salam sayang dan rindu dari saya

Wednesday, 28 May 2014

JODOH ITU ALLAH YANG TAHU

"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."



Yaa ! Memang JODOH itu ketentuan Allah SWT, tapi kita tak boleh berharap saja kenalah ada usaha & jalannya kenalah betul.

*Jangan usha-usha anak dara orang kalau tak ada niat memperisterikan dia, nanti kamu di sangka mempersendakan & mempermainkan org.
Tapi memang betul pun, jadi buat kita semua, hati-hati menjaga diri. Bercinta je lah selepas nikah, bercinta sekarang pun kalau tak ada komitmen, banyak masalah yang timbul... sendiri juga yang MERANA.




" Bagiku, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, berjanji dengan sejuta kemanisan, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa hanya disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal atau sebagainya sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan kita, ia tetap akan jadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.."


"Rancangan ALLAH Jauh Lebih Baik"

Belajarlah untuk kehilangan dia,
Andai dia bukan jodohmu.

Belajarlah untuk tabah,
Andai dia pergi dari hidupmu.

Belajarlah untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu.

No comments: