salam sayang dan rindu dari saya

Sunday, 4 September 2016

DG Tembila- 3) Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan


Seperti menghitung hari-hari yang mendatang, aku akan menjadi ketua dalam semua hal perbelanjaan kami berdua di Banda Acheh. Pada hari pertama pun aku telah mula merasakan sukarnya untuk menghitung jumlah wang yang hendak digunakan. Jadi, setelah berlakunya kes duit ikhlas di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, aku segera membahagikan kadar wang yang perlu diperuntukkan di sini sekiranya terjadi hal seperti itu lagi. Ketika di dalam bilik penginapan, aku segera meminta Khadijah mengeluarkan wang yang kami tukar semasa di lapangan terbang tadi.

“Dijah, akak rasa la kita kena bedak duit ni. Asingkan siap-siap mana yang nak kena guna, baru tau baget tinggal berapa nanti.” Aku menyatakan pendapatku kepada Khadijah.

“Betoi la kak, kalau jadi macam kat airport tadi, boleh lari baget kita kat sini.” Khadijah terus menyokong pendapat aku tadi.

“Okey, kalau macam tu, akak nak asingkan terus duit pengangkutan, duit makan, duit sedekah, duit untuk beli buku, duit upah Encik Muhajir dan duit lebihan untuk souvenir.” Aku memberi kata putus kepada Khadijah.

Aku mengoyakkan beberapa kertas A4 dan melipatkannya menjadi sampul surat. Tujuan aku hanya satu, untuk membezakan setiap wang yang akan diasingkan nanti. Jumlah wang yang kami ada ketika itu adalah sebanyak $3,180,000 rupiah. Setelah membayar wang sewa tempat tinggal kami, jumlah yang berbaki adalah sebanyak $2,230,000 rupiah. Ini bermakna aku akan membahagikan kesemua wang yang ada itu dengan penuh berhemah.


Antara wang yang kami telah asingkan pada hari petama tiba di Banda Acheh.

“Dijah, hang rasa cukup ka duit yang kita ada ni?” Soalku kepada Khadijah.

“Entah, cukup la kut.” Jawab Khadijah acuh tak acuh.

Pening juga bermain dengan nilai juta-juta ni. Kalau ikutkan sejarah matematik aku masa di sekolah dulu, subjek matamatik yang banyak membuat aku berpinar-pinar mata. Boleh dikatakan kalau jumpa nilai angka mesti aku akan pening. Jadi, semasa di Banda Acheh aku pula terpaksa menggunakan teori aku sendiri untuk membahagikan wang yang ada di tangan ketika itu. Aku mula mempersoalkan diri sendiri ketika itu.

“Kan bagus kalau tukar banyak sikit tadi. Boleh la juga guna duit spare aku kalau jadi apa-apa hal kat sini.” Aku mula memutarkan kembali kotak fikiranku dari 2 jam ke belakang.

Kalau dalam soal membahagikan wang ini memang sudah menjadi kebiasaan rutin aku dari bangku sekolah lagi. Setiap kali wang perbelanjaan yang aku guna akan direkodkan di dalam buku catatan kewangan aku. Memandangkan aku mempunyai pengalaman dalam catat-mencatat wang perbelanjaan keluar masuk, aku segera membuat garis-garis di buku catatanku ala-ala debit-kredit. Semuanya menggunakan teori kefahaman aku sendiri.

Perkara yang paling membuatkan aku terkejut dalam menggunakan wang perbelanjaan di Banda Acheh adalah, setiap parking tidak dikenakan bayaran tetapi bayaran akan diberikan kepada orang yang menjaga parking tersebut. Kononnya macam menjaga kenderaan kita di jalan. Wang yang diberikan adalah sebagai upah dan tidak dikenakan jumlah yang tetap. Disebabkan hal inilah, aku dan Khadijah sering berhati-hati dalam setiap gerak geri yang kami akan lakukan. Bukan niat di hati untuk mejadi kedekut, tetapi keadaan ketika itu mengehadkan kami untuk membelanjakan wang yang ada kerana semuanya kena baget dalam menjalankan misi yang deberikan. Kalau aku tahu dari awal keadaan seperti ini berlaku di Acheh, pasti akan aku tukar wang lebih banyak. Wang yang diberikan di parking itu adalah sebagai sedekah kepada mereka yang bekerja di situ.

“Aku kena fikir positive, mesti Allah akan bantu kami kat sini.” Aku mula berdoa di dalam hati.
Dua kali kami membayar wang sedekah itu semasa di Masjid Baiturrahman.

“Di sini orang akan meminta upah dari setiap pekerjaan yang di lakukan, anggap sahaja ia sebagai sedekah kita di bulan puasa, cik-cik bebas mau memberi berapa aja.” Kata Encik Muhajir kepada kami.

Aku berasa bersyukur kerana sebelum kami ke Acheh, aku pernah menyertai kem SAKTI yang di adakan di Malaysia. Dalam beberapa slot yang menjadi iktibar dan rujukan aku ketika itu adalah ketika slot bersama bekas pengerusi GPTD, Encik Muhammad Suhail bin Ahmad yang pernah menyatakan tentang membuat perancangan. Kata beliau “Manusia yang gagal merancang, sebenarnya merancang kegagalan.”

Dari slot tersebut, aku berasa bertuah kerana disebabkan motivasi yang diberikan membuatkan aku berjaya merancang ketika berada di Banda Acheh. Wang untuk memberi upah telah kami asingkan. Memang pada awalnya aku sendiri tidak tahu apa yang perlu aku lakukan bagi memastikan kami tidak menggunakan wang dengan sewenang-wenangnya. Ditambah pula dengan ceteknya pengalaman kami dalam ilmu mengembara ketika itu. Sebenarnya kami boleh merancang dengan lebih baik dari apa yang kami rancang sebelum ini. Sedikit tip membuat perancangan dari kami adalah:-

  1.  Tetapkan misi wang yang hendak dikeluarkankan - Contohnya: duit sewa kenderaan, duit makan harian, duit penginapan,  duit masuk muzium, duit upah orang, duit lebihan dan sebagainya
  2. Jelas tugas yang perlu dibuat -Contohnya: ketua program sentiasa mengingatkan anak-anak buah supaya tidak melencong dari tujuan asal menjalankan misi.
  3. Berpesan-pesan pada diri sendiri
  4.  Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberikan
  5.   Sentiasa berdisiplin dalam apa jua keadaan
  6. Tidak mudah berputus asa

Semasa di Banda Acheh, perasaan takut sentiasa menghantui diri. Kadang-kadang terfikir bolehkah kami mendapat maklumat dari sumber yang tepat? Orang boleh je menipu tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan kami dalam menggalas misi yang diberikan, kami ditemukan bersama orang-orang yang boleh disahkan kebenaran cerita dari sumber yang tepat. Daripada merancang perbelanjaan sehinggakan perancangan untuk bertemu dengan orang sumber bagi menemu bual tentang Sejarah Islam di Banda Acheh serta mendapat serba sedikit tentang maklumat Sultan Iskandar Muda dan Syeih Kuala atau lebih dikenali dengan nama Abdul Rauf Singkil.

Pertemuan bersama Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy, membuatkan kami mendapat lebih banyak maklumat yang diperlukan. Walaupun pada asalnya kami merancang untuk hanya berjalan dan bertanyakan pada penduduk setempat tentang pendapat mereka tentang Sejarah Islam di Acheh.


Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy  atau dengan panggilan Ayah, yang banyak membantu kami dalam mendapatkan maklumat sepanjang berada di Banda Acheh.

Rancang dengan apa yang ada di tangan bukan bererti kita perlu bergantung pada apa yang kita ada, tetapi kita juga boleh menggunakan tenaga, masa dan peluang sebagai mengukuhkan lagi perancangan yang hendak dibuat. Dalam misi mencari maklumat di Banda Acheh ini, kami berpeluang tinggal bersama Drs. Tgk. H. A Rahman Kaoy dan isterinya Dra. Hj. Elbi Hasan Basri.


Kata orang “rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari”. Kami menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya sepanjang berada di rumah Ayah dan Ibu. 

No comments: