Assalamualaikum
wbt
Grup
Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) suatu grup
yang sangat bermakna bagiku. Pertama kali menyertai grup ini ku rasa seperti
darah di tubuhku umpama bergerak laju, jantung berdegup kencang mengepam
seluruh aliran darah tersebut. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Yang
pasti aku bersyukur sangat kerana menjadi salah seorang ahli dalam grup ini.
Umpama impian menjadi kenyataan.
Teringat
zaman kecilku yang mempunyai impian yang pelbagai. Menyimpan impian dan harapan
untuk ke Negara China, sudah di kabulkan Tuhan. Untuk menjadi Johan dalam
pertandingan Chess, sudah aq dapatkan, dan banyak lagi. Sekarang impian untuk
menjadi seorang pengkaji Islam, seakan dalam genggaman walaupun belum dapat laksanakan
lagi.
Makanya
aq mendapat misi untuk mengkaji sejarah Islam di Banda Acheh. Misi ini dah
beberapa kali ditangguhkan memandangkan duit masih belum mencukupi. Betapa
sedihnya aq. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Pelbagai cabaran dan rintangan yang
aq dan kawan2 tempuhi sepanjang mencari dana. Surat2 dah di emailkan, tapi
jawapannya hambar. Mungkin ramai yang masih belum kenal dan tahu kelab ini. Air
mataku setiap hari mengalir laju jika mengenangkan dugaan yang kami terima.
Tuhan menguji kami, sejauh mana kami bersungguh2 utk jlnkn misi ini. Air mata
kwn2 ku juga tumpah. Aq tahu disebalik senyuman yang diberi terselit kesedihan
yang cuba disembunyikan.
Dari
satu tempat ke satu tempat yang lain kami mencari dana. Layanan yang diberikan
oleh orang awam pelbagai ragam. Ada satu company yang kami pergi ni, tempatnya
dah baik. Tapi, layanan nya kpd kami umpama kami ini peminta sedekah. Kami bukan
keluar jalan2, tapi kami keluar utk mencari sesuatu yg remaja mcm kami ni
mahukan. Kami nak cari semula sejarah Islam, nak kaji balik, naik & jatuhnya
sesebuah empayar dahulu kala. Tapi niat kami sering di salah erti. Mungkin kami
ini bukan dari orang yg ternama, sbb itu tidak dilayan. Ada yang memberi
layanan yg baik, terima kasih kpd Yapiem, YB Selama Perak, sbb menghulurkan
sedikit dana kepada kami. Walaupun masih belum mencukupi, kami tetap berusaha
mencari supaya segalanya dapat di jalankan dgn sempurna.
Bukan
ke org2 ckp, remaja harus keluar merantau supaya dy dpt belajar sesuatu. Dapat ilmu
baru. Balik dan kongsi bersama semua org. kami cuba nak lakukan yg terbaik,
tapi masih ada yg mencemuh usaha kami. Tak lupa juga kpd kwn2 yang membantu
menghulurkan sumbangan, tenaga dan motivasi kpd kami. Ada antara ahli kami yg
tak pergi ke Acheh, tapi masih membantu kami dari segi kewangan. Jualan juga
kami lakukan. Maklum sahaja lah, berapa shj yg dpt.
Penerbangan
kami akan berangkat pada 21-28 June ini. skrg kami masih dlm mood final exam. Abis
je paper nanti, kami akan tumpukan semula 100% perhatian kpd program ini. Semoga
tuhan sentiasa bersama kami dlm menjalankan misi ini.
Kepada
yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan bolehlah berbuat demikian
kpd num akaun yg tertera.
BSN 08995-29-00011293-8 atas
nama Nur Munirah Mat Rahim.
Jangan
risau, akaun ni sy xguna sgt, dan duit pun xde. Jadi atas sumbgn kalian yg
budiman dapatlah kami membuat misi ini dgn hati yg penuh kesyukuran. Jasa dan
budi baik kalian hanya Tuhan yg dpat membalasnya. Kami keluar dgn membawa
misi Mengkaji Sejarah Islam di Banda Acheh. Bkn shj mengkaji tapi kami
juga mencari tokoh yang disembunyikan oleh sejarah. In Syaa Allah kami pasti
akn jumpa org yg kami nk cari.
Aq harap
kwn2 aq tidak terus bersedih memandangkan aq jga sedang bertungkus lumus utk
mendapatkan dana..huhuhuhu..doaku sentiasa mengiringi kalian. Sebelum aq
terlupa, aq nak ucapkan ribuan & jutaan kpd seorg kwn aq ni, walaupun dy
jauh, dy tetap dlm hati aq, Mr Diari.. sy nk ucapkan terima kasih bebanyak atas
nasihat & cadangan yg sentiasa bernas. Buatkan sy sentiasa bermotivasi
hingga skrg. Ada jodoh kita jumpa lagi..
La tahzan..datangku tidak dijemput, pergiku jgk tidak dihalau. Doakan kami ye..:)
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment