni. Melebih pula. Akhirnya Mastura tersenyum melihat gelagat yang lucu diantara mereka berdua. Ada kenangan yang mencuit hatinya suatu ketika dahulu. Darah orang muda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari pertama menjejakkan kaki di kampus, terasa sungguh gembira. Cuti semester baru sahaja berlalu. Rindu pun ada juga bila melihat di sini lah bermulanya pencarian ilmu. Kenangan di kampus ini tak banyak yang boleh diceritakan dan diluahkan. Orang yang berada di sekeliling kerap bertukar silih berganti sama dengan berlalunya masa. Mastura merasakan dia benar-benar ingin tinggalkan negeri ini. hatinya masih lagi terluka. Wajah yang meninggalkannya tanpa kata sering muncul setiap kali dia cuba melupakan insan itu. Dia nekad, tidak akan percaya golongan itu lagi. Hatinya membungkam. Kusut kepalanya memikirkan masa yang akan ditempuhi di sini. Pelajar senior yang baru tamat practical mereka, telah kembali semula menyambungkan degree mereka selama setahun lagi di sini. Mastura terpaksa menghadap wajah-wajah itu lagi. ‘Ahhh...Stress betol la.’ Hati Mastura membentak. Baru pertama kali dia merasakan hatinya kosong. Kosong sekosong-kosongnya setelah lama perasaan itu hilang. Dia melangkah longlai mencari pejabat pendaftaran asrama. Pintu masih berkunci. “Dia orang tak balik solat Jumaat lagi ke? Sekarang dah pukul 3. Lama betul.” Suara hatinya berbisik. “Tunggu dulu la.” Mastura masih setia menanti staf di pejabat pendaftaran pulang.
Setengah jam berlalu. Mastura hilang sabar. Penatnya masih bersisa kerana menempuh perjalanan yang jauh. Tuhan masih menguji tahap kesabarannya. Sering mendapat ujian sehinggakan dia merasakan yang dirinya tidak mendatangkan tuah langsung. Ada kekasih, kena tinggal. Sabar sahaja dia menunggu khabar berita dari Nadzim. Tetap diam seribu bahasa. Sehinggalah dia mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan lagi sahabatnya itu. Fade up. Walaupun Mastura tahu kisah sebenar tentang sahabatnya itu, tapi dia masih lagi tidak berpuas hati jika Nadzim tidak mencerikan hal yang sebenar kepadanya. Dia mahu dengar dari mulut jejaka itu sendiri. Dia tidak suka mendengar dari mulut orang lain. Baginya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Mastura mula membenci. Dia benci semua yang terjadi. Dia benci mengenali jejaka itu. Hatinya merintih untuk meninggalkan segala kenangan yang pernah dilalui bersama Nadzim. Tapi jiwanya pula memberontak untuk tidak terus melatah. Rasa terseksa bila ditinggalkan orang yang kita pertaruhkan hati dan perasaan. Biarlah perasaan itu menghilang seperti hilangnya kesan di atas pasir di persisisan pantai. Moga dia beroleh yang lebih baik dari apa yang dia dapat sebelum ini. Mungkin jodohnya masih panjang, dan mungkin juga ajalnya yang semakin mendatang. Dia yakin, jodohnya yang sebenar bukan di dunia yang fana ini. Jodohnya di syurga. Dia rela lepaskan semua kenangan itu dengan menghilangkan diri buat selama-lamanya. Kisah cinta kita tidak selalunya indah. Langit  pun tidak selalunya cerah. Malam mungkin tanpa bintang menyinar. Itulah lukisan alam.


Apa yang terjadi pada dua jiwa itu? Mampukah mereka terus menanti? Berapa tahun lagi masa yang akan diambil untuk Mastura dan Nadzim bermuhasabah diri? Nur Alia Maisarah dan Husna Raudhah ? Siapakah gadis-gadis itu? Apa kaitannya dengan hidup mereka? Yosuof Jailani dan Wan Muhammad Muslim ? Siapa pula mereka dalam hidup Mastura? Air yang tenang jangan disangka tidak akan berkocak. Hati yang terpendam jangan disangka tiada yang melihatnya. Nantikan sambungannya pada masa akan datang. Bicara Tanpa Suara merungkai kisah suka duka dalam pencarian cinta sejati. Hanya Allah yang hakiki. Itu pasti. 

Tuesday, 8 September 2015

Program Tayangan Video & Pengambilan Ahli baru serta Pertunjukkan Seni Silat Gayong Pusaka

8 September 2015 Selasa

Alhamdulillah semalam pada 7 Sept 2015 bersamaan hari Isnin telah berlangsung Program Tayangan Video & Pengambilan Ahli baru serta Pertunjukkan Seni  Silat Gayong Pusaka yang bertempat di perkarangan café UniSZA Kampus Tembila, Terengganu. Majlis yang diketuai oleh saudari Emilia sebagai ketua program mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pelajar.


Terima kasih tak terhingga kepada semua AJK dan Ahli silat yang mengambil bahagian dalam menguruskan program yang tidak seberapa ini. segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat di dalam program ini di harapkan dapat menjadi iktibar dan panduan untuk program yang akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan yang buruk  itu datang daripada kelemahan kami sendiri. Jadi jom kila layan gambar sepanjang program berlansung. Semoga semua ceria-ceria selalu.

ahli baru sedang mendaftar..



PA sistem pun bukan main lagi dy posing...


Syuk. menggigil ckp kat depan..hehe..org hebat ni..sje pakai putih la tu..semua xnk tunjuk skill..btw tq ye ketua program.









sir tgh buat demo.

pengerusi majlis pun nak jugak..

Stay away from me..




terima kasih semua. 
 semoga ketemu lagi..
P/S : Mr S, kau jgn lg muncul dlm hidup aq..aq meyampah dgr suara kau..better go away. aq dah xtahan tgok muka buaya darat kau tu..note!!!

Friday, 4 September 2015

Misi ke Acheh Selesai...Alhamdulillah..

 “Korang kena buat travelog untuk misi yang dah dibuat. Kalau ada rezeki mungkin terpilih untuk masuk dalam karya majalah”. Antara kata-kata Abang Hakim kepada kami berempat setelah kami bertungkus lumus menyiapkan laporan terakhir misi.

Selalunya kalau selesai sahaja sesuatu majlis besar atau sesuatu perkara yang bersejarah bagi saya, saya hanya akan menceritakan semula detik-detik peristiwa tersebut berlaku. Kemudian pos dekat blog ataupun simpan dalam diari. Tapi, untuk buat travelog tiba-tiba saya rasa tak tahu nak mula dari mana. Kalau buat terlebih, takut banyak pula auta dari fakta. Jadi, tugasan kali ini lain sikit bagi saya, bukan macam diari tapi lebih kepada bahan sejarah yang saya peroleh. Pertama dalam hidup.

Dalam sibuk mencari idea untuk diluahkan dalam penulisan kali ini, saya teringat peristiwa pertama kali sampai di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. Penggunaan nilai mata wang ribu-ribu menjadikan saya orang yang paling lemah dalam menggunakan duit. Bukan tak pandai mengira, tapi rasa takut nak keluarkan duit, malah rasa takut hendak berbelanja di sana.

“Rasanya tak beli apa-apa kut. Tukar RM 200 je la. Kalau aku tukar banyak, boleh jadi gila aku sorang-sorang”. Aku bermonolong sendirian sebelum ke kaunter untuk menukarkan wang yang aku bawa dari Malaysia.

Selepas mendapatkan teksi di sana, saya segera memberi alamat tempat kami menginap. Dalam keadaan yang masih separuh sedar, saya cuba menghadam kawasan yang saya lalui ketika itu. Situasi yang saya alami rasanya umpama orang yang tengah pening tapi buat-buat waras. Berlakon je lebih. Nak ‘cover’ pening sebenarnya. Semasa dalam teksi, pak cik yang membawa kami menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kami dengan bayaran 400 ribu rupiah untuk setengah hari. Dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang. Sukar untuk saya membuat keputusan ketika itu memandangkan jumlah bayaran yang diminta membuatkan saya terkedu seketika. Dalam kepala, saya cuba mencongak berapa ringgit Malaysia kalau 400 ribu rupiah. Memandangkan kepala masih dalam kondisi ‘MODE’, saya mengisyaratkan kepada Khadijah untuk mengira dan membuat keputusan. Dengan kebijaksanaan Khadijah, kami menolak secara baik pertolongan pak cik tersebut. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“Mahal giler pak cik ni letak harga, mentang-mentang aku ni orang baru di sini, dia main kasar nampak”. Aku bermonolong sendirian.

Perjalanan yang memakan masa selama satu jam itu membuatkan saya tidak dapat melelapkan mata walaupun sejenak. Setiap perjalanan yang dilalui umpama sangat berharga dan bernilai dalam hidup saya. Walaupun pemandangannya sama sahaja jalan nak balik ke utara. Ada sawah padi, ada orang berniaga, ada macam-macam lagi aktiviti yang lebih kurang di Malaysia. Tiba di tempat penginapan, saya cuba melihat keadaan bilik yang disediakan. Reaksi pertama memang agak mengejutkan sebab tandas dan bilik mandi di luar bilik dan dikongsi semua penginap di motel tersebut.

Sementara Khadijah berurusan dengan pak cik motel di situ, saya memberanikan diri melawat bilik mandi yang berada di luar bilik penginapan saya itu. Setelah membuat pemantauan dan penelitian, rupanya ada tangga yang mengarah ke bilik penginap yang berada di tingkat atas.

“Ya Allah, kalau ‘toilet’ kat bawah tangga tempat orang lalu lalang, dah macam ‘free show’ la gamaknya. Kalau orang tu jenguk ke kat bawah, kompom nampak orang duk mandi. Masak aku macam ni”. Sekali lagi aku bermonolog sendirian.

Melihat keadaan yang kurang selesa tersebut, saya segera memberitahu khadijah. Nak cari tempat menginap yang lain pun dah tak cukup duit. Bayaran untuk seminggu di Banda Aceh dah di bayar. Nak minta duit dah segan pula. Jadi, kami memberanikan diri untuk ‘survive’ di tempat tersebut.
“Aku harap ada tempat lain yang boleh aku tinggal. Allah pasti tolong. Miracle always happens”. Aku mula berdoa di dalam hati.

Allah Maha Mendengar. Berkat kesabaran, keesokan harinya kami telah di bawa ke Majlis Adat Aceh bagi tujuan menemu bual Wakil Adat Aceh, Drs. Tgk. H.A. Rahman Kaoy bagi mendapatkan maklumat tentang Sultan Iskandar Muda. Di akhir sesi temubual tersebut kami telah dipelawa untuk tinggal bersama beliau dan isteri di rumah mereka. Saya agak terkejut, tetapi memandangkan penginapan yang kami ada sekarang sangat berbahaya terutama bagi golongan hawa seperti kami, dengan penuh kesyukuran kami menerima pelawaan tersebut dengan hati yang terbuka. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi ‘safety first’ mesti diutamakan. Kami telah di hantar oleh pensyarah dari Universitas UIN merangkap pembantu kami dalam misi menjejak tokoh-tokoh Islam sepanjang kami berada di Banda Aceh ini. Jika tiada pertolongan dari Encik Muhajir Al-Fairusy, kami memang tak tahu hendak dapatkan maklumat yang tepat kat mana.

“Ya Allah, terima kasih atas pertolongan-Mu, semoga misi yang kami galas ini, Engkau bantu hingga ke akhirnya”. Dalam kegembiraan aku berdoa sendirian.

Siri Jejak Sultan Iskandar Muda

Perjalanan menjejak sejarah Kegemilangan Islam pada zaman Sultan Iskandar Muda dan menjejak tokoh yang seiring dengan baginda seperti Syekh Abdurrauf Singkil menjadi misi penting bagi saya dan ahli Dg Tembila yang lain. Walaupun misi menjejak tokoh ini hanya dijalankan oleh saya dan kawan saya, Khadijah, ini tidak melunturkan semangat kami dalam menggalas tugas yang diberi oleh pihak Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).

Kalau nak diceritakan tentang kisah Sultan Iskandar Muda secara lebih mendalam, rasanya perlu dibuat kajian selanjutnya mungkin memakan masa selama setahun ataupun lebih daripada itu. Dalam menyusuri jejak-jejak peninggalan Sultan Iskandar Muda ini, saya menemui beberapa orang pengkaji sejarah yang juga mempunyai impian dan misi seperti kami dalam mengkaji sejarah tokoh-tokoh pejuang islam terkemuka zaman dahulu kala. Selain itu, saya juga menemubual beberapa orang tempatan juga orang awam tentang tahap pengetahuan mereka terhadap sejarah Sultan yang begitu hebat ini. Kegemilangan yang telah 400 tahun berlalu ini mungkin sahaja menjadi ingatan oleh beberapa orang lama, atau boleh sahaja sudah dilupakan oleh generasi masa kini.

Sultan Iskandar Muda atau lebih dikenali sebagai Sultan Iskandar Meukuta Alam merupakan pemerintah yang dikenali dengan ketegasannya serta kehebatannya dalam menjalankan hukum-hukum Islam walaupun terhadap anggota keluarga baginda sendiri. Baginda juga masyhur dengan nama Peurkasa Alam kerana keberanian yang dimiliki oleh baginda dalam menegakkan kebenaran dan gelaran ini diberikan oleh sahabat-sahabat baginda ketika baginda dewasa. Masa kecil baginda lebih banyak dihabiskan dalam lingkungan istana dan baginda masyhur dengan nama Raja Zainal atau Raja Silan manakala semasa bayi baginda sering disebut Tun Pangkat Darma Wangsa, (Zainuddin: 1957, 21). Sultan Iskandar Muda diputerakan pada tahun 1953 di Banda Aceh. Baginda memerintah selama 29 tahun dan telah menempa pelbagai kejayaan dalam perluasan kuasa dan hubungan antarabangsa.

Sultan Iskandar Muda dilahirkan pada tahun 1593 di Aceh dan wafat pada tanggal 27 Disember 1636. Baginda berasal daripada keturunan Raja Darul-Kamal bagi sebelah ibundanya dan Raja Mahkota Alam daripada sebelah ayahandanya. Ibunda baginda bernama  Puteri Raja Indra Bangsa atau lebih masyhur dengan nama Paduka Syah Alam manakala ayahanda baginda bernama Sultan Mansur Syah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar. Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar merupakan salah seorang pemerintah yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah walaupun terhadap anggota keluarganya sendiri. Makam Sultan Iskandar Muda terletak di Kompleks Kandang Mas tetapi dihancurkan oleh Belanda dan makam sekarang hanyalah duplikat hasil petunjuk Pocut Meurah, isteri kepada Sultan Mahmudsyah yang sering berziarah ke makam Sultan Iskandar Muda ini.

Sultan Iskandar Muda lebih banyak meluangkan masa di dalam istana di mana pendidikan baginda sangat di titik beratkan agar mendapat pendidikan yang sempurna dan yang terbaik. Sejak usia antara 4-5 tahun baginda telah diajarkan berbagai ilmu pengetahuan. Ketika usianya mencapai baligh, ayahandanya menyerahkannya kepada Teungku Di Bitai (ulama turunan Arab dari Baitul Mukadis) dan diberi gelar Tun Pangkat Peurkasa Syah (Zainuddin, 1957: 27) agar menerima ilmu dengan sempurna.

Kemudian baginda menerima pendidikan daripada ulama-ulama dari Mekah antaranya Syekh Abdul Khair Ibnu Hajar dan Sekh Muhammad Jamani yang merupakan ahli dalam bidang ilmu fiqh, tasawuf dan ilmu falak. Seterusnya baginda menerima pendidikan daripada seorang ulama yang masyhur berasal dari Gujarat iaitu Syeikh Muhammad Djailani bin Hassan Ar-Raniry. Ketiga-tiga ulama ini mempunyai jasa yang sangat besar terhadap pendidikan Sultan Iskandar Muda selain mempengaruhi cara pemikiran baginda.

            Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di Banda Aceh, pada tahun 881H, Sultan Salahuddin Syamsu Syah Meukuta Alam telah mengisytiharkan bahawa Aceh adalah kerajaan Islam iaitu sebuah negara yang menegakkan Islam. Hukum syar’ie merupakan tanda aras bagi segala adat yang diberi kebenaran untuk dilaksanakan di Aceh. Segala adat, seni dan budaya masyarakat Aceh harus disesuaikan  dengan syariat Islam. Adat-adat masyarakat Aceh yang seiring dengan hukum syar’ie dikekalkan tetapi bagi adat yang tidak mengikut syar’ie Islam wajib diubah menjadi selari dengan yang dibenarkan syar’ie.

Kesemua Kerajaan Kesultanan Aceh disatukan oleh Sultan Johan Ali Ibrahim Mughayat Shah atau Sultan Ali Mughayat Shah menjadi kerajaan Aceh Darussalam pada tahun 913H iaitu Kesultanan Islam Peureulak, Kesultanan Islam Samudera Pase, Kerajaan Islam Meukuta Alam Banda Aceh atau Kerajaan Islam Linge, Kesultanan Islam Pidie, Kerajaan Darul Imarah Darul Kamal, Kerajaan Islam Banua Tamiang dan Kerajaan Islam Jaya. Madinatul Sultan Banda Aceh (sekarang Banda Aceh) merupakan pusat pentadbiran kerajaan Aceh Darussalam. Sultan Mughayat  Shah putera Sultan Salahuddin Syamsu Shah Meukuta Alam (881H) diangkat menjadi Putera Mahkota merangkap Panglima Perang Islam dan baginda juga merupakan ahli strategi.

            Sultan Alauddin Riayatshah Al-Kahar (datuk Sultan Iskandar Muda dari pihak ibunya) beliau mengundang 70 ulama untuk menyusun sebuah Qanun Pemerintahan Islam di Aceh yang disebut Qanun Syara’ Al-Asyi. Beliau memperkuat angkatan laut, darat dan mengalahkan angkatan laut Portugis yang datang menyerang Aceh dan beliau memperoleh kemenangan.
           
PERNIKAHAN
           
Puteri Gayo merupakan salah seorang isteri kepada baginda Sultan Iskandar Muda. Hasil daripada perkahwinan, baginda dikurniakan seorang putera yang lebih masyhur dengan nama Meurah Pupok. Dalam bahasa Gayo, “Meurah” bermaksud marah dan gaya kalimah ini diguna pakai bagi gelaran Raja-Raja Aceh sebelum kedatangan Islam.

            Seterusnya, baginda juga telah menikahi seorang puteri yang berasal dari Ribee, Pidee, Aceh yang dikenali sebagai Puteri Thani. Hasil daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang puteri yang akhirnya menjadi salah seorang Sultanah Aceh iaitu Sultanah Sri Ratu Safiatuddin Tajul Alam. Sultanah Safiatuddin telah berkahwin dengan seorang anak kepada Sultan Ahmad Syah daripada Kesultanan Pahang, Tanah Melayu, yang diberi nama Sultan Iskandar Thani II.
            
Putroe Phang atau Puteri Pahang juga merupakan salah seorang isteri kepada Sultan Iskandar Muda yang dikenali ramai kerana mendalamnya cinta dan kasih sultan kepada Puteri Pahang ini. Putroe Phang ini berasal daripada Kesultanan Pahang dan ada yang mengatakan bahawa puteri ini merupakan adik kepada Sultan Ahmad Syah, Pahang. Nama sebenar puteri ini adalah Puteri Kamaliah. Bukti cinta baginda Sultan Iskandar Muda dapat dilihat pada pembinaan Gunongan. Gunongan ini dibina untuk merawat kesedihan puteri yang terlalu rindukan kampung halamannya yang berbukit-bukau.

            Menurut sumber daripada Drs. Tgk. H.A. Rahman Kaoy, Sultan Iskandar Muda mempunyai empat orang isteri. Isterinya yang pertama bernama Puteri Thani Ratna , iaitu anak kepada Tgk Syeikh Mohd Amin Rebey atau nama sebenarnya Daeng Mansor (Makassar). Hasil perkahwinan tersebut maka lahirlah Meurah Pupok dan Sultanah Sri Maharaja Puteri Sri atau lebih dikenali sebagai Ratu Safiatuddin Syah Tajul Alam. Seterusnya,  isteri kedua beliau ialah Puteri Pahang atau lebih dikenali di Aceh sebagai Putroe Phang. Sekembalinya Sultan Iskandar Muda ke Aceh setelah menikahi Putroe Phang, beliau juga telah mengambil Sultan Iskandar Thani sebagai anak angkatnya. Sultan Iskandar Thani merupakan anak kepada Sultan Ahmad Syah, iaitu Sultan Perak.  Hasil perkahwinan beliau dengan isteri ketiga ,Puteri Asiah mereka  dianugerahkan dengan dua cahaya mata, Malik Abd Jalil dan Raja Asahan ,Tg Baley (raja di Asahan).  Puteri Gayo pula isteri baginda sultan yang ke empat dan tidak dikurniakan cahaya mata.

            Sultan Iskandar Muda menaiki takhta pada awal April tahun 1607 M (keterangan Bustanus Salatin). Baginda telah melaksanakan pelbagai usaha dan tindakan dalam mengekalkan kekuasaannya. Antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan membentuk angkatan perang yang terdiri daripada tenaga-tenaga muda yang sentiasa memberi sokongan yang luar biasa dan melaksanakan penataan pemerintah melalui pembahagian wilayah yang disebut mukim dan membuat Peraturan Perekonomian Negara. Lembaga Negara juga ditubuhkan semasa pemerintahan baginda bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah ekonomi dengan lebih efisien. Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda, ekonomi kerajaan Aceh menjadi lebih kukuh dan stabil dengan produk-produk hasil bumi seperti emas dan lada yang menjadi rebutan orang-orang Eropah.

            Sultan Iskandar Muda merupakan seorang pemerintah yang sangat tegas dalam melaksanakan hukum-hukum agama. Oleh sebab ketegasan baginda, berlaku banyak pemberontakan selepas mangkatnya baginda. Antara bukti yang dapat dilihat bagi membuktikan ketegasan baginda adalah melalui peristiwa Meurah Pupok iaitu anak baginda yang telah dijatuhkan hukuman hudud oleh baginda sendiri di atas kesalahan berzina dengan isteri salah seorang pengawal istana. Pelbagai usaha dan cadangan yang telah diberikan oleh pihak istana kepada Sultan Iskandar Muda bagi meringankan hukumannya tetapi baginda tetap melaksanakan hukuman hudud tersebut. “Mate Aneuk Meupat Jirat, Gadoh Adat Pat Tamita” merupakan ungkapan yang terpahat di makam allahyarham Meurah Pupok yang bermaksud “Mati Anak Boleh Dicari Kuburnya, Tetapi Mati Adat Di mana Lagi Mahu Dicari”. Kata-kata ini sangat masyhur di mana perkataan “adat” bermaksud adat-adat Islam yang dihidupkan di bumi Aceh Darussalam.

            Dari segi hubungan dengan kerajaan-kerajaan luar, sultan telah menjalinkan hubungan diplomasi perdagangan dengan China dan Turki sehingga Aceh menjadi sebuah kerajaan yang makmur. Antara bukti yang dapat dilihat hubungan erat antara Aceh dan China adalah melalui kehadiran kapal-kapal China di Aceh yang menjadikan Aceh sebagai pelabuhan masuk rempah ratus. Selain itu, Loceng Cakra Donya yang dihadiahkan oleh Kaisar Cina juga menjadi bukti hubungan erat antara Aceh dan China. Hubungan antara kerajaan Aceh dan Turki dapat dibuktikan melalui surat yang ditulis oleh Kadi Malikul Adil Syekh Nuruddin Ar-Raniry kepada kerajaan Turki yang disampaikan oleh utusan rombongan Aceh yang dikepalai oleh Panglima Nyak Dum.

            Kepimpinan Sultan Iskandar Muda dikagumi dan diakui kehebatannya bukan sahaja oleh rakyatnya malahan diakui sendiri oleh musuh-musuhnya dan bangsa asing di seluruh dunia. Pemerintahan baginda yang sistematik, teratur serta hubungan baik antara sultan dengan rakyat menjadi faktor mustahak yang menjadikan Kerajaan Aceh menjadi sebuah kerajaan yang agung dan digeruni oleh musuh-musuh Islam serta diangkat menjadi salah satu kerajaan Islam terbesar di dunia.
            Melalui kajian menjejaki sejarah kegemilangan Islam di Banda Aceh yang telah dilaksanakan baru-baru ini, Sultan Iskandar Muda merupakan Sultan kepada Aceh Darussalam yang ke 37. Beliau memerintah Aceh Darussalam dari tahun 1607M hingga 1636M. Beliau merupakan negarawan terkenal yang membawa Aceh ke puncak kejayaan Islam juga telah membuat Qanun Meukuta Alam menjadi Undang-Undang dan Pedoman para pemimpin dan rakyat Aceh Darussalam.

            Bagi Qanun Syarak Al-Asyi yang telah ditulis dan disiapkan pada masa Sultan Alauddin Riayatshah kemudian disempurnakan oleh Sultan Iskandar Muda sekitar tahun 1016H-1608M telah menjadi qanun Meukuta Alam. Dua Qanun bersejarah inilah menjadikan Aceh antara 5 negara Islam terbesar di dunia. Semboyang yang terkenalnya adalah “Aceh Darussalam adalah negeri hukum yang mutlak sah, dan rakyat bukanlah patung yang berdiri ditengah pedang, akan tetapi rakyat seperti pedang sembilan mata lagi besar matanya, yang amat tajam, lagi panjang ke timur dan ke barat”.

Setelah mendapat maklumat tentang Sultan Iskandar Muda, saya segera mengumpulkan segala bukti yang dapat dibuat rujukan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sebelum terjadinya Thunami besar yang melanda Aceh pada tahun 2004, segala bahan sejarah masih tersimpan di tanah Aceh. Maka, bahan yang saya dapat untuk kali ini mungkin tidak selengkap yang terdapat di Banda Aceh itu sendiri. Banyak bahan-bahan sejarah, manuskrip-manuskrip, kitab-kitab Melayu lama yang di bawa arus Thunami ketika itu. Ramai yang terkesan dengan peristiwa tersebut dan apabila saya menyoal beberapa soalan tentang bahan sejarah, mereka lebih merujuk kepada Thunami yang melanda di bumi Aceh. Saya menyimpulkan yang sejarah berlakunya Thunami lebih memberi kesan daripada sejarah Sultan Iskandar Muda itu sendiri.

“Yela, dah aku tanya pasal kisah lampau, mestilah diorang ingat kisah yang pahit tu. Tak mustahil ramai yang terkedu dan menangis ketika menceritakan kisah lampau tersebut. Susah juga nak dapatkan maklumat yang tepat ni kan. Memandangkan ramai orang tua-tua yang telah meninggal dunia dan masih trauma dengan peristiwa yang berlaku. Esok aku tanya lagi tapi tukar sikit soalan”. Bebel aku sendirian.

Dalam masa yang begitu singkat, saya dapat melawat beberapa tempat yang menarik di Aceh dan telah menyusuri beberapa tempat bersejarah yang dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dalam misi ini. Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Raya Baiturrahman, Komplek Makam Sultan Iskandar Muda, Komplek Makam Kandang Meuh, Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh (PDIA), Rumoh Aceh, Taman Putroe Phang, Pintoe Khop, Gunongan, Bangunan Majlis Adat Aceh, Kapal di atas rumah Lampulo, Makam Meurah Pupok Kerkhof, Perpustakaan Kuno Tanoh Abee, Museum Tsunami Banda Aceh, Taman Shulthanah Shafiatuddin, Kapal PLTD Apung, Makam Sheikh Abdul Rauf Singkil, Masjid Tuha Indrapuri, dan Taman Sultanah Shafiatuddin. Tempat-tempat yang dilawati semestinya berkaitan dengan tiga kajian yang dijalankan bagi mendapatkan kesahihan dan maklumat dengan lebih tepat.

Siri Jejak Sheikh Abdur Rauf Singkel

“Makam kat tepi laut? Biar betul. Tak dapat aku bayangkan. Kalau tepi laut mestilah terhakis kalau lama-lama kena air masin. Aku kena tengok sendiri makam Syiah Kuala ni, kalau tak, pening aku duk buat kesimpulan sendiri.” Aku bermonolog sendirian sebelum bergerak ke Makam Syiekh Abdur Rauf Singkel.

Tiba di kawasan luar makam, pintu pagar utama dikunci. Menurut Encik Muhajir, hari tersebut bukan hari untuk melawat.

“Kalau tak masuk hari ni, bila lagi nak masuk. Mana sempat dah nak pergi lain kali.” Gumamku dalam hati.
Kereta yang dipandu Encik Muhajir di berhentikan di bawah sepohon pokok yang rendang. Saya keluar dari kereta dan meninjau kawasan dalam makam. Saya berharap ada orang yang datang dan membenarkan kami masuk ke dalam. Tanpa di duga, Encik Muhajir sendiri melangkah pagar besi yang terdapat di kawasan sekitar makam. Terkedu sebentar.

“Dia langkah pagar ni? Biar betul? Boleh ke? Kena tahan karang. Dah la aku pakai kain ni. Kalau nak langkah pun, time aku pakai track ok la juga.” Gumamku sendirian sambil mata melilau disekitar kawasan dan dengan pantas aku melangkah pagar yang ada.

“ Yes, berjaya juga.” Aku ketawa sendirian. Gelagat macam orang pecah rumah, tapi niat baik sebab nak dapatkan maklumat. Bukan nak mencuri. Semasa melihat makam-makam yang terdapat di sekitar kawasan tersebut, saya segera mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar. Nasib baik, saya dah petik banyak gambar. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan kemunculan penjaga makam di situ. Katanya tempat tersebut tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kecuali di izinkan.

“Kena minta izin pula dah. Aku dah kesuntukan masa. Penat dengan panas membahang lagi. Sabar banyak-banyak.” Aku mengeluh di dalam hati. Setelah mendapat keizinan dan meyakinkan penjaga makam tersebut yang kami ingin membuat dokumentasi tentang Syiah Kuala, baru beliau memberi kebenaran untuk mengambil gambar dan membuat video rakaman.

“Nasib baik aku buat bisnes card, kalau tak mesti pak cik ni tak percaya.” Aku melepaskan nafas lega setelah memberikan bisnes card kepada beliau.

Atas usaha penat lelah menemu ramah penjaga makam tersebut, hasil yang saya dan sahabat peroleh, dijadikan sebagai bahan untuk dibuat penambahbaikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, Sheikh Abdur Rauf Singkel, atau ditulis Abdur Al-Ra'uf Al-Sinkili juga turut dikenali sebagai Syeikh Kuala. Beliau merupakan seorang ulama besar dalm sejarah Islam di Nusantara. Beliau juga digelar dengan "Tengku Syiah Kuala". Gelaran ini popular dalam kalangan masyarakat setempat. Pada awalnya, gelarannya disebut sebagai "Tengku Syeikh di Kuala" kerana keilmuannya dalam bidang agama. Tetapi masyarakat memudahkan sebutan gelaran itu kepada Syeikh Kuala dan seterusnya berubah pengucapan menjadi "Syiah Kuala". Beliau seorang ulama produktif dalam menghasilkan karya intelektual. Berdasarkan hasil temu ramah bersama penjaga makam Syeikh Kuala, Tgk. Abdul Wahid, Syiah Kuala dilahirkan pada tahun 1001H/1591M. Ia juga dapat dibuktikan melalui gambar Sheikh Abdur Rauf Singkel yang terdapat di sekitar makam tersebut. Seterusnya, beliau wafat pada Isnin, 23 Syawal 1106H/1696M. Beliau dimakamkan di Kuala Sungai Aceh, desa Deyah Raya Kecamatan Kuala. Di samping makam Syeikh Kuala terdapat juga makam anak–anak murid beliau yang di kenali sebagai Ibrahim, Syeikh Abdul Rahman dan Syeikh Abdul Wahid.

Di samping itu, beliau juga terkenal sebagai pembawa tarekat Syattariyah ke Indonesia. Tarekat Syattariyah sendiri mulai muncul di India pada abad ke-15. Nama Syattariyah dinisbahkan kepada tokoh yang mempopularkan dan berjasa mengembangkannya, iaitu Abdullah Al-Syattar. Tarekat Syattariyah pernah menduduki posisi penting lantaran tarekat ini merupakan salah satu tarekat yang besar pengaruhnya di dunia Islam. Di Indonesia, tarekat ini lalu dikembangkan oleh Sheikh Singkel. Sheikh Singkel kembali ke Aceh sekitar tahun 1083 H/1662 M dan mengajarkan serta mengembangkan tarekat Syattariah yang diperolehnya di Tanah Arab. Kemudian, namanya diabadikan pada perguruan tinggi di Banda Aceh iaitu Universitas Syiah Kuala.

Pendidikan pertama Singkel diperoleh di tempat kelahirannya, Singkel, terutama daripada ayahnya yang merupakan seorang ulama besar. Ayahnya mempunyai sebuah pesantren. Beliau telah menimba ilmu di Fansur, kerana ketika itu negeri ini menjadi salah satu pusat Islam penting di Nusantara serta merupakan titik hubung antara orang Melayu dan kaum Muslim dari Asia Barat dan Asia Selatan. Menurut kajian lain, Abdul Rauf mendapat pendidikan awal di India sebelum melanjutkan pengajiannya di Makkah dengan Sheikh Abu Hafas Umar bin Abdullah Ba Shaiban.

Sheikh Abdul Rauf Al-Singkili lalu merantau ke Tanah Arab pada tahun 1642 dan belajar selama 19 tahun dengan 27 ulama yang ahli dalam berbagai disiplin Ilmu Islam. Beliau merantau hampir ke seluruh Tanah Arab seperti Doha, Yaman, Jeddah, Makkah dan Madinah untuk menimba ilmu. Pengetahuannya mencakupi dalam bidang syariat, fiqh, hadith, ilmu kalam dan tasawuf. Dengan ilmunya yang meluas, beliau dikatakan pernah juga mengajar di Makkah dan Madinah, terutama bagi murid-murid yang berasal dari Nusantara. Sekembaliya ke Aceh, beliau bermukim di Kuala sebuah tempat yang jaraknya 15 km dari Banda Aceh.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan di Banda Aceh, terdapat beberapa maklumat tambahan mengenai latar belakang pendidikan Singkel. Menurut penjaga makam, beliau menyatakan bahawa Syeikh Kuala telah pergi menuntut ilmu di Barus dan berguru dengan Hamzah Fansuri. Kemudian, beliau berkelana ke Mekah untuk berguru dengan beberapa orang ulama di sana selama 19 tahun.

Antara gurunya :
*      Zabid               :Abd Al-Rahim al-Shiddiq Al-Khash, Amin Al-Shiddiq al-Mizjaji
:Abd Allah Muhammad Al-Adani.
:Abd Fatah Al-Khash,
:Sayyid al-Thahit Al-Maqassari,
:Qadhi Muhammad Abi Bakr Muthayr
:Ahmad Abu Al-Abbas al-Muthayr
*      Jeddah             :Abd Al-Qadir Al-Bharkali
*      Makkah           :Badr Al-Din al-Luhuri
:Abd Allah Al-Luhuri
                                    :Ali Abd Al-Qadir
*      Madinah          :Ahmad Al-Qusyasyi
                                    :Ibrahim al-Kurani.

Kebanyakan hasil karya beliau ditulis dalam bahasa Melayu dan dikarang semasa beliau berada di India, Pahang, dan Aceh. Kebanyakan hasil karya beliau tidak dapat dikesan lagi, tetapi antaranya adalah :-

  • manuskrip Mir’at at-tullab fi tashil ma’rifat al-ahkam a’sh shar’iyyah li malik a’l-wahhab yang disusun di atas permintaan Taj u’l-‘alam Safiat-u’d-din, Permaisuri Aceh (1641-1675). Satu salinan terdapat di Universiti Leiden dan Batavia.
  • Komentar Baidawi pada al-Quran yang kemudiannya diterbitkan pada 1884.
  • Umdat al-muhtajin yang merupakan sebuah kitab zikir kearah kesufian. Termasuk gambaran dan cara pengarang-pengarang ternama mendapat pengetahuan.
  • Kifayat al-muhtajin yang membincangkan mengenai ilmu tasawuf termasuk mengulas mengenai kitab-kitab A’yan thabitah, Kitab mau’izat al-badi, Iidhahul bayaani fi tahqiqi masaail a’yaani, Ta’biirul bayaani, dan lain-lain.
  • Sirat al-mustaqim yang merupakan kitab fikah pertama dikesan, dalam bahasa Melayu. Cetakan pertama sekali diteliti (tasyhih) oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan dicetak di Turki. Ia kemudian dicetak sebagai bab dalam Sabil al-muhtadin dan digunakan sehingga kini.
  • Bas-u samawati wal ardi yang dicetak sebagai bab dalam kitab Taj al-mulk
  • al-Fawaid bahiyah yang dicetak sebagai bab dalam kitab Jam’u al-fawaid.
  • Asrar al-insani fi ma’rifat al-ruh al-rahman
  • Hujjah al-siddiq li daf’i al-zindiq
  • Tibyan fi mi’rifah al adyan
  • Bustan al-salatin dalam tujuh jilid
  • Hill al-Zill
  • Ma’al-hayatiyi li ahli al-mamat
  • Tarjuman al-Mustafid, kitab terjemahan ayat al-Qur’an dengan tafsirnya. Tafsir di dalam kitab ini sumbernya adalah dari kitab Tafsir al-Jalalayn dan lain-lain.
  • Syarah Hadith 40, kitab syarahan Hadith dari kumpulan kitab Hadith 40 yang dikumpul oleh Imam an-Nawawi.
Oleh kerana ilmu yang dimilikinya meluas, Sultanah Shafiyyat Al-Din telah melantik Singkel menjadi Qadhi Malik Al-'Adil atau mufti yang bertanggungjawab terhadap administrasi masalah keagamaan di kesultanan Aceh. Dengan dukungan Sultanah, Singkel berhasil menghapus ajaran Salik Buta, tarekat yang sudah ada sebelumnya. Selain itu, terdapat satu kontroversi yang melibatkan Sheikh Abdur Rauf berkenaan penentangan Nuruddin Al- Raniri terhadap Hamzah Fansuri kerana perbezaan tarekat. Hal ini kerana Al-Raniri membawa ajaran wujudiyyah dan mengatakan Hamzah Fansuri sebagai sesat.  Berdasarkan kajian kami, tiada bukti kukuh yang menyatakan peristiwa ini berlaku.


















Masa yang begitu suntuk dapat saya manfaatkan dengan baik kerana semua bahan sejarah yang hendak dicari telah diperoleh dengan jayanya. Berkat bantuan daripada masyarakat Aceh serta beberapa orang pengkaji sejarah di sana, dengan mudah kami mengumpulkan maklumat. Tiga hari masa yang terluang, kami ambil untuk berkenalan dengan sekitar penduduk di tempat saya tinggal. Jiran-jiran ramah belaka, baik pula. Juadah berbuka puasa kerap kali bertukar tangan. Rasa seronok tinggal di sana. Kanak-kanak di sana pula, hanya kenal Upin dan Ipin sahaja. Melihat daripada kerenah dan gelagat mereka, saya dapat simpulkan yang mereka suka dengan watak Upin Ipin sehinggakan meniru gaya bahasa dan percakapan orang Malaysia.

“Dua singgit, dua singgit, dua singgit”. “Selamat pagi cikgu.” Antara dialog yang kedengaran bermain di bibir kanak-kanak disekitar kawasan perumahan tersebut. Tersenyum aku sendirian. Berat hati rasanya mahu meninggalkan tanah Aceh ini. Memandangkan tugasan yang di galas telah pun selesai di sana, maka hari untuk meninggalkan bumi Aceh kian menjelma. Kenangan di sana tidak akan saya lupakan sepanjang usia saya. Semoga Tuhan sentiasa merahmati mereka yang memberi pertolongan serta yang menghulurkan bantuan. Amin.